RENUNGAN BERSAMA



1. Allah Lebih Mengetahui…

 

Kita sering mahukan hari yang cerah…
Tetapi Allah lebih mengetahui
Hakikatnya hujan perlu diturunkan…

Kita sering inginkan keseronokan
Jauh sekali kesusahan
Tetapi Allah lebih mengetahui
Kesusahan itulah yang mengajar kehidupan….

Kita sering menginginkan ketenangan…
Hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan….
Tetapi manusia tak dapat lari daripada kesilapan
Semua itu bukanlah suatu hukuman
Tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman…
SUBHANALLAH….


2. Mendapat Rahmat-Nya

 

Hiasi tidurmu dengan titisan air sembahyang,
Lelapkan matamu dengan alunan zikrullah,
Selimutkan diri dengan kalimah syahadah,
Alaskan dirimu dengan doa,
Moga…
Dirimu mendapat rahmat darinya…


3. Cabaran dan Dugaan

 

Walau sekuatmanapun godaan yang kita hadapi,
Walau seteguh apapun cubaan yang harus kita jalani,
Walau sebesar apapun kejayaan yang kita rasai,
Walau sepahit manapun hari-hari yang kita lalui…..

Janganlah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi,
Jangan berhenti berdoa kepada-Nya kerana….
Harapan adalah masa hadapan,
Harapan adalah sumber kekuatan,
Doa adalah pintu kebaikan dan doa jua adalah senjata orang beriman….


4. Tiada…

 

Tiada hari seindah hari Jumaat,
Tiada kata-kata seindah zikrullah,
Tiada kitab seindah Al-Quran,
Tiada tempat seindah syurga.

Semoga Allah jadikan pagimu cahaya,
Zohormu gembira,
Asarmu bahagia,
Maghribmu keampunan,
Isyakmu keberkatan dan…
Doamu tidak ditolak dan diluaskan rezeki…

           

5. Lelaki dan Wanita…

 

Sesungguhnya, lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang benar, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang menjaga kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.


6. Kehidupan…

 

Hidup ini umpama makan durian. Semua orang begitu cerewet memilih untuk mendapatkan buah yang berkualiti, tetapi kadang-kadang hasilnya hampa. Apatah lagi kalau buahnya busuk atau jari terluka bila terkena durinya. Begitulah kehidupan, kita cuba untuk memilih yang terbaik tapi kadang-kadang kita terpaksa menghadapi pelbagai dugaan untuk mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan…


7. Renungkanlah…..

 

Masuk jer mesej kita cepat-cepat baca dan balas
Tapi…
Kenapa masuk waktu solat kita tidak cepat-cepat laksanakan?
Topup RM5 kita sanggup,
Tapi kenapa sedekah di masjid 20 sen langsung kita tak bagi?
Time mandi kita boleh menyanyi macam-macam lagu,
Tapi kenapa masa nak makan Bismillah pun kita lupa?
Waktu kredit tiada, kita susah payah tebus,
Tapi kenapa kita tak tebus dosa yang kita lakukan?
Sebar-sebarkan untuk rakan-rakan.
Sekadar Renungan….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan