Ambil 7
biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, campurkan dengan air susu suam
dan kacau hingga sebati. Minum setiap kali sebelum tidur. Insyaallah dengkur
anda akan hilang.
Memaparkan catatan dengan label Petua Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua Kesihatan. Papar semua catatan
Petua Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin
Sekiranya
anda mengalami masalah perut buncit, rahim yang lambat mengecut dan sering sahaja
sakit pinggang serta sakit belakang selepas bersalin, ikutilah petua ini dengan
cara merebus daun pegaga bersama akarnya.
Masukkan sekali
pucuk pokok sepagi bendini, ambil air rebusan tadi dan minum selama tiga hari
berturut-turut di waktu pagi. Insyaallah anda akan kelihatan sihat dan
bertenaga, pastinya ia dapat mengembalikan semula hubungan seksual suami
isteri.
Petua Menyembuhkan Suara Serak
Ambil sepotong
halia, kupas dan basuh hingga bersih. Potong kecil-kecil dan perahkan air asam
limau serta masukkan sedikit gula. Amalkan minum air tersebut. Insyaallah,
suara anda akan kembali pulih.
Kuaci Kuatkan Otot Pundi Kencing
Apabila
usia meningkat, bagi sesetengah orang, masalah gagal mengawal pundi kencing
semakin serius jika tidak dikawal.
Pengaliran
air kencing setitis demi setitis tanpa disedari ini tentu mengganggu terutama
jika hendak beribadat.
Antara
cara untuk mengatasinya adalah dengan menjadikan amalan memakan biji bunga
matahari (kuaci) sama ada yang belum dibuang kulit atau sudah dibuang kulitnya.
Kuaci
adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji
bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E
setiap hari.
Minyak
biji bunga matahari juga baik untuk masakan kerana ia mampu menurunkan paras
kolestrol. Amalan memakan biji bunga matahari ini tidak rugi kerana ia turut
menguatkan otot pundi kencing dan melawaskan pembuangan air kencing.
Petua Dapat Anak
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan cahaya mata dalam hidup mereka. Hal ini kerana anak adalah penyeri, penyambung keturunan dan pengikat kasih sayang. Huraian di bawah merupakan petua bagi mereka yang lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata.
Petua Memperoleh Cahaya Mata
1.
Amalkan meminum air suam bercampur madu
asli (warna hitam) setiap awal pagi selama tiga bulan.
2. Buat
senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang
telah berumah tangga.
3.
Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.
Cara Melakukan Amalan Senaman Batin
- Duduk bersila badan tegak
- Luruskan kaki kanan ke depan
- Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
- Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas tahan selama tujuh saat) jika tidak mampu jangan paksa.
- Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.
Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walupun hanya tiga kali (tiga kali kanan dan kiri). Selamat mencuba.
Khasiat Belimbing Buluh
Selain asam jawa, belimbing buluh sering digunakan sebagai penambah rasa asam di dalam beberapa hidangan makanan. Rasanya yang segar menjadikan belimbing buluh memiliki banyak penggemarnya, terutama bagi pencinta hidangan makanan segar.
Buah ini juga banyak digunakan di dalam beberapa jenis pengubatan alternatif. Ini kerana belimbing buluh mengandungi asid amino, asid nitrat, fenolat, ion kalium, gula serta vitamin, mineral dan air.
Komposisi vitamin per 100g ialah riboflavin (0.026 mg), vitamin B1 (0.010 mg), niasin (0.302 mg), asid askorbat (15.6 mg), karoten (0.035 mg) dan vitamin A (0.036 mg). Selain itu, belimbing buluh juga mengandungi komposisi mineral per 100 g seperti fostor (11.1 mg) kalsium (3.4 mg) dan zat besi.
Berikut merupakan beberapa penyakit ringan yang boleh dirawat dengan resepi belimbing buluh.
Batuk
Jika anda tidak suka untuk mengambil ubat klinik atau hospital ketika batuk, anda boleh mencuba resepi belimbing buluh untuk merawatnya. Caranya cukup mudah. Sediakan 10 biji buah belimbing buluh yang segar dan cuci bersih. Kemudian, tumbuk halus dan tambahkan dua sudu besar air garam. Tapis air tadi dan minum dua kali sehari.
Jerawat
Untuk mengusir jerawat yang timbul, cuba gunakan belimbing buluh pada wajah. Sediakan beberapa biji buah belimbing buluh yang segar dan tumbuk halus. Ramas bahan yang ditumbuk tadi dan tambahkan sedikit jus limau nipis untuk digosok pada muka. Setelah beberapa minit, bersihkan dengan air yang mengalir. Amalkan setiap tiga kali sehari.
Panau
Jika anda memiliki masalah kulit seperti panau, gunakan belimbing buluh segar untuk menghilangkannya. Ambil 10 biji buah belimbing buluh, tumbuk halus dan tambahkan sedikit kapur sirih. Sapu pada kulit yang dijangkiti panau. Biarkan selama lima minit dan bersihkan dengan air.
Menurunkan Tekanan Darah
Untuk turunkan tekanan darah, ambil air perahan belimbing buluh yang ditumbuk dan minum sebanyak dua hingga tiga kali sehari.
Sumber : Majalah Mingguan Wanita
Langgan:
Catatan (Atom)