Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanaman. Papar semua catatan

Cara Membuat Racun Serangga Sendiri Untuk Tanaman @ TikTok Abang Pokok

Racun serangga organik boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan dapur seperti bawang putih, cili dan sabun pencuci pinggan. Cara semulajadi ini sangat selamat untuk tanaman, murah, serta bebas daripada bahan kimia berbahaya. Resipi ini dikongsikan di TikTok Abang Pokok.

Kisar satu labu bawang putih dan 1 inci atau ruas halia bersama 1 liter air rebusan cili (daripada 20 biji cili padi). Kemudian tapis bahan yang dikisar tadi ambil airnya sahaja.

Campurkan air yang ditapis dengan neem oil atau boleh juga menggunakan cuka epal. Campurkan juga sabun pencuci pinggan. Kacau bagi sebati.

Peram selama 2 hari. Simpan ditempat redup dalam suhu bilik. Longgarkan penutup botol.

Setelah diperam dua hari ambil pati air rendaman itu sebanyak 100ml dan campurkan dengan 1 liter air biasa. Kacau dan masukkan dalam botol spray. 

Sembur pada keseluruhan pokok pada waktu pagi atau petang. Sembur 2 kali seminggu.
 
Racun ini boleh menghapuskan bena puth, koya, thrip, beluncas, lalat buah dan juga siput. Selamat mencuba dan semoga bermanafaat.