DEDIKASI BUAT SAHABAT

 

1. Nilai Seorang Teman

Hilangnya seorang teman ibarat hilang sebelah tangan,
Lukanya boleh diubati tetapi hilangnya tiada ganti…

 

2. Kawan Macam….

Kawan macam HotFM sebab dia lebih hangat daripada biasa,
Tapi dia juga macam NTV7 sebab dia ceria selalu,
Tapi rasa macam TV3 sebab sentiasa di sisi,
Tetapi paling penting dia macam TV9 sebab dekat di hati…      

 

3. Persahabatan Persis…..

Jadikan persahabatan terbina persis untaian tasbih, ada awal tiada hujungnya… dibentuk untuk mengingatinya, dirantai kerana redhanya… moga ia kekal dengan rahmat-NYa.

 

4. Ukhwah Untuk Selamanya…

Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah…
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta…
Jika ku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga…
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera…
Jika pernah hatimu terluka, luahkanlah agar aku berubah…
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalimah doa…
Berjanjilah sahabat, ukhwah kita untuk selamanya…

 

5. Sahabat…

Sahabat itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi. Walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui kerana asasnya ia kekal di dasar hati…

Sahabat bukan 1 tapi beribu, bukan sementara tapi selamanya, bukan untuk dimusuhi tapi disayangi, bukan untuk dilupai tapi diingati, bukan hanya di sini tapi di mana-mana, bukan setakat ini tapi hingga hujung nyawa…..

 

6. Teman…

Ada beribu bintang …tapi bulan ada satu …
Ada ramai teman … tapi yang terbaik hanya satu
Melupakanku, terpulang padamu …namun melupakanmu tidak bagiku….:-)

 

7. Satu….

Mengenalimu satu keindahan…
Bergurau denganmu satu kebahagiaan…
Menyakiti hatimu satu kesilapan…
Oleh itu, satu permintaan dariku….
Semoga kekal persahabatan ini….

PERCINTAAN DAN KASIH SAYANG




1. Hargailah Orang yang dicintai

 

Seekor burung telah jatuh cinta dengan mawar putih. Suatu hari, burung melamar mawar putih… Mawar putih berkata apabila dia bertukar warna merah baru dia terima burung…
 
Burung pun terus lukakan badannya dan kenakan darahnya kepada mawar putih tersebut…
 
Mawar putih pun bertukar menjadi merah dan telah jatuh cinta kepada burung itu. Tapi sayangnya burung itu sudah tiada lagi kerana luka parah… jadi, hargailah orang yang kita cintai…
 
Kita perlu hargai orang yang kita sayangi sebelum dia pergi untuk selamanya….

 

2. Kasih Sayang

 

Kasih sayang akan kekal dengan adanya kejujuran, keikhlasan, kebenaran dan kesabaran….

 

3. Biar….

 

Biar rindu asal tak jemu,
Biar kasih asal tak sedih,
Biar cinta asal tak terseksa,
Biar sayang asal tak hilang,
Biar berjauhan asal hati tak berubah dan
Biar tak berjumpa asalkan hati tak lupa….

 

4. Titik Perhubungan

 

Line ni ---------- tak akan putus kecuali awak letak titik. Semoga perhubungan kita yang selalu ------full ------- berterusan -------
 

RENUNGAN BERSAMA



1. Allah Lebih Mengetahui…

 

Kita sering mahukan hari yang cerah…
Tetapi Allah lebih mengetahui
Hakikatnya hujan perlu diturunkan…

Kita sering inginkan keseronokan
Jauh sekali kesusahan
Tetapi Allah lebih mengetahui
Kesusahan itulah yang mengajar kehidupan….

Kita sering menginginkan ketenangan…
Hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan….
Tetapi manusia tak dapat lari daripada kesilapan
Semua itu bukanlah suatu hukuman
Tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih beriman…
SUBHANALLAH….


2. Mendapat Rahmat-Nya

 

Hiasi tidurmu dengan titisan air sembahyang,
Lelapkan matamu dengan alunan zikrullah,
Selimutkan diri dengan kalimah syahadah,
Alaskan dirimu dengan doa,
Moga…
Dirimu mendapat rahmat darinya…


3. Cabaran dan Dugaan

 

Walau sekuatmanapun godaan yang kita hadapi,
Walau seteguh apapun cubaan yang harus kita jalani,
Walau sebesar apapun kejayaan yang kita rasai,
Walau sepahit manapun hari-hari yang kita lalui…..

Janganlah berhenti berharap pada pertolongan Ilahi,
Jangan berhenti berdoa kepada-Nya kerana….
Harapan adalah masa hadapan,
Harapan adalah sumber kekuatan,
Doa adalah pintu kebaikan dan doa jua adalah senjata orang beriman….


4. Tiada…

 

Tiada hari seindah hari Jumaat,
Tiada kata-kata seindah zikrullah,
Tiada kitab seindah Al-Quran,
Tiada tempat seindah syurga.

Semoga Allah jadikan pagimu cahaya,
Zohormu gembira,
Asarmu bahagia,
Maghribmu keampunan,
Isyakmu keberkatan dan…
Doamu tidak ditolak dan diluaskan rezeki…

           

5. Lelaki dan Wanita…

 

Sesungguhnya, lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yang mukmin, lelaki dan wanita yang benar, lelaki dan wanita yang sabar, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanita yang berpuasa, lelaki dan wanita yang menjaga kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.


6. Kehidupan…

 

Hidup ini umpama makan durian. Semua orang begitu cerewet memilih untuk mendapatkan buah yang berkualiti, tetapi kadang-kadang hasilnya hampa. Apatah lagi kalau buahnya busuk atau jari terluka bila terkena durinya. Begitulah kehidupan, kita cuba untuk memilih yang terbaik tapi kadang-kadang kita terpaksa menghadapi pelbagai dugaan untuk mendapatkan sesuatu yang kita idam-idamkan…


7. Renungkanlah…..

 

Masuk jer mesej kita cepat-cepat baca dan balas
Tapi…
Kenapa masuk waktu solat kita tidak cepat-cepat laksanakan?
Topup RM5 kita sanggup,
Tapi kenapa sedekah di masjid 20 sen langsung kita tak bagi?
Time mandi kita boleh menyanyi macam-macam lagu,
Tapi kenapa masa nak makan Bismillah pun kita lupa?
Waktu kredit tiada, kita susah payah tebus,
Tapi kenapa kita tak tebus dosa yang kita lakukan?
Sebar-sebarkan untuk rakan-rakan.
Sekadar Renungan….