Cara Mengaktifkan Debit Card RHB Secara Online

 Apabila anda telah menerima kad debit daripada RHB, kad tersebut perlu diaktikan dahulu sebelum dapat digunakan. Ada 3 cara untuk aktifkannya iaitu SMS, secara online dan juga melalui talian telefon. Kali ini saya guna secara online iaitu melalui website RHB. Jika anda ingin mengetahui cara renew kad debit secara online, boleh klik di sini.

Inilah surat yang mengandungi kad debit RHB yang telah dimohon secara online. Cara aktifkannya pula login ke akaun online RHB seperti biasa. Pilih Appy dan klik Card Activation.


 Isi maklumat yang diperlukan dan klik Next. One Time Password akan dihantar ke nombor telefon anda. Taip nombor tersebut dan hantar.

Kad debit anda telah berjaya diaktifkan. Anda boleh gunakan seperti biasa. Semoga berjaya

 

Cara Renew Debit Card RHB Secara Online

Anda tidak mempunyai masa ke bank untuk renew kad debit yang hampir expired? Jangan risau, sekarang boleh dilakukan di atas talian. Mudah sahaja dan tidak perlu tunggu di kaunter bank. Anda boleh lakukan di hujung jari sahaja.

Pertama sekali anda mestilah ada akaun online RHB. Login seperti biasa menggunakan website RHB.


Seterusnya pilih Apply dan klik pada Debit Card Renewal

 
 
 Isi maklumat yang diperlukan

Apabila pasti semuanya betul, bolehlah dihantar. Anda akan terima One Time Password (OTP) di nombor telefon anda. Taipkan nombor tersebut dan hantar.

Permintaan renew debit card anda telah diterima. Tunggu kad sampai dalam 15 hari bekerja.