Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

Sinopsis Novel Lovin' You Karya Haruno Hana

Novel Lovin' You Karya Haruno Hana

Novel Lovin' You Karya Haruno Hana

Novel : Lovin' You

Pengarang : Haruno Hana
Bilangan Halaman : 409
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Cetakan Kedua : Mac 2011
Sumber Buku : Hak milik sendiri
Harga : RM 18


Cerita ini mengisahkan Masashi Kira atau lebih dikenali sebagai Kira, mempunyai impian terpendam yang dihalang oleh bapanya. Ekoran itu Kira bersikap dingin dengan orang yang tidak disukainya termasuk bapanya sendiri. Kira juga mencemburui sahabat karibnya sendiri iaitu Setsuna kerana Setsuna berjaya mencapai impiannya menjadi seorang penyanyi.

Hinggalah hadir seorang gadis yang bernama Kinomoto Kotomi atau lebih dikenali sebagai Kotomi. Kotomi menjadikan hidup Kira berubah dari seorang yang bersikap dingin menjadi lebih mesra dan ceria. Kotomi satu-satunya wanita yang berjaya menambat hati Kira walaupun Kira amat digilai oleh para wanita di sekolahnya.

Impian Kira adalah ingin menjadi seorang pemain piano tetapi dihalang bapanya kerana mahukan dia menguruskan perniagaan keluarga. Hubungan baik Kira dan Kotomi, terhasillah simfoni yang indah hasil ciptaan Kira. Simfoni yang diberi nama Lovin’ You terus berlagu di hati Kira dan Kotomi walaupun Kira cuba menafikan perasaannya pada Kotomi.

Hinggalah Kira dan Kotomi terpisah kerana Kotomi berpindah ke luar negara mengikut ibunya. Kira pula menjadi lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan. Hubungan baik mereka menjadi dingin kerana Kira menjauhkan diri dari Kotomi.


Persoalan

Adakah Kira berjaya mencapai impiannya untuk menjadi seorang pemain piano?
Bagaimana hubungan Kira dan Kotomi?
Adakah mereka berjumpa kembali setelah bertahun lamanya?


WATAK UTAMA

1. MASASHI KIRA
 17 tahun
 Anak lelaki tunggal pasangan Masashi
 Pelajar tahun tiga jurusan perniagaan di Hanami International High School (HIHS)
 Bersikap dingin dengan orang yang tidak disukai
 Mempunyai impian terpendam yang dihalang oleh ibu bapanya

2. KINOMOTO KOTOMI
 16 tahun
 Cucu saudara Mak Cik Ono
 Pelajar tahun dua jurusan seni rumah tangga di Hanami International High School (HIHS)
 Periang dan baik hati
 Selagi boleh bersabar dengan seseorang, dia boleh bersabar

3. KIYAMA OZU
 60 tahun
 Bekerja sebagai butler Kira sejak Kira lahir lagi
 Amat memahami Kira
 Penyayang

4. TEZUKA MISA
 57 tahun
 Pembantu rumah di Haru Mansion
 Baik hati

5. TEZUKA MIYUKI dan TEZUKA FUYUKI
 19 tahun
 Anak kembar Mak Cik Misa
 Pelajar universiti
 Tinggal di Haru Mansion dan bekerja sambilan sebagai pembantu rumah
 Periang dan suka menyakat orang

6. NORI dan RAN
 16 tahun
 Sahabat karib Kotomi
 Belajar sekelas dengan Kotomi
 Amat mementingkan persahabatan

7. IKUTA, SHIN dan HIRO
 17 tahun
 Sahabat karib Kira sejak sekolah rendah
 Belajar sekelas dengan Kira
 Mengetahui impian terpendam Kira
 Menyokong Kira tatkala Kira tertekan dengan masalahnya

8. YUI, NAMI, NATSUMI, AZUMI dan MIO
 16 tahun
 Amat meminati Kira
 Sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Kira


WATAK SAMPINGAN

1. KINOMOTO ONO
 Nenek saudara Kotomi
 Amat menyayangi Kotomi

2. KINOMOTO KIRIKO
 Ibu Kotomi
 Bekerja di Hokkaido

3. MASASHI NEIJI
 Bapa Kira
 Pemilik Masashi Group
 Tegas

4. MASASHI HARUHI
 Ibu Kira
 Isteri Masashi Neiji
 Isteri yang setia dan ibu yang penyayang

Sinopsis Novel Izinkan Aku Mencari Tuhan Karya Aizuddin Hamid


Novel : Izinkan Aku Mencari Tuhan

Pengarang : Aizuddin Hamid
Bilangan Halaman : 283
Penerbit : Sentap Press Sdn Bhd
Cetakan Pertama : April 2017
Sumber Buku : Kawan Adik (Syafiqah)
Harga : RM 30


Cerita ini mengisahkan seorang remaja bernama Malik, yang pada mulanya seorang yang baik tetapi berubah kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bergaduh. Bapanya menjadi panas baran dan mereka sekeluarga selalu menjadi mangsa.

Keadaan ini menyebabkan Malik berasa tertekan dan cuba mencari jalan untuk mendamaikan jiwanya. Dia mula terlibat dalam merokok, berkawan dengan kawan yang tidak baik, keluar malam dan hanyut dalam percintaan.

Kawan baiknya, Faizal cuba untuk menyedarkan Malik dengan membawa ke jalan yang benar tetapi tidak berjaya. Hingga suatu hari, dia telah memberi sebuah buku yang bertajuk Masih Ada Syurga Buat Kita secara rahsia kepada Malik.

Faizal menemui ajal dan sempat berpesan kepada sahabat baiknya Asyraf agar cuba menyedarkan Malik. Takdir telah menemukan Asyraf dengan Malik, Malik mula sedar dan kembali ke pangkuan jalan.

Malik mula menjadi seorang insan yang lebih baik; mendirikan solat, meninggalkan perkara jahat yang telah dilakukan termasuklah bercouple bersama Ika. Malik terpaksa melepaskan Ika walaupun hatinya masih sayang.

Malik dan Ika membawa haluan hidup masing-masing dan menjadi yang lebih baik. Ika mula sedar dan mula memakai tudung labuh dan berpurdah. Hingga suatu hari mereka bertemu semula akhirnya secara kebetulan.


**********************

"Kenapa kehidupan aku tak macam orang lain? Ya Allah, jangan salahkan ku sekiranya aku semakin jauh daripadaMu, sedangkan Kau sendiri yang memberi sesuatu yang aku tak mampu!"
- Malik

"Sebenarnya aku dah lama minat Islam. Aku nak tahu banyak tentang Islam. Tapi selama ni, kenapa tak ada sorang kawan Muslim pun yang pernah cerita pada aku pasal Islam? Lepas tu, bila aku tengok orang Islam tu sendiri, kenapa tak melambangkan macam apa yang Islam ajar?"
- Kalai

"Kenapa jenazah aku kat situ? Aku dah mati ke? Takkanlah! Aku masih tak puas hidup lagi, masih banyak dosa yang aku buat. AKu tak sempat bertaubat lagi, ya Allah!"
- Tuan Rahim

Banyak lagi persoalan yang akan terungkai dalam novel tarbiah IZINKAN AKU MENCARI TUHAN, suatu pengalaman yang penuh dengan debaran, tangisan, keinsafan, dan kebahagiaan.

Pastinya, jika anda mula membaca helaian pertama, sudah tentu anda tidak akan berhenti melainkan setelah sampai hingga helaian terakhir!

Sinopsis Novel Semusim di Mahsyar Karya Hadi Fayyadh



Novel : Semusim di Mahsyar

Pengarang : Abdul Hadi Mohamad (Hadi Fayyadh)
Bilangan Halaman : 286
Penerbit : Iqes Tijarah Trading
Cetakan Pertama : Julai 2017
Sumber Buku : Adik (Badariah)
Harga : RM29.90


Iqlima Salsabilla, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan hati. Dia dikebumikan selama 5 hari, kemudian kuburnya digali semula setelah ayahnya mendakwa melihat anaknya di dalam mimpi, kembali dengan kain kapan yang berlumuran darah dan nanah, meminta untuk diselamatkan kerana dia masih hidup.

Sepanjang 5 hari di dalam kubur, Iqlima menjalani suasana di alam misteri sehingga dia merasakan hampir seribu tahun lamanya dia bersemadi. Iqlima  merasai sendiri kesakitan dan kepayahan di alam mahsyar. Betapa sengsaranya dia di alam tersebut akibat derhaka terhadap ibu dan ayahnya.

Dia amat menyesal dengan perbuatannya dan ingin kembali ke dunia untuk menebus segala salah silapnya. Iqlima adalah seorang gadis kecil yang solehah, menjaga solat dan menutup aurat. Tetapi akibat fitnah, dia telah menderhaka kepada kedua ibu ayahnya. Iqlima difitnah sebagai anak haram hasil hubungan tidak sah oleh ibu dan ayahnya.

Ibu dan ayahnya tetap melayannya dengan baik dan dibalas dengan perbuatan buruk oleh Iqlima. Hinggalah Iqlima disahkan menghidap kanser hati dan memerlukan penderma. Qaleef Haikal sudi mendermakan sebahagian hatinya buat Iqlima.

Namun di saat akhir, Qaleef Haikal menarik diri untuk menderma hatinya. Ibu Iqlima menawarkan diri untuk menderma walaupun mengalami pendarahan akibat ditolak oleh Iqlima di hospital. Pembedahan tersebut gagal, Iqlima dan ibunya disemadikan dalam satu lahad. Ayah Iqlima mendakwa Iqlima masih hidup dan merayu agar kubur digali walaupun terpaksa berjalan mengengsot untuk ke rumah Pak Iman.

Akhirnya kubur Iqlima dan ibunya digali  dan ternyata Iqlima masih hidup. Iqlima berasa bersalah dan ingin menebus kesalahannya tetapi sudah terlambat kerana ayahya turut menghembuskan nafas yang terakhir sebelum sempat dia meminta maaf.

Sebenarnya Iqlima bukanlah anak haram tetapi dia telah difitnah oleh Mak Ngahnya sendiri. Penyesalan demi penyesalan di hati Iqlima. Kini dia bertaubat dan hatinya semakin dekat pada pencipta.


Sinopsis Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah

Novel Cukup Derita Itu Karya Siti Rosmizah

Novel : Cukup Derita Itu

Pengarang : Siti Rosmizah
Bilangan Halaman : 1170
Penerbit : SR Publication
Cetakan Pertama : 2014
Sumber Buku : Sahabat (Ain)
Harga : RM38.90

          Ellana dan Ellani, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.

          ”Kenapa kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat-sagat muka kau dengan berus dawai. Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!” hamun Mak Ngah Gayah.

          Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!

          Zarul Zafran lelaki tampan yang bekerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.

          Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Doktor mengesahkan Zarul Zafran telah hilang ingatan akibat kemalangan itu. Cinta Zarul selama ini untuk Ellana beralih pula kepada Ellani. Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!

          Namun, demi kebahagiaan seorang yang telah dianggap seperti ibu. Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui sepanjang perkahwinan mereka. Ada yang suka dan duka. Hasil perkahwinan itu, lahirlah pasangan kembar iaitu Afiq dan Nia.

          Dendam yang berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita hidup Ellani. Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya setelah ingatannya kembali pulih. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani diseksa. Jiwanya merana.

          “Ellani binti Rashdan, aku Zarul Zafran bin Dato’ Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau”.

          Hebat lelaki ini! Hanya melalui SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.

          “Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali! Apa salah Lani mak? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah! Kuatkan imanku menghadapi dugaan-Mu ini! Raungnya.

          Ellani… cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yang dijerit dalam hatinya.

          Ellana bukanlah gadis sebaik yang disangka oleh Zarul. Ketika belajar di UK, telah melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain. Apabila telah diketahui Zarul, kini baru disedari cintanya hanya untuk Ellani dan anak-anak.

          Zarul sanggup melakukan apa sahaja demi kembali pada Ellani. Malah, sanggup menculik anaknya sendiri ketika di lapangan terbang. Ellani yang tidak dapat berpisah dengan Afiq dan Nia, terpaksa kembali bersama suaminya Zarul Zafran.

          Ellani begitu sukar untuk menerima suaminya seperti dahulu. Dia masih tidak percaya bahawa cinta Zarul hanya miliknya. Apa yang lebih menyakitkan hati, Zarul sanggup membawa Ellana pulang ke rumah mereka semata-mata untuk menyakitkan hati Ellani.

          Pelbagai konflik dan kemelut yang berlaku hingga akhirnya membawa Ellani pergi menghilangkan diri meninggalkan anak-anak. Dia telah nekad untuk berpisah dengan anak-anaknya kerana tidak sanggup lagi tinggal bersama suaminya.

          Zarul yang terlalu menyintai isterinya pergi ke kampung halaman Ellani untuk memujuk isterinya. Terjadilah suatu insiden di mana semasa mereka bergaduh, Ellani telah terbaling buah rambutan ke sarang lebah.

          Hasil lakonan Salwa yang mantap, menjadikan suami isteri ini bersatu dan cinta mereka kekal mewangi. Ellani sesungguhnya masih mencintai Zarul manakala Zarul pula baginya cintanya kepada Ellani bukanlah cinta pertama baginya tetapi cinta terakhir untuknya. Cukup derita itu… Moga selepas ini, kebahagiaan milik mereka buat selama-lamanya.


Antara Watak yang Terlibat

Ellana dan Ellani – Kembar seiras, Ellana adalah kakak kepada Ellani.

Mak Ngah Gayah – Mak saudara kepada Ellana dan Ellani.

Pak Ngah Salim - Bapa saudara kepada Ellana dan Ellani, adik kepada Puan Zaleha.

Puan Zaleha – Ibu kepada Ellana dan Ellani.

Datin Mahani – Sahabat baik Puan Zaleha.

Dato’ Azli – Suami Datin Mahani.

Salwa – Sahabat baik Ellani.

Fariz Mukhriz – Abang Salwa.

Zarul Zafran – Anak sulung Datin Mahani.

Amirul – Anak kedua Datin Mahani.

Afiq dan Nia – Anak kembar Ellani dan Zarul Zafran.

Novel M.a.i.d Oleh Suri Ryana


  • Mengisahkan Noorul yang bekerja sebagai pembantu rumah kepada Encik Haris. 
  • Encik Haris ialah lelaki bujang yang tinggal di penthouse, bekerja sebagai jurutera. Beliau tinggal berjauhan dari keluarga kerana ingin hidup berdikari. 
  • Noorul menggelar Encik Haris sebagai Mr. F (Fussy) kerana disebabkan sikap Encik Haris yang cerewet. 
  • Encik Haris selalu mencari salah Noorul dan Noorul terpaksa menahan segala karenah Mr. Fussynya.
  •  Pada suatu hari, ibu dan ayah Encik Haris memaksa mereka berdua berkahwin kerana disebabkan gambar mereka berdua yang tersebar luas dalam keadaan yang kurang baik.
  • Mereka dipaksa berkahwin bagi menutup malu agar tidak menjejaskan prestasi perniagaan keluarga Encik Haris. 
  • Gambar tersebut adalah fitnah daripada Asyraf iaitu kawan kepada Noorul yang berdendam terhadap Noorul. 
  • Akhirnya, mereka berkahwin. Perhubungan mereka pada mulanya adalah dingin dan akhirnya mereka berterus-terang terhadap perasaan masing-masing. 
  • Rupa-rupanya mereka telah jatuh cinta sejak pertama kali lagi berjumpa. Mereka  hidup bahagia sebagai suami isteri dan dikurniakan anak yang sangat comel. 
  • Terdapat pelbagai konflik di dalam novel ini iaitu fitnah yang dilakukan oleh Asyraf, ibu Encik Haris yang tidak dapat menerima Noorul sebagai menantunya serta fitnah Elisa terhadap Noorul demi untuk mendapatkan cinta Haris.