Rumusan Jurnal
Terdapat dua hipotesis
dalam mengkaji hubungan antara wanita bekerja dalam mengendalikan emosi antara
pekerjaan dan keluarga. Hipotesis tersebut ialah Hipotesis Scarcity
(kekurangan) dan Hipotesis Expansion (pengembangan).
Hipotesis
Scarcity (kekurangan) meramalkan emosi pekerja yang mempunyai kesan negatif ke
atas wanita bekerja yang sudah berkahwin. Wanita memikul beban yang berat dalam
pengurusan rumahtangga atau keluarga dan memerlukan pengurusan emosi yang baik.
Keupayaan kerjaya wanita harus mempunyai hubungan positif dengan pasangan
(suami) dalam melaksanakan pengurusan emosi keluarga. Tenaga emosi yang
digunakan di tempat kerja mengurangkan tenaga emosi untuk menangani emosi di
rumah.
Hipotesis
Expansion (pengembangan) pula meramalkan bahawa kerjaya yang melibatkan emosi
tidaklah terlalu memenatkan dari segi psikologi. Komitmen wanita yang tinggi
terhadap bidang pekerjaan menyebabkan kurangnya tanggungjawab terhadap
keluarga. Hipotesis ini juga membayangkan pengurusan emosi keluarga menjadi
sederhana atau tidak melampau kesan daripada emosi tempat kerja.
Kesimpulan,
pengawalan emosi wanita berkerjaya yang memerlukan mereka menggunakan emosi,
berkemampuan menangani dan mengawal emosi mereka. Kehidupan wanita yang
berdikari dapat meninggikan keupayaan wanita tersebut dalam mengendalikan emosi
berganda.
Pengajaran/Iktibar
Wanita yang
bekerja dan sudah berkahwin harus melaksanakan tugasnya dalam keluarga dan
pekerjaan dengan baik. Pengurusan emosi sangat penting bagi memastikan segala
tindakan yang diambil adalah tepat bagi mencapai kesejahteraan hidup. Emosi
negatif di tempat kerja tidak harus di bawa pulang ke rumah dan sebaliknya.
Saling memahami dan bantu-membantu di antara suami isteri menjadikan emosi
seseorang lebih stabil dan kehidupan menjadi lebih mudah. Secara keseluruhannya,
emosi perlu dikawal dan diurus dengan baik oleh seseorang. Emosi yang baik
dapat menangani masalah yang dihadapi dengan cepat dan tepat serta dapat hidup
dengan sejahtera.
Rujukan
Wharton, A. S.,
& Erickson, R. J. (1995). THE CONSEQUENCES OF CARING : Exploring the Links Between Women’s
Job and Family Emotion Work. The Sociological Quarterly, 36(2),
273-296.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan