Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


• Pelajar cemerlang perlu membetulkan niatnya dalam menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar cemerlang harus menggunakan ilmunya dengan harapan memberikan sumbangan terhadap masyarakat. Kita perlu menghasilkan ahli-ahli yang pakar di dalam berbagai bidang.

• Pelajar cemerlang juga perlu tahu bahawa pendidikan akhlak adalah perlu didahulukan dari ilmu pengetahuan yang lain. Yang paling nyata sekali tunaikan sembahyang, baik terhadap kedua ibu bapa, keluarga, sahabatnya serta menghormati guru.

• Pelajar cemerlang pandai memilih kawan-kawannya.


• Pelajar cemerlang pandai memilih bahan bacaan untuk pelajaran.

• Pelajar cemerlang hendaklah menghabiskan masa dengan sebaik-baiknya untuk pelajaran.

• Pelajar cemerlang menguruskan hal rumah, sekolah atau pelajaran dengan teratur dan rapi. Penuntut yang tidak sistematik menyebabkan pemikirannya tidak tenteram.

• Pelajar cemerlang hendaklah menyusun masa dengan baik. Perlu diingatkan bahawa jangan gunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur.

• Pelajar cemerlang membiasakan diri dengan pembersihan dalaman diri. Setelah itu, kebersihan pakaian, tempat tidur, meja tulis dan bukunya.

• Pelajar cemerlang sentiasa hadir ke kelas kecuali berlaku keuzuran. Beri tumpuan ketika mengikuti ajaran guru. Lebih baik jika dapat membaca pelajarannya itu dahulu sebelum masuk ke kelas (amalkan SSS = Sebelum, Semasa dan Selepas).

• Pelajar cemerlang perlu tahu bahawa kebanyakan pelajaran itu ada hubungan antara satu sama lain. Kalau tidak jelas, cepat-cepatlah pergi bertanya atau berjumpa dengan guru-guru atau kawan-kawannya.

• Pelajar cemerlang perlu membuat ringkasan bagi setiap bab dan cabangnya dengan perkataan yang mudah difahami.

• Pelajar cemerlang akan berusaha untuk menguasai pelajarannya. Ini merupakan perkara yang dituntut dan satu kewajipan yang akan menggembirakan kedua ibu bapanya.

• Pelajar cemerlang perlu mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh digunakan untuk kerja-kerja kebajikan (SWOT).

• Pelajar cemerlang sentiasa bersyukur. Segala amalan dimulakan dengan adab yang mulia. Banyakkan usaha dan bertawakal kepada Allah. Jika gagal, berusaha lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan