Cinta Untukmu Oleh Siti Nur Dhuha

  Cinta Untukmu Oleh Siti Nur Dhuha

Cerita ini mengisahkan empat sekawan yang bersahabat sejak kecil. Syahiman, Haizul, Tiara dan Fazira. Syahiman suka mengusik dan membuli Tiara. 

Syahiman berasa seronok jika Tiara marah-marah. Syahiman berasa suka jika Tiara memberikan respons. Haizul dan Fazira hanya memerhati sahaja tingkahlaku sahabat mereka yang suka bergaduh.

Apabila sudah menamatkan pelajaran, mereka berempat bertemu kembali dan bersama-sama ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan. Mereka menyewa dua buah rumah. 

Haizul dan Fazira mendapat pekerjaan yang sesuai dengan pelajaran mereka manakala Syahiman dan Tiara kurang bernasib baik kerana tidak mendapat kerja dengan kos yang diambil di universiti. 

Syahiman bekerja sebagai buruh manakala Tiara bekerja sebagai pencuci di rumah golongan berada.

Syahiman amat mencintai Fazira sejak dari kecil kerana kecantikan yang dimiliki berbanding Tiara. Dia meluahkan rasa cintanya kepada Fazira. 

Tetapi cintanya telah dipermainkan, malah dihina kerana tidak setaraf dari segi pekerjaan dan rupa. Syahiman yang kecewa kerana dihina telah pergi meninggalkan sahabatnya. 

Tiara rasa bersalah terhadap Syahiman kerana dialah yang memaksa Fazira menerima cinta Syahiman. Tetapi, dia tidak menyangka Fazira sanggup menghina Syahiman. 

Tiara berasa sangat sedih kehilangan sahabat kerana Syahimanlah yang selalu bersamanya walaupun suka mengusik dan membulinya. Tiara berasa amat kehilangan.

Fazira sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Haizul. Sejak dari kecil Fazira mempunyai perasaan tersebut. Haizul pula tidak sedikit mempunyai perasaan terhadap Fazira apatah lagi mengetahui Fazira sanggup menghina Syahiman.

Haizul sebenarnya menyukai Tiara. Fazira yang mengetahui akan perasaan Haizul sanggup untuk meracuni Tiara. Malangnya, usahanya itu tidak berjaya kerana Haizul telah menyelamatkan Tiara. 

Sejak dari peristiwa itu, Haizul dan Tiara telah berpindah rumah meninggalkan Fazira.

Haizul dan Tiara semakin rapat. Sikap Haizul yang baik dan mengambil berat membuatkan Tiara amat selesa bersama Haizul. Pada suatu hari, Tiara telah terjumpa Syahiman. 

Syahiman kini telah berjaya dalam hidupnya dan berpenampilan sangat menarik. Dia menjadi idaman setiap wanita.

Tiara berbaik semula dengan Syahiman. Tetapi Syahiman tetap suka mengusiknya. Syahiman telah jatuh cinta pada Tiara. Dia merasakan hidupnya kosong tanpa Tiara. Hakikatnya, Syahiman tidak dapat hidup tanpa Tiara sejak dari kecil lagi.

Fazira berdendam apabila cintanya ditolak oleh Haizul. Dia ingin membunuh Tiara. Tetapi segala rancangannya tidak menjadi. 

Konflik berlaku apabila Tiara menjadi rebutan dua lelaki yang bersahabat baik sejak dari kecil iaitu Syahiman dan Haizul. Siapakah yang akan memiliki Tiara? 

Adakah Fazira mampu membalas dendam terhadap sahabatnya terutama kepada Haizul?

Dapatkan novel ini dipasaran untuk mengetahui kisah selanjutnya.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan