- Jadilah pendengar yang setia, dan
janganlah bercakap sebelum orang lain selesai berbicara. Jangan bercakap
tergesa-gesa. Berfikir dahulu sebelum melontarkan kata-kata. Ucapkan kata-kata
yang mudah difahami.
- Ungkapkanlah perkara-perkara yang
benar sahaja.
- Jangan diam, ini akan membuatkan
orang lain kecewa. Jelaskan mengapa kata-kata anda tersekat–sekat.
- Jangan terlibat dalam perang
mulut, anda boleh tidak setuju, tetapi gunakanlah nada tidak berselisih.
- Redakan amarah, jangan lontarkan
kata-kata amarah.
- Jika anda bersalah, akuilah dan
minta maaf. Jika orang lain mengakui kesalahannya, maafkanlah dia dan ampuni
serta lupakan.
- Jangan bersikap sambil lewa.
- Jangan menyalahkan atau
mengkritik orang lain. Sebagai gantinya pulihkan, beri semangat dan bangkitkan
ghairah hidupnya. Jika orang lain menyerang, mengkritik atau mempersalahkan
anda, jangan balas dengan sikap yang serupa.
- Cubalah memahami pendapat orang
lain. Izinkan perbezaan pendapat. Cubalah memahami kepentingan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan