Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Kenali Iblis dan Syaitan serta Gangguannya pada Manusia
Tahukah anda bahawa tanah boleh
padamkan api? Oleh itu, kita sebagai manusia yang dicipta daripada tanah boleh
mengawal iblis dan syaitan yang dicipta daripada api dari terus menganggu.
Tahukah anda bahawa iblis tidak
akan mati sehingga akhirat dan kita boleh menghalang gangguannya dengan
mengetahui asal-usul iblis.
Tahukah anda bahawa iblis pernah
menangis? Empat kali iblis menangis iaitu :
a) Ketika iblis dinyah dari
syurga ke bumi.
b) Kemurkaan Allah kepada Iblis.
c) Ketika surah Al-Fatihah
diturunkan.
d) Berlaku ijab dan qabul.
Sebab Iblis Sakit Hati pada Manusia
1. Manusia itu sebaik-baik
kejadian.
2. Allah S.W.T. menyebut manusia
menjadi khalifah iaitu mengurus muka bumi ini.
3. Manusialah penyebab iblis
dinyah ke bumi kerana sebelum ini iblis berada di syurga.
Jadi, iblis telah mengatur
strategi untuk melihat manusia melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
S.W.T. Iblis akan menggangu manusia dengan pelbagai penyakit dan hasad dengki.
Oleh itu, sebagai manusia haruslah mencari antibiotik mengelak gangguan iblis
ini.
Simptom Terkena Gangguan
1. Selalu sakit tetapi apabila
pergi ke hospital tiada penyakit
2. Sakit atas belakang
3. Sakit sendi-sendi utama
4. Migrain
5. Berdebar tanpa sebab
6. Bangun pada waktu pagi ada
kesan lebam pada tubuh
7. Ada kesan cakar pada tubuh
8. Perkara kecil menjadi besar
kerana marah
9. Haid tidak menentu
Tanda-tanda Terkena Gangguan
1. Susah untuk tidur
2. Mimpi jatuh tempat tinggi
3. Mimpi menyusu
4. Mimpi ular
Langkah Pencegahan dari Terkena Gangguan
1. Kena ada ilmu iaitu tahu asal
usul iblis dan ayat yang ditakutinya
2. Sembahyang malam
3. Berzikir
4. Beriman kepada Allah S.W.T.
Penyakit Hati yang Berbahaya
1. Riak dan takabbur
2. Hasad dengki yang memakan
segala kebaikan
Amalan untuk Mengelak Rasa Dengki
1. Bersihkan hati dengan berzikir
iaitu astafirullah, ya latif dan sebagainya.
2. Bersangka baik.
3. Banyak menolong orang yang
menyakiti hati kita.
Tips Mencari Ketenangan Hati
1. Sedar kita hanyalah hamba
Allah.
2. Menerima qada dan qadar Allah
S.W.T. (hapuskan sikap ‘kalau’ dalam diri).
3. Bersyukur pada Allah.
4. Sabar atas segala ujian.
5. Bersikap dengan sikap wasatiah
iaitu kesederhanaan dan qonaah iaitu cukup dengan apa yang ada.
6. Perbanyak amal ibadat.
Sumber : Tanyalah Ustaz
Amalan Seharian Menjadi Penyebab Kefakiran
Tahukah
anda bahawa amalan seharian yang sering kita lakukan boleh menjadi punca kepada
kefakiran?
Apa itu
kefakiran? Bermaksud mempunyai pendapatan kurang daripada pendapatan orang
miskin. Tidak mencukupi keperluan asas harian.
Oleh itu,
berusahalah kita menghindarkan perkara yang membawa kefakiran. Antara amalan
tersebut ialah :
1. Memakai
seluar sambil berdiri.
2.
Menyikat rambut sambil berdiri
3.
Membiarkan rumah dalam keadaan bersawang.
4. Tidak
berdoa selepas sembahyang.
5.
Menjahit baju ketika baju masih dipakai atau dibadan.
Waktu Ucapan Salam Tidak Wajib dijawab
Sebagai
seorang Islam, kita wajib menjawab salam yang ditujukan pada kita. Kepentingan salam
adalah untuk mendoakan sesama Islam dan juga boleh mengeratkan hubungan
silaturrahim.
Salam tidak wajib dijawab ketika dalam situasi tertentu. Antaranya ialah :
1. Diyakini bahawa bukan orang Islam.
Apabila
kita menyakini bahawa seseorang itu bukan Islam yang memberi salam, maka tidak
wajiblah kita menjawabnya.
Jika kita
berasa was-was atau tidak yakin sama ada seseorang itu Islam atau kafir,
memadailah dengan menjawab ‘Waalaikum’.
2. Di dalam tandas.
Jika di
dalam tandas juga tidak wajib menjawab salam yang diberikan oleh orang luar.
3. Memberi ucapan dahulu kemudian barulah memberi salam.
Contohnya
dalam sesuatu majlis, pengucap menyampaikan sedikit ucapan dahulu dan diikuti dengan
salam, maka salam itu tidak wajib dijawab.
4. Mempermainkan salam.
Apabila
salam itu dipermainkan dengan tujuan tidak baik dan sebagainya, maka salam yang
disampaikan itu tidak wajib dijawab. Contohnya seseorang lelaki memberi salam
kepada seorang wanita agar dapat menarik perhatian wanita tersebut.
5. Salam di dalam solat.
Salam di
dalam solat juga tidak perlu dijawab.
Selawat Nabi
Atasmu Nabi selamat sejahtera
Atasmu Rasul selamat sejahtera
Atasmu kasihku selamat sejahtera
Rahmat Allah atasmu sentiasa
Cemerlang purnama junjungan baginda
Ke alam sebabnya purnama angkasa
Cantik parasmu bandingan tiada
Oh junjungan wajah gembira
Dikau purnama dikau suria
Dikau cahaya mengatasi cahaya
Dikau emas bermutu tinggi
Dikau pelita didalam dada
Oh kekasih wahai Muhammad
Mempelai pujaan Timur dan Barat
Mulia kuat sokongan mukjizat
Imam sembahyang arah dua kiblat
Memandang wajahmu berasa bahagia
Oh Pengasih Ayah dan Bonda
Kalam besarmu di dalam syurga
Ingatan kami memuja dia
Rahmat Allah atasmu Muhammad
Sembilan baris tulisan tentera
Ahmad Rasul dipanggil Muhammad
Empunya wajah gemilang cahaya.
Cara Bersihkan Hati untuk Mendapatkan Ketenangan Jiwa
Rasulullah telah didatangi Ibnu
Mas’ud, meminta nasihat Rasulullah cara untuk mendapatkan ketenangan. Lima cara
yang telah diberikan oleh Rasulullah iaitu :-
1. Tunaikanlah solat
- Solat merupakan antibiotik untuk
hati sanubari. Sembahyanglah dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Sembahyang yang khusyuk
boleh merawat hati yang sedang sakit.
2. Membaca Al-Quran
- Al-Quran itu merupakan kalam
Allah. Kata-kata Allah boleh merawat dan memberi ketenangan.
3. Banyakkan berzikir
- Berzikir dan memperingati Allah
dan Rasul dapat memberi ketenangan dan menyuburkan jiwa.
4. Menghadiri majlis ilmu
- Hendaklah selalu menghadiri
majlis ilmu dan mencari ilmu.
5. Bangun bertahajud pada malam hari
- Dapat mendekatkan diri kepada
Allah pada waktu yang sunyi dan amat memberi ketenangan pada jiwa.
Sumber : Ustaz Sharhan Shafie (Tanyalah Ustaz)
Rukun Iman Ada Enam Perkara
Pengertian Rukun Iman
Ertinya bagi meningkatkan
batas-batas KEIMANAN serta keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan.
Rukun Iman Ada Enam Perkara :
1. Percaya Kepada Allah S.W.T.
2. Percaya Kepada Malaikat
3. Percaya Kepada Kitab-Kitab
4. Percaya Kepada Nabi-Nabi dan
Rasul-Rasul
5. Percaya Kepada Hari Kiamat
6. Percaya Kepada Qada’ dan Qadar
1. PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T.
Dengan Iman, kita membulatkan
keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja. Secara
positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita
menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah S.W.T.
2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Dengan Iman kita mempercayai
adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah
Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah
dan secara negatif kita menolak segala bentuk-bentuk ghaib yang tidak
dinyatakan Allah.
3. PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab
suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang
ditutup dan diakhiri dengan kitab Al-Quran.
4. PERCAYA KEPADA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL
Dengan beriman kepada Nabi-nabi
dan Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh
Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W.
5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Dengan Iman, kita mempercayai
bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang
abadi dan lagi berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia samada
di syurga atau neraka.
6. PERCAYA KEPADA QADA’ DAN QADAR
Dengan beriman kepada qada’ dan
qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan
kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak
di dalam kekuasaanNya.
Rukun Islam Ada Lima Perkara
Pengertian Rukun Islam
Ertinya
menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita,
jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang
sempurna.
Rukun Islam
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadat
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
3. Mengeluarkan Zakat
4. Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
5. Mengerjakan Haji di Baitullah
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadat
‘Aku naik
saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu
adalah pesuruhNya’. Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati
sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa ‘Tuhan yang Maha Esa itu adalah
Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruhnya.
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan
sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.
Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat
dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.
3. Mengeluarkan Zakat
Dengan
zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta
milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
4. Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
Dengan
berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah.
Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara
tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
5. Mengerjakan Haji di Baitullah
Dengan
mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan
mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan
sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
Langgan:
Catatan (Atom)