Tahukah Anda?
Gunung Krakatoa di Indonesia meletus pada tahun 1883. Letusannya sangat kuat dan dapat didengar dalam jarak 5000 kilometer.
Tahukah Anda?
Letupan gunung berapi Krakatau di Indonesia pada 27 Ogos 1883 menyebabkan berlaku gelombang tsunami, telah mengorbankan 36,000 jiwa. Gelombang ini boleh dirasai hingga ke England.
Tahukah Anda?
Penyakit malaria merupakan wabak yang serius dalam abad ke-20. Sejumlah 1.5 – 1.7 juta mati akibat penyakit ini setiap tahun dan hampir satu juta kanak-kanak bawah umur lima tahun menjadi mangsanya. Lebih 90% daripada jumlah kematian adalah di Negara Afrika.
Tahukah Anda?
Setiap tahun, barah telah meragut nyawa ribuan wanita di Amerika Syarikat. Barah paru-paru membunuh lebih 46,000 wanita negara tersebut. Kematian dapat dielakkan jika wanita lebih peka dan sering membuat pemeriksaan kesihatan.