Sinopsis Novel Izinkan Aku Mencari Tuhan Karya Aizuddin Hamid


Novel : Izinkan Aku Mencari Tuhan

Pengarang : Aizuddin Hamid
Bilangan Halaman : 283
Penerbit : Sentap Press Sdn Bhd
Cetakan Pertama : April 2017
Sumber Buku : Kawan Adik (Syafiqah)
Harga : RM 30


Cerita ini mengisahkan seorang remaja bernama Malik, yang pada mulanya seorang yang baik tetapi berubah kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bergaduh. Bapanya menjadi panas baran dan mereka sekeluarga selalu menjadi mangsa.

Keadaan ini menyebabkan Malik berasa tertekan dan cuba mencari jalan untuk mendamaikan jiwanya. Dia mula terlibat dalam merokok, berkawan dengan kawan yang tidak baik, keluar malam dan hanyut dalam percintaan.

Kawan baiknya, Faizal cuba untuk menyedarkan Malik dengan membawa ke jalan yang benar tetapi tidak berjaya. Hingga suatu hari, dia telah memberi sebuah buku yang bertajuk Masih Ada Syurga Buat Kita secara rahsia kepada Malik.

Faizal menemui ajal dan sempat berpesan kepada sahabat baiknya Asyraf agar cuba menyedarkan Malik. Takdir telah menemukan Asyraf dengan Malik, Malik mula sedar dan kembali ke pangkuan jalan.

Malik mula menjadi seorang insan yang lebih baik; mendirikan solat, meninggalkan perkara jahat yang telah dilakukan termasuklah bercouple bersama Ika. Malik terpaksa melepaskan Ika walaupun hatinya masih sayang.

Malik dan Ika membawa haluan hidup masing-masing dan menjadi yang lebih baik. Ika mula sedar dan mula memakai tudung labuh dan berpurdah. Hingga suatu hari mereka bertemu semula akhirnya secara kebetulan.


**********************

"Kenapa kehidupan aku tak macam orang lain? Ya Allah, jangan salahkan ku sekiranya aku semakin jauh daripadaMu, sedangkan Kau sendiri yang memberi sesuatu yang aku tak mampu!"
- Malik

"Sebenarnya aku dah lama minat Islam. Aku nak tahu banyak tentang Islam. Tapi selama ni, kenapa tak ada sorang kawan Muslim pun yang pernah cerita pada aku pasal Islam? Lepas tu, bila aku tengok orang Islam tu sendiri, kenapa tak melambangkan macam apa yang Islam ajar?"
- Kalai

"Kenapa jenazah aku kat situ? Aku dah mati ke? Takkanlah! Aku masih tak puas hidup lagi, masih banyak dosa yang aku buat. AKu tak sempat bertaubat lagi, ya Allah!"
- Tuan Rahim

Banyak lagi persoalan yang akan terungkai dalam novel tarbiah IZINKAN AKU MENCARI TUHAN, suatu pengalaman yang penuh dengan debaran, tangisan, keinsafan, dan kebahagiaan.

Pastinya, jika anda mula membaca helaian pertama, sudah tentu anda tidak akan berhenti melainkan setelah sampai hingga helaian terakhir!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan