Sinopsis Buku Move In Karya Hani Nabila


Buku : Move In

Pengarang : Hani Nabila
Bilangan Halaman : 113
Penerbit : Inspirasee International Sdn Bhd
Cetakan Pertama : Disember 2016
Sumber Buku : Adik (Badariah)
Harga : RM 25


Mengisahkan kehidupan sebenar seorang insan yang bernama Hani Nabila. Seorang hamba yang mengaku Allah sebagai Tuhannya tetapi perbuatannya berlawanan dengan pengakuannya. Seorang perempuan yang mengaku cinta pada Rasulullah tetapi jarang berselawat kecuali dalam solatnya.

Puteri tunggal kepada mama dan papa. Satu-satunya pemenuh separuh iman kepada Mujahid Aiman. Penghuni rahim yang pertama dan amat dicintai; Aisya Humaira.

Merasakan hidupnya dalam jahiliah iaitu memakai tudung pendek dan tidak menjaga ikhtilat. Dia berusaha untuk move on dari jahiliah dan move in ke Jannah.

Buku ini kisah tentang jahiliah dan hijrah dalam kehidupan seorang insan. Dapatkan ibrah lalu bermuhasabahlah.


Perbendaharaan Kata

Istidraj – Allah bagi pemberian nikmat kepada manusia tapi dia tak redha dengan pemberian itu.

Ikhtilat – Pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Usrah - Ia satu pertalian atau hubungan yang terjalin kerana Allah dan saling mengingati antara satu sama lain ke arah yang benar serta mengamalkan amar makruf nahi mungkar.

5 ulasan:

  1. macam menarik buku..

    cuma sayanng saya tidak ada kesempatan untuk membaca novel

    BalasPadam
  2. selalu juga nampak buku ni kalau ke kedai buku. bagus untuk bacaan kita semua sebenarnya.

    BalasPadam
  3. menarik...mcm nak cari jugak nii

    BalasPadam