:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

POKOK SENA



Nama Botani :

Pterocarpus indicus

Nama Keluarga :

Fabales

Nama Biasa :

Pokok Sena atau juga dikenali sebagai  Angsana.

Klasifikasi :

Pokok tinggi dan besar.

Jangka hayat :

Tempoh jangka hayat  panjang.

Tempat asal :

Ia  merupakan pokok asal di Malaysia dan kawasan ASEAN. Ia dikenali sebagai pokok Narra di Filipina, pokok Sokokembang di Indonesia, pokok Tnung di Kemboja, dan pokok Pradu di Thailand. Pokok Sena dianggap sebagai pokok balak yang baik.

Ciri-ciri :

  • Pokok sena merupakan pokok malar hijau yang mencecah sehingga ketinggian 30 meter sehingga 48 meter ditempat asalnya.
  • Daunnya sepanjang antara 12 sehingga 22 cm dan tangkainya (petiole) sepanjang sekitar 2 hingga 4 cm. Pokok sena berbunga dari Februari hingga Mei di Malaysia dan Filipina. 
  • Ia berbau harum dan mempunyai kelopak kuning atau kuning bata. Buahnya bulat leper dan sekitar 6 cm kerat rentas. 
  • Buahnya  yang matang dalam 4-6 bulan, menjadi perang apabila tua. Ia mempunyai serabut bagi penyebaran melalui udara.

Kegunaan landskap:

Sebagai teduhan dan penanda, penunjuk arah serta keselamatan.

Lokasi :

Tepi jalan dan kawasan taman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan