Memaparkan catatan dengan label Ibubapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ibubapa. Papar semua catatan

Perkongsian Ilmu Buat Ibubapa yang Mempunyai Anak yang Akan Menduduki Peperiksaan




Perkongsian ilmu ini daripada Ustaz Zahazan Mohamed buat ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, IPTA dan IPTS.


1.  Pada hari peperiksaan, ibubapa perlu  bangun awal dengan melakukan solat hajat, sahur, puasa  dan doakan untuk mereka dan sekalian orang Islam sepanjang puasa.

2. Banyakkan bersedekah walaupun pada binatang.

3. Beri anak minum air zam-zam atau air masak secukupnya.

4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al-Furqan. Niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahaman dan kelancaran dalam menjawab.

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum menjawab soalan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain.

7. Ingat! Jangan sekali-kali menjadikan anak stress dengan permintaan-permintaan yang luar biasa, memadailah kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.

8. Antara surah yang digalakkan untuk dibaca :
   a) Surah alam nasyrah
   b) Surah al Hasyr ayat 21-24
   c) Surah al Rahman 1-13

9. Niatkan semasa membaca surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang.


Sumber : WhatsAapp