Tidak Boleh Berpura-pura Mati Jika Terjumpa Beruang
Jika
manusia terjumpa beruang di dalam hutan, ini bermakna telah bertemu musuh yang
ganas. Janganlah memanjat ke atas. Ini kerana beruang juga boleh memanjat
pokok. Selain itu, kita juga tidak boleh berbaring dan berpura-pura mati. Ini
kerana beruang suka makan binatang yang baru mati. Jika manusia berbaring di
lantai, beruang boleh menjamu selera dengan gembira. Sebenarnya, cara yang
paling baik ialah mencari akal untuk menakutkan beruang.
Berasa Pening Kepala Setelah Bangun Dari Bertinggung
Semasa
betinggung, sebahagian besar darah dalam tubuh badan akan berkumpul di otot
kedua-dua kaki untuk menyokong tubuh badan. Ini menyebabkan kekurangan darah di
bahagian kepala. Selain itu, retina dalam mata juga kekurangan darah.
Justeru
itu, anda akan berasa pening kepala. Keadaan seperti ini ialah fisiologi yang
normal, bukan penyakit anemia.
Lipas Palsu Membimbing Lipas Benar
Saintis
telah mencipta sepasang robot serangga. Selepas dicat, rupa dan warna robot
serangga itu serupa dengan lipas yang sebenar. Kemudian, robot serangga itu
dihantarkan untuk hidup bersama dengan lipas yang sebenar. Akhirnya, didapati
robot serangga tersebut berjaya mempengaruhi lipas. Robot serangga tersebut
telah mempengaruhi lipas melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Robot-robot
serangga juga berjaya membawa lipas-lipas hidup dalam suatu habitat yang tidak
sesuai untuk berhidup. Mengikut taksiran pakar, teknologi ini boleh membantu
mengawal tingkah laku kumpulan binatang dan serangga.
Sumber : Teman Pintar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan