Dinosaur Bersedia Menjadi Ibu Pada Usia 10 Tahun
Semasa
mengkaji fosil dinosaur, saintis Amerika mendapati bahawa dinosaur mengalami
pertumbuhan yang cepat. Misalnya, dinosaur karnivor pada zaman Jurassic
bersedia untuk menjadi ibu pada usia 10 tahun manakala dinosaur herbivor pula
berupaya bertelur setelah menjangkau usia 8 tahun. Namun, hayat kedua-dua jenis
dinosaur ini dijangka hanya dapat mencapai usia 30 tahun.
Orang yang Baik Hati Lebih Panjang Hayat
Menurut
kajian pakar, manusia yang bersikap tenang dan baik hati mempunyai hayat yang
lebih panjang berbanding manusia yang mudah naik angin. Ini kerana orang yang
baik hati dan suka membantu mudah mendapat penghormatan dan persahabatan
daripada orang lain. Sifat-sifat murni seperti disebutkan tadi menghapuskan
ketegangan mental dan meningkatkan fungsi imuniti dalam badan seseorang.
Sebaliknya, orang yang sentiasa ingin membalas dendam dan enggan memaafkan
orang lain akan mudah jatuh sakit.
Kanggaru Kuno Menggunakan Empat Kaki untuk Berlari
Saintis
telah menjalankan kajian terhadap fosil kanggaru yang hidup pada zaman 25 juta
dahulu. Menurut laporan saintis, cara berjalan kanggaru kuno adalah berbeza
dengan kanggaru sekarang. Kanggaru kuno berlari menggunakan keempat-empat
kakinya manakala kanggaru sekarang melompat dengan hanya menggunakan kedua-dua
kaki bahagian belakangnya sahaja. Selain itu, gigi kanggaru kuno juga seperti
gigi anjing dan kemungkinan besar kanggaru kuno tahu memanjat pokok. Kanggaru
kuno tinggal di dalam hutan dan makan buah-buahan atau paku pakis. Walau
bagaimanapun, kanggaru kuno telah pupus dan diganti dengan spesies kanggaru
sekarang.
Sumber : Teman Pintar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan