Memaparkan catatan dengan label Kaunseling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kaunseling. Papar semua catatan

KAUNSELING DAN PENASIHATAN

Oleh :


Muhammad Salleh Ahmad Fadzillah
Pengarah
Pusat Kaunseling
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia


PENGENALAN


- Kaunseling adalah humanistik dan juga eksistential.
- Kaunseling menumpukan perhatian kepada kesihatan dan perkembangan dan tidak hanya kepada pemulihan dan pemuliharaan.
- Kaunseling juga didasarkan kepada pemikiran bahawa manusia berdaya mengurus diri dan sentiasa berusaha mengekalkan dan memajukan realiti peribadi dan sosialnya.


SKOP KAUNSELING


Perkhidmatan Kaunseling :
  • Perkhidmatan yang memberi peluang kepada klien untuk membina kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna. Ia merangkumi usaha kerja dengan individu atau kumpulan. Objektif perhubungan kaunseling berbeza mengikut klien.
  • Skop perkhidmatan meliputi isu-isu perkembangan, analisis masalah dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, memperkukuh kekuatan emosi, meningkatkan hubungan serta menggalakkan interaksi antara individu lain.
  • Kaunselor berperanan sebagai fasilitator kepada klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati digniti diri, nilai dan keupayaannya.



APA YANG ANDA SEDANG RASAKAN SEKARANG?


Dengan menceritakan atau meluahkan perasaan anda kepada orang lain, ia dapat membantu meringankan tekanan perasaan yang anda hadapi.


SIAPAKAH YANG SUDI MEMBERIKAN PERTOLONGAN?


- Jiran sebelah rumah
- Kawan di pejabat
- Sahabat lama di universiti
- Ibu bapa di kampung
- Anak-anak
- Suami atau isteri
- Ketua kampung atau Tok Penghulu

Mereka yang paling sesuai ialah : “Mereka yang mempunyai kemahiran membimbing, membantu dan mendengar masalah dengan berkesan”.


KEMAHIRAN ASAS MENOLONG


-Kemahiran membina hubungan
- Tahap tenaga
- Kedudukan dan pergerakan tubuh badan
- Pergerakan tangan dan kaki
- Senyuman
- Nada suara
- Suara-suara separa bahasa
- Kemahiran membalas (responding) layanan lisan
- Menyoal
- Merumus
- Konfrantasi 


CIRI-CIRI PENOLONG YANG BAIK :


CARING - Mengambil berat melalui mendengar dengan cermat dan menumpukan perhatian kepada idea dan perasaan. 

UNDERSTANDING – Merasai perasaan dan pengalaman individu yang bercakap. Elakkan daripada menilai, melabel atau menghukum.

TRUSTING – Setelah mendapat perhatian dan difahami oleh individu lain, anda akan berasa selamat dan yakin serta mula mempercayai mereka. Bersedia untuk menerima pendedahan kendiri.

ACCEPTING – Menerima seadanya tanpa sebarang perasaan yang negatif dan menghormati mereka.

LISTENING – Dapat memahami apa yang diperkatakan dan mendengar idea, pengalaman serta perasaan yang disampaikan.

EMPATHY – Keupayaan seseorang melihat sesuatu daripada perspektif yang lain dan berupaya memahami orang lain dengan mendalam.

POSITIVE THINKING – Keupayaan seseorang melihat kebaikan dan kelebihan sesuatu yang berlaku daripada melihat keburukan dan kelemahan yang berlaku.

SUPPORTING – Memberi sokongan bukan kebergantungan.


PERLAKUAN YANG MENOLONG :


a) LISAN

-Menggunakan perkataan yang difahami.
- Menggunakan perasaan dan menjelaskan kenyataan.
- Mentafsir dengan tepat dan sesuai.
- Menolong merumus kenyataan.
- Menggunakan respon minimum.
- Memberi maklumat yang sesuai.
- Tidak menilai atau menghukum.
- Menunjukkan kemesraan dengan bertegur sapa.
- Menjawab soalan yang berkaitan dengan diri jika ditanya oleh rakan.
- Membuat pendedahan diri mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
- Menolong rakan memahami perasaannya sendiri.

b) TANPA LISAN

- Nada suara serendah nada suara rakan
- Mengekalkan hubungan mata yang selesa
- Menganggukkan kepala tanda mendengar
- Memberi senyuman yang menggalakkan
- Menggunakan gerak tangan menunjukkan sedang mendengar
- Mencondongkan badan ke hadapan tanda berminat untuk mendengar
- Duduk tidak terlalu jauh atau dekat untuk keselesaan rakan
- Menggunakan sentuhan mesra mengikut kesesuaian tempat, masa dan penerimaan rakan


PERLAKUAN YANG TIDAK MENOLONG :


a) LISAN

- Memberi nasihat
- Menyalahkan
- Menyoal bertalu-talu
- Mencungkil pada masa yang tidak sesuai
- Mengarah atau menuntut
- Menggunakan perkataan atau bahasa yang tidak difahami
- Mengalih tajuk perbincangan
- Bercakap tentang diri sendiri terlalu banyak sehingga mengubah fokus
- Bercakap tinggi diri dan serba tahu
- Menganalisa secara keterlaluan

b) TANPA LISAN

-Tidak memandang rakan
- Duduk terlalu jauh
- Air muka masam
- Mencebik bibir
- Tingkah laku yang tidak menyenangkan seperti mengetuk meja
- Bercakap terlalu cepat atau lambat