Ketam Sering Berpindah
Tahukah
anda mengapa ketam sering berpindah? Ini kerana ketam tidak mempunyai
cangkerang dan hanya mempuyai tubuh badan yang lembut. Badam ketam akan semakin
besar tetapi rumah ketam tidak akan berubah mengikut saiz badan. Oleh itu,
ketam perlu sering berpindah ke rumah yang lebih besar.
Ikan Jerung Akan Lemas Jika Berhenti Berenang
Tahukah
anda ikan jerung akan mati lemas jika berhenti bergerak? Ini kerana ikan jerung
tidak mempunyai lubang hembusan air untuk bernafas. Oleh itu, ikan jerung perlu
berenang tanpa berhenti untuk menyedut udara segar dari laut.
Beg Plastik Mengancam Alam Sekitar Kita
Tahukah
anda beg plastik diperbuat daripada sumber alam yang paling berharga iaitu
petroleum?
Petroleum
terbentuk melalui beberapa juta tahun. Jika beg plastik dibentuk, beg plastik
tidak boleh ditukar semula ke bentuk petroleum. Tambahan pula beg plastik tidak
boleh diurai walaupun dibuang ke tempat menanam sampah sepanjang masa. Oleh
itu, jika kita gunakan beg plastik yang banyak, bermaksud juga menggunakan
petroleum yang lebih banyak dan menghasilkan sampah yang lebih banyak. Maka,
alam sekitar kita juga tercemar.
Sumber : Teman Pintar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan