FAKTA SAINS (EMPAT)


Tahukah Anda?

Unta adalah haiwan yang sesuai tinggal di padang pasir. Unta mempunyai bulu mata yang panjang untuk melindungi matanya daripada dimasuki pasir. Tapak kakinya juga lebar untuk mengelakkan dirinya daripada terjelus ke dalam pasir. Unta mampu berjalan sejauh 160 km dalam sehari.


Tahukah Anda?

Cahaya matahari tidak boleh sampai ke dasar lautan yang dalam. Disebabkan keadaan dasar laut yang sangat gelap itu, tidak banyak hidupan laut yang boleh hidup. Antara jenis ikan yang boleh hidup ialah ‘black angler’. Ikan black anger mempunyai lampu suluh yang berada dalam mulutnya. Cahaya ini berasal daripada bakteria yang mengeluarkan cahaya di dalam gelap.


Tahukah Anda?

Pegaga atau Centella Asiatica mengandungi tiga bahan kimia iaitu asiaticoside, sepasang kimia (brahmiside dan brahminoside) dan glikosida. Ia juga kaya dengan vitamin A, B, D dan K serta bahan mineral seperti magnesium, kalsium dan natrium.


Tahukah Anda?

Dianggarkan wanita mengalami haid sebanyak 450 kali dalam hidup dan setiap kali haid mereka kehilangan lebih kurang tiga auns darah dalam tubuh.


Tahukah Anda?

Mikroskop cahaya masih merupakan alat yang terpenting kepada ahli-ahli sains. Pembesaran mikroskop cahaya yang baik boleh mencapai sehingga x 1500.


Tahukah Anda?

Pokok kayu merah California adalah benda hidup yang hidup paling lama di dunia ini, iaitu antara 3000 hingga 4000 tahun.


Tahukah Anda?

Mikroorganisma yang menyebabkan penyakit lumpuh bersaiz 0.00003 mm.


Tahukah Anda?

Ikan layar boleh terbang sejauh 30 m dalam 3 saat iaitu terbang dengan halaju 36 km per jam.


Tahukah Anda?

Bilangan sel yang terdapat dalam tubuh manusia kira-kira 50 bilion melebihi jumlah penduduk di dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan