Doa Untuk Pengantin Baru Bahagian 2


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
“ Perkahwinan itu adalah perjalanan hidupku sesiapa yang tidak mengikut perjalanan hidupku, dia bukanlah dari golongan umatku” ~Al Hadith~


Firman Allah bermaksud,
“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah menjadikan bagimu daripada jenismu pasangan-pasanganmu agar kamu mendapat kesenangan dengannya dan Dia menjadikan di antara kamu bersama kasih mesra dan rahmat”


Ya Allah….
“ Seandainya telah Kau catatkan dia milikku, terciptakan buatku, sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepada - Mu, tanda kasih dan bakti kami kepada kedua orang tua tercinta dan bukti ketaatan serta keimanan kami kepada sunnah Rasul - Mu”


“ Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati kamu berdua dan himpunkan kamu berdua di dunia dan akhirat”. ~Amin~


Ya Allah Ya Tuhan Kami,
“ Berkatilah majlis yang akan diadakan ini agar ia berjalan dengan lancar dan sempurna seperti mana yang mereka harapkan, kami memohon kepadaMu.

Semoga jodoh ini berkekalan buat selama-lamanya. Kami memohon agar dimurahkan rezeki serta kurniakanlah kami zuriat yang soleh agar kami dapat menjalani kehidupan baru ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Amin Ya Rabbal Alamin”.

Sinopsis Novel Izinkan Aku Mencari Tuhan Karya Aizuddin Hamid


Novel : Izinkan Aku Mencari Tuhan

Pengarang : Aizuddin Hamid
Bilangan Halaman : 283
Penerbit : Sentap Press Sdn Bhd
Cetakan Pertama : April 2017
Sumber Buku : Kawan Adik (Syafiqah)
Harga : RM 30


Cerita ini mengisahkan seorang remaja bernama Malik, yang pada mulanya seorang yang baik tetapi berubah kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bergaduh. Bapanya menjadi panas baran dan mereka sekeluarga selalu menjadi mangsa.

Keadaan ini menyebabkan Malik berasa tertekan dan cuba mencari jalan untuk mendamaikan jiwanya. Dia mula terlibat dalam merokok, berkawan dengan kawan yang tidak baik, keluar malam dan hanyut dalam percintaan.

Kawan baiknya, Faizal cuba untuk menyedarkan Malik dengan membawa ke jalan yang benar tetapi tidak berjaya. Hingga suatu hari, dia telah memberi sebuah buku yang bertajuk Masih Ada Syurga Buat Kita secara rahsia kepada Malik.

Faizal menemui ajal dan sempat berpesan kepada sahabat baiknya Asyraf agar cuba menyedarkan Malik. Takdir telah menemukan Asyraf dengan Malik, Malik mula sedar dan kembali ke pangkuan jalan.

Malik mula menjadi seorang insan yang lebih baik; mendirikan solat, meninggalkan perkara jahat yang telah dilakukan termasuklah bercouple bersama Ika. Malik terpaksa melepaskan Ika walaupun hatinya masih sayang.

Malik dan Ika membawa haluan hidup masing-masing dan menjadi yang lebih baik. Ika mula sedar dan mula memakai tudung labuh dan berpurdah. Hingga suatu hari mereka bertemu semula akhirnya secara kebetulan.


**********************

"Kenapa kehidupan aku tak macam orang lain? Ya Allah, jangan salahkan ku sekiranya aku semakin jauh daripadaMu, sedangkan Kau sendiri yang memberi sesuatu yang aku tak mampu!"
- Malik

"Sebenarnya aku dah lama minat Islam. Aku nak tahu banyak tentang Islam. Tapi selama ni, kenapa tak ada sorang kawan Muslim pun yang pernah cerita pada aku pasal Islam? Lepas tu, bila aku tengok orang Islam tu sendiri, kenapa tak melambangkan macam apa yang Islam ajar?"
- Kalai

"Kenapa jenazah aku kat situ? Aku dah mati ke? Takkanlah! Aku masih tak puas hidup lagi, masih banyak dosa yang aku buat. AKu tak sempat bertaubat lagi, ya Allah!"
- Tuan Rahim

Banyak lagi persoalan yang akan terungkai dalam novel tarbiah IZINKAN AKU MENCARI TUHAN, suatu pengalaman yang penuh dengan debaran, tangisan, keinsafan, dan kebahagiaan.

Pastinya, jika anda mula membaca helaian pertama, sudah tentu anda tidak akan berhenti melainkan setelah sampai hingga helaian terakhir!

Sinopsis Buku Move In Karya Hani Nabila


Buku : Move In

Pengarang : Hani Nabila
Bilangan Halaman : 113
Penerbit : Inspirasee International Sdn Bhd
Cetakan Pertama : Disember 2016
Sumber Buku : Adik (Badariah)
Harga : RM 25


Mengisahkan kehidupan sebenar seorang insan yang bernama Hani Nabila. Seorang hamba yang mengaku Allah sebagai Tuhannya tetapi perbuatannya berlawanan dengan pengakuannya. Seorang perempuan yang mengaku cinta pada Rasulullah tetapi jarang berselawat kecuali dalam solatnya.

Puteri tunggal kepada mama dan papa. Satu-satunya pemenuh separuh iman kepada Mujahid Aiman. Penghuni rahim yang pertama dan amat dicintai; Aisya Humaira.

Merasakan hidupnya dalam jahiliah iaitu memakai tudung pendek dan tidak menjaga ikhtilat. Dia berusaha untuk move on dari jahiliah dan move in ke Jannah.

Buku ini kisah tentang jahiliah dan hijrah dalam kehidupan seorang insan. Dapatkan ibrah lalu bermuhasabahlah.


Perbendaharaan Kata

Istidraj – Allah bagi pemberian nikmat kepada manusia tapi dia tak redha dengan pemberian itu.

Ikhtilat – Pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Usrah - Ia satu pertalian atau hubungan yang terjalin kerana Allah dan saling mengingati antara satu sama lain ke arah yang benar serta mengamalkan amar makruf nahi mungkar.