Etika Sosial
Merupakan tatacara peraturan tingkahlaku dalam sesuatu majlis sosial atau majlis rasmi.
1. Tertib Perkenalan
a) Prinsip perkenalan
- Perkenalkan lelaki kepada wanita.
- Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.
- Perkenalkan orang yang lebih rendah kepada yang lebih tinggi pangkatnya.
- Perkenalkan orang lebih muda kepada yang tua.
b) Tertib memperkenalkan
c) Cara jawab yang sopan agar menjadikan perkenalan lebih berkesan.
2. Tertib jabat tangan
- Ladies first antara 3 hingga 5 saat. Jika wanita Islam tidak perlu berjabat tangan.
3. Perbualan Sosial
- Pilih topik yang tidak menimbulkan kontroversi dan pertelingkahan.
4. Cara berdiri, duduk dan jalan
- Hendaklah sopan dan berada dalam keadaan selesa.
5. Tertib di Meja Makan
a) Minum sebelum makan
- Selalunya jus
- Elak dari ambil lebih daripada dua kali.
- Elak minta minum selain daripada disedia.
b) Cara keluar dan masuk dari meja makan
- Masuk sebelah kanan kerusi
- Jika duduk bersama suami isteri hendaklah duduk di sebelah kiri atau setentang dengan suami.
c) Napkin
- Duduk dengan selesa. Letak napkin atas paha dengan pegang bawah napkin di sebelah hujung dan lipatkan sedikit. Jangan sesekali buka napkin di atas meja.
d) Berbual
- Berbual dengan orang yang berhampiran dengan anda sahaja.
- Tidak kuat.
- Kalau meja lain, cuma senyum.
e) Hidangan
- Hidangan sebelah kiri.
- Pinggan sudah selesai diambil dari sebelah kiri.
f) Kedudukan peralatan
- Sudu dan pisau di sebelah kanan
- Garpu di sebelah kiri
g) Cara guna peralatan
- Dari luar ke dalam daripada susunan.
h) Makanan pembuka selera
- Tinggal hiasannya
- Cara makan, garpu dipegang di sebelah kiri dan suap ke mulut dengan menghalakan bahagian tajam ke bawah (guna garpu kecil selalunya diletak atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang ataupun selesai menggunakannya).
i) Sup
- Sudu bulat berada di sebelah kanan.
- Hala sudu ke arah luar dari badan.
- Setelah guna letak dalam mangkuk sup atau atas piring lapik sebelah kanan dalam keadaan terlentang.
j) Roti dan mentega
- Makan dengan cara cubit atau koyak kecil-kecil. Sapu dengan mentega dan elakkan sapu mentega pada roti seperti burger.
k) Hidangan ikan
- Perah limau dengan menggunakan garpu.
- Guna pisau di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri.
- Setelah selesai makan, letak kedua-duanya rapat dengan mata pisau hala ke dalam dan garpu terlentang.
l) Serbet
- Sejenis aiskrim selepas makan ikan. Bertujuan untuk menghilangkan rasa ikan sebelum nikmati yang lain.
m) Hidangan utama
- Dihidang paling hampir dengan tetamu dan diiringi hidangan lain.
- Pisau di sebelah kanan dan garpu di sebelah kiri.
- Letakkan peralatan bila hendak bercakap.
n) Dessert
- Puding aiskrim
- Makan dengan guna sudu atau garpu kecil yang biasanya diletak sebelah atas.
o) Kopi
- Kacau perlahan-lahan.
- Jika perlu susu dan gula, tambah susu dahulu dan diikuti dengan gula.
p)Merokok
- Cuba elakkan.
q) Berjenaka
- Kurangkan berjenaka.
r) Meninggalkan tempat duduk
- Masuk dan keluar dari tempat duduk adalah dari sebelah kanan.
s) Cungkil gigi
- Cuba elakkan dan tidak di hadapan orang.
t) Beri cenderamata
u) Meninggalkan meja
- Jangan lupa untuk meletakkan napkin di tempatnya.
wah....byknye etika...hehehe... ^_^
BalasPadamthanks sudi singgah blog sy..