Novel
: Semusim di Mahsyar
Pengarang
: Abdul Hadi Mohamad (Hadi Fayyadh)
Bilangan
Halaman : 286
Penerbit
: Iqes Tijarah Trading
Cetakan
Pertama : Julai 2017
Sumber
Buku : Adik (Badariah)
Harga
: RM29.90
Iqlima
Salsabilla, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan hati. Dia
dikebumikan selama 5 hari, kemudian kuburnya digali semula setelah ayahnya mendakwa
melihat anaknya di dalam mimpi, kembali dengan kain kapan yang berlumuran darah
dan nanah, meminta untuk diselamatkan kerana dia masih hidup.
Sepanjang
5 hari di dalam kubur, Iqlima menjalani suasana di alam misteri sehingga dia
merasakan hampir seribu tahun lamanya dia bersemadi. Iqlima merasai sendiri kesakitan dan kepayahan di alam
mahsyar. Betapa sengsaranya dia di alam tersebut akibat derhaka terhadap ibu
dan ayahnya.
Dia
amat menyesal dengan perbuatannya dan ingin kembali ke dunia untuk menebus
segala salah silapnya. Iqlima adalah seorang gadis kecil yang solehah, menjaga
solat dan menutup aurat. Tetapi akibat fitnah, dia telah menderhaka kepada
kedua ibu ayahnya. Iqlima difitnah sebagai anak haram hasil hubungan tidak sah
oleh ibu dan ayahnya.
Ibu
dan ayahnya tetap melayannya dengan baik dan dibalas dengan perbuatan buruk
oleh Iqlima. Hinggalah Iqlima disahkan menghidap kanser hati dan memerlukan
penderma. Qaleef Haikal sudi mendermakan sebahagian hatinya buat Iqlima.
Namun
di saat akhir, Qaleef Haikal menarik diri untuk menderma hatinya. Ibu Iqlima
menawarkan diri untuk menderma walaupun mengalami pendarahan akibat ditolak
oleh Iqlima di hospital. Pembedahan
tersebut gagal, Iqlima dan ibunya disemadikan dalam satu lahad. Ayah Iqlima
mendakwa Iqlima masih hidup dan merayu agar kubur digali walaupun terpaksa
berjalan mengengsot untuk ke rumah Pak Iman.
Akhirnya
kubur Iqlima dan ibunya digali dan
ternyata Iqlima masih hidup. Iqlima berasa bersalah dan ingin menebus
kesalahannya tetapi sudah terlambat kerana ayahya turut menghembuskan nafas
yang terakhir sebelum sempat dia meminta maaf.
Sebenarnya
Iqlima bukanlah anak haram tetapi dia telah difitnah oleh Mak Ngahnya sendiri.
Penyesalan demi penyesalan di hati Iqlima. Kini dia bertaubat dan hatinya
semakin dekat pada pencipta.
sedihnyaa...boleh letak dalam bucketlist juga nii
BalasPadamSis,halal ae saye download gambar novel tu
BalasPadam