JENIS MAKANAN
a) Jangan makan Susu bersama Daging
b) Jangan makan Daging bersama Ikan
c) Jangan makan Ikan bersama Susu
d) Jangan makan Ayam bersama Susu
e) Jangan makan Ikan bersama Telur
f) Jangan makan Ikan bersama Daun Salad
g) Jangan makan Susu bersama Cuka
h) Jangan makan Buah bersama Susu contohnya Koktel
CARA MAKAN
a) Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
b) Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
c) Jangan sesekali tinggal makan malam. Barangsiapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
d) Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit…tapi, kalau tak percaya, cubalah…Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek tetapi akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antaranya:
1. Mandi pagi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangkan penimbunan lemak. Kita boleh lihat orang yang suka mandi pagi kebanyakannya badan mereka tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Jika amalan ini dilakukan, insyaallah susah mendapat penyakit.
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa millimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah-celah jari iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur (enzim sejenis alat pencerna makanan).
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tidak boleh sembarangan. Hal ini boleh menyebabkan terjadinya pelbagai penyakit antaranya kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makan dan lain-lain penyakit.
Ini adalah diet Rasulullah, Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makannya sehari-hari.
InsyaAllah, jika anda ikut diet Rasulullah ini, anda tidak akan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Sumber :
Risalah daripada Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar, Pusat Rawatan Islam Darus Syifa'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan