:::.Sajian Hati.:::

♥♫♥ BuKaN aiR TaNGaNKu... ♥♫♥

POKOK BUNGA NANAS




Nama Botani :

Bunga Bromeliad

Nama Keluarga :

Bromeliaceae

Nama Biasa :

Pokok Bunga Nanas

Klasifikasi :

Pokok sederhana.

Tempat Asal :

Amerika Selatan

Jangka Hayat :

Mencapai kematangan apabila mencecah umur 2 hingga 3 tahun.

Ciri-ciri :

  • Bahagian atas daun seperti bentuk cawan dapat menakungi air. 
  • Duri halus yang terdapat di atas daun berfungsi untuk penyerapan air dan makanan. 
  • Warna daun akan berbeza mengikut spesies dan kadar cahaya yang diterima. 
  • Warna bunga berbeza mengikut spesies dan kadar cahaya yang diterima. 
  • Kebanyakan berwarna terang dan apabila kembang ia akan bertahan sehingga beberapa bulan dan akhirnya biji benih akan terhasil.

Kegunaan Landskap:

Sebagai daya penarik tempat atau kawasan.

Lokasi:

Di dalam atau di luar bangunan pejabat, pusat membeli belah dan sebagainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan