· Kurangkan membeli barangan berjenama mahal.
· Buat senarai pembelian terlebih dahulu sebelum keluar membeli-belah. Patuhi senarai barangan itu.
· Amalkan tabiat menawar harga barangan, melainkan jika harganya sudah tetap.
· Beli secara borong bagi barangan keperluan yang tahan lama seperti tisu, peralatan dandanan dan kebersihan diri bagi mendapatkan nilai untuk pembelian.
· Jangan menyimpan wang tunai yang banyak dalam dompet kerana ia boleh mendorong untuk berbelanja dengan boros.
· Manfaatkan kupon percuma atau baucar diskaun yang diterima ketika membeli belah di pasar raya kerana ia dapat menjimatkan wang.
· Beli barangan terpakai seperti kereta jika tidak berkemampuan. Walaupun kos penyelenggaraannya mungkin tinggi, namun dapat mengurangkan kos pembiayaan pembelian yang tinggi setiap bulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan