Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Doa. Papar semua catatan
Doa Seorang Mukmin
Bismillahirahmanirahim
ٍ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ
عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى
أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْن
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon
kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi manfaat, rezeki
yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat,
doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan baik yang
berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan didunia ini dan diakhirat nanti.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Engkau sajalah yang mengetahui segala yang terbuku dihati kami, hidupkan lah hati kami, sembuhkan lah segala penyakit yang berada dihati kami,
selamatkan lah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhkan lah kami
dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami.ِ
Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikan lah kami hambaMu yang mengabdi diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya.
Ya Allah berilah Taufik dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat
melakukan segala yang diperintahkan oleh Engkau dan meninggalkan segala
apa yang Engkau larang.
Ya Allah Ya Tuhan kami,
hidupkan lah kami dalam Iman, dan matikan lah kami dalam Iman,
selamatkan lah Iman kami dari segala gangguan syaitan semasa kami
menghembuskan nafas yang terakhir nanti.
Ya
Allah Ya Tuhan kami, ampuni lah kami semasa kami djalankan hisab, hisab
lah kami Ya Allah dengan hisab yang ringan. Beri lah kami peluang untuk
mendapat Syufa'at Nabi kami Nabi Muhammad s.a.w.
Ya
Allah berilah kami peluang untuk mengucapkan kalimah “Laillahaillallah
Muhamadarasulullah” sebagai akhir kalam sebelum kami meninggal dunia.
Tempatkan roh kami dikalangan mereka yang beriman dan beramal solleh.
Ya
Allah, Kau tutuplah aib kami, padamkan segala catatan dosa dan
kesalahan dalam buku amalan kami, beratkan amal timbangan kami dan berilah kami peluang untuk menerima buku amalan kami dengan tangan
kanan.
Ya Allah Kau permudahkanlah kami melintasi titian sirat umpama sepantas kilat.
Ya
Allah Ya Tuhan kami, Engkau sahaja lah yang mengetahui kelemahan diri
kami zahir dan batin, kami pohonkan syurga tanpa hisab, berilah
kekuatan, Taufik dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat melakukan
segala perkara yang boleh membawa kami kearahnya.
Ya Allah kami memohon Ya Allah kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah . َ
Ya
Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami,
pasangan hidup kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami, saudara mara kami,
guru-guru kami, sahabat-sahabat kami, jiran-jiran kami serta sekalian
muslimin muslimat di mana saja mereka berada.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين
Doa Untuk Pengantin Baru Bahagian 2
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
“
Perkahwinan itu adalah perjalanan hidupku sesiapa yang tidak mengikut
perjalanan hidupku, dia bukanlah dari golongan umatku” ~Al Hadith~
Firman
Allah bermaksud,
“
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Di
antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah menjadikan bagimu daripada jenismu
pasangan-pasanganmu agar kamu mendapat kesenangan dengannya dan Dia menjadikan
di antara kamu bersama kasih mesra dan rahmat”
Ya
Allah….
“
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku, terciptakan buatku, sempurnakanlah
kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada - Mu,
tanda kasih dan bakti kami kepada kedua orang tua tercinta dan bukti ketaatan
serta keimanan kami kepada sunnah Rasul - Mu”
“
Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam
dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad dan Siti
Khadijah. Semoga Allah memberkati kamu berdua dan himpunkan kamu berdua di
dunia dan akhirat”. ~Amin~
Ya
Allah Ya Tuhan Kami,
“
Berkatilah majlis yang akan diadakan ini agar ia berjalan dengan lancar dan
sempurna seperti mana yang mereka harapkan, kami memohon kepadaMu.
Semoga jodoh ini berkekalan buat selama-lamanya. Kami memohon agar dimurahkan rezeki serta kurniakanlah kami zuriat yang soleh agar kami dapat menjalani kehidupan baru ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Amin Ya Rabbal Alamin”.
Doa Untuk Pengantin Baru
“Ya
Allah, satukanlah hati …………
Seperti
Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau
satukan hati Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah. Satukanlah hati kedua mempelai
ini dengan iman keyakinan dan tawakal kepadaMu. Jadikanlah mereka suami soleh
yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa membantu. Murahkan
rezeki mereka dan kurniakan kepada mereka zuriat yang beriman dan beramal
soleh. Semoga kehidupan mereka dipenuhi Al-Mawwadah dan Al-Rahman di dunia dan
akhirat.” –Amin Ya Rabbal Alamin-
“Ya Allah
Ya Tuhan Kami, Kami memohon doa restumu….
Berkatilah
majlis perkahwinan ini, Berjalan dengan sempurna seperti mana yang Engkau
kehendaki, Dan semoga jodoh perkahwinan ini akan berkekalan buat selama-lamanya
hingga ke akhir hayat. Amin, Ya Rabbal Alamin…”
“Ya Allah
Ya Tuhan Kami, satukanlah hati kedua pasangan mempelai ini dengan iman,
keyakinan dan tawakal kepadaMu, panjangkanlah umur mereka, lapangkanlah rezeki
mereka, dekatkanlah mereka menuju kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan,
kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berikanlah ketenangan
kepada mereka di dunia dan akhirat, berkatilah perkahwinan mereka serta
berkekalan sehingga akhir hayat.”
Bismillahirrahmanirrahim….
Ya Allah, Ya Tuhan Ku,
“Kami
memohon hidayah dan restu dari Mu. Berkatilah majlis ini, limpahkanlah rahmat
ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman bahagia
dalam ketaatan kepada Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan
solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat.
Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. Semoga ianya berkekalan hingga
akhir hayat.”
Ya Allah
Ya Tuhan Kami,
“Andainya
Kau telah takdirkan jodohnya berilah mereka berdua kebahagiaan buat selamanya.
Tempatkan mereka di antara orang-orang yang paling Kau sayang dan kekalkan
jodoh mereka hingga ke akhir hayat.”
Adab dan Waktu Berdoa Agar Lebih Mustajab dan Sebab Doa di Hijab
Doa merupakan cara umat Islam
memohon sesuatu daripada Allah S.W.T. Dengan berdoa menjadikan kita lebih dekat
kepada Tuhan yang mencipta. Berdoa memerlukan adab dan waktu yang sesuai agar
doa tersebut lebih mustajab. Selain itu, kita harus mengetahui mengapa doa kita
dihijab iaitu tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
Berikut diterangkan dengan lebih
terperinci cara untuk kita berdoa atau memohon pada-Nya agar lebih mustajab :
Adab Berdoa Agar Doa Lebih Mustajab
1. Berwuduk
2. Menghadap kiblat
3. Disunatkan menadah tangan dan
disunatkan melihat ke langit
4. Berdoa dengan hati yang penuh
khusyuk
5. Jangan berdoa terlalu kuat
iaitu kita sahaja yang mendengarnya.
Waktu Mustajab Berdoa
1. Ketika 1/3 malam
2. Ketika mengerjakan umrah
3. Pada hari Jumaat
4. Doa orang yang dizalimi
Tips-tips Doa yang Mustajab
1. Berdoa selepas solat tahajud
2. Ketika berpuasa dan solat
fardu
3. Berdoa dalam keadaan sunyi
4. Berdoa ketika dekat kepada
Allah iaitu dalam sujud
5. Doa orang yang dizalimi
6. Doa dari ibubapa
7. Doa dibaca ketika malam
Lailatul Qadar
Sebab-sebab Doa di Hijab
1. Kita jauh dengan Allah S.W.T.
2. Tidak yakin dengan apa yang
kita doa
3. Orang yang melakukan kezaliman
4. Tidak taat kepada Allah
5. Syirik kepada Allah S.W.T.
Sumber : Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Sharhan Shafie
Cara Meredakan Kemarahan dan Doa Untuk Orang yang Degil
1. Doa Meredakan Kemarahan
Baca ayat
ini iaitu surah Al-A’raaf Ayat 154 bila melihat atau berhadapan dengan orang
yang sedang marah.
2. Doa Untuk Orang yang Degil
Lakukan
sebanyak 7 kali selepas sembahyang dan hembuskan (tiup) kepala yang dihajatkan
(anak, suami, isteri) seboleh-bolehnya ditiup ke arah mukanya sama ada semasa
ia sedar atau tidur. Dan pastikan ketika membaca ayat tersebut hendaklah
meniatkan hajat terhadapnya ketika pada potongan ‘kun’. Surah yang harus dibaca ialah surah
Yasin Ayat 82.
Doa atau Cara Melembutkan Hati Pembesar
Jika kita
menghadapi ketua, majikan, suami yang suka membuat aniaya atau
sewenang-wenangnya dengan pekerja bawahannya maka untuk menghalang mereka
daripada terus bersikap sedemikian dan melembutkan hati mereka maka bolehlah
amalkan amalan berikut.
Semasa
membaca ayat berikut hendaklah dibaca ketika sedang berdepan dengan mereka
dalam keadaan yang tenang, bersih dan berwuduk. Bacalah surah Ash-Shura Ayat 15.
Doa Apabila Hendak Keluar Ke mana-mana Agar Diri Terpelihara Dari Gangguan Jin dan Syaitan
Bacalah 3 kali ayat ini apabila hendak ke mana-mana. Insyaallah, supaya terpelihara dan selamat daripada gangguan jin, syaitan dan musuh-musuh kita.
Jadikankan doa ini sebagai satu amalan dalam kehidupan sehari-hari.
Ikhtiar dan Usaha.
Jadikankan doa ini sebagai satu amalan dalam kehidupan sehari-hari.
Ikhtiar dan Usaha.
Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata
masa anda semua menjawab azan, apabila terdengar laungan أشهدأنمحمدرسولالله maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:
فَكَشَفۡنَاعَنكَغِطَآءَكَفَبَصَرُكَٱلۡيَوۡمَحَدِيدٌ۬
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yang ke 22)
فَكَشَفۡنَاعَنكَغِطَآءَكَفَبَصَرُكَٱلۡيَوۡمَحَدِيدٌ۬
(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yang ke 22)
Kemudian hembus di belakang ibu jari. Selepas itu, gosok belakang ibu jari tersebut di kedua-dua belah mata (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri).
InsyaAllah, sentiasa amalkan, anda akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..
InsyaAllah, ini salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.
InsyaAllah, sentiasa amalkan, anda akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..
InsyaAllah, ini salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.
Langgan:
Catatan (Atom)