Dinosaur Laut Ganas
Pakar dari
Norway telah mengesan sejenis reptilia purba yang bersaiz besar di garisan
Artik. Pakar menggelar reptilia purba tersebut sebagai ‘Dinosaur Laut Ganas’. Reptilia
ini merupakan sejenis spesies yang masih belum diketahui. Panjang reptilia ini
ialah 10 meter, beratnya pula 10 hingga 15 tan. Reptilia ini hidup pada seratus
lima puluh juta tahun dahulu. Wajah reptilia ini kelihatan seperti singa laut dan
mempunyai empat sirip. Mulut dan hidung reptilia ini pula sama seperti buaya. Namun,
apa yang paling dahsyat ialah reptilia ini mempunyai lelangit yang besar dan
boleh menelan seorang lelaki dewasa terus ke dalam perutnya.
Mencari Tandas dengan Mudah
Kebelakangan
ini, negara England telah memperkenalkan satu sistem satelit untuk kemudahan
mencari tandas di mana-mana tempat. Anda hanya perlu memasukkan perkataan ‘tandas’
dalam mesej dan hantar, kemudian satelit akan mengesan tempat anda berada dan
menghantar mesej kepada anda tentang lokasi tandas yang paling dekat. Proses
ini hanya mengambil masa beberapa saat sahaja. Walau bagaimanapun, perkhidmatan
ini perlu dibayar. Setiap mesej akan dikenakan bayaran lebih kurang RM2.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan