Nama Botani:
Areca catechu
Nama Keluarga:
Satu spesis tumbuhan Palma
Nama Biasa :
Pokok Pinang
Klasifikasi:
Pokok tinggi
Jangka hayat:
Tempoh jangka hayat sederhana.
Tempat asal:
Kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika Timur.
Ciri-ciri :
- Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm.
- Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya.
- Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi, iaitu buah pinang (betel nut). Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah.
- Pokok pinang ditanam dan bertumbuh di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk benihnya.
Kegunaan Landskap:
Estetik dan pengindahan.
Lokasi:
Kediaman dan kawasan luar persekitaran pejabat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan