DEDIKASI BUAT SAHABAT

 

1. Nilai Seorang Teman

Hilangnya seorang teman ibarat hilang sebelah tangan,
Lukanya boleh diubati tetapi hilangnya tiada ganti…

 

2. Kawan Macam….

Kawan macam HotFM sebab dia lebih hangat daripada biasa,
Tapi dia juga macam NTV7 sebab dia ceria selalu,
Tapi rasa macam TV3 sebab sentiasa di sisi,
Tetapi paling penting dia macam TV9 sebab dekat di hati…      

 

3. Persahabatan Persis…..

Jadikan persahabatan terbina persis untaian tasbih, ada awal tiada hujungnya… dibentuk untuk mengingatinya, dirantai kerana redhanya… moga ia kekal dengan rahmat-NYa.

 

4. Ukhwah Untuk Selamanya…

Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah…
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta…
Jika ku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga…
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera…
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah…
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalimah doa…
Berjanjilah sahabat, ukhwah kita untuk selamanya…

 

5. Sahabat…

Sahabat itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi. Walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui kerana asasnya ia kekal di dasar hati…

Sahabat bukan 1 tapi beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan untuk dimusuhi tapi disayangi, bukan untuk dilupai tapi diingati, bukan hanya di sini tapi di mana-mana, bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa…..

 

6. Teman…

Ada beribu bintang …tapi bulan ada satu …
Ada ramai teman … tapi yang terbaik hanya satu
Melupakanku, terpulang padamu …namun melupakanmu tidak bagiku….:-)

 

7. Satu….

Mengenalimu satu keindahan…
Bergurau denganmu satu kebahagiaan…
Menyakiti hatimu satu kesilapan…
Oleh itu, satu permintaan dariku….
Semoga kekal persahabatan ini….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan