Kontrak Seragam (Standard Contracts)
Kontrak yang
biasanya untuk menjelaskan hubungan yang tidak adil antara dua pihak di mana
satu pihak mempunyai kelebihan kuasa tawar-menawar dan berupaya menentukan
terma dan syarat kepada pihak yang lemah. Pihak yang lemah biasanya berada
dalam keadaan tidak ada pilihan kecuali menerima terma dan syarat-syarat
berkenaan.
Pelabelan
Menyertakan
label pada barangan untuk menyatakan butir-butir pengeluar, harga, rupa bentuk,
berat, isipadu, tarikh luput dan sebagainya di mana sesuai. Pengguna lebih
gemar pelabelan bermaklum yang membolehkan mereka membandingkan produk dengan
mudah semasa membuat pilihan.
Liabili Keluaran
Tanggungjawab
pengeluar dari segi undang-undang untuk membayar pampasan kepada pengguna yang
mengalami kemalangan atau kerosakan harta benda yang berpunca dari kerosakan
barangan yang dikeluarkannya. Contohnya pengeluar televisyen dikehendaki
membayar pampasan terhadap kecederaan dan kerosakan yang timbul akibat daripada
televisyen yang dihasilkannya meletup.
Makanan Berumusan
Tiruan pada
makanan biasa atau makanan-makanan jenis baru yang dibangunkan di makmal.
Misalnya, makanan khusus direkacipta untuk keperluan seperti rumusan bayi,
ataupun ‘diet’ untuk makanan asas atau makanan tambahan.
Makanan Diproses
Makanan yang
telah diproses dan dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kimia seperti
pengawet (preservatives), pewarna (colouring) dan lain-lain.
Makananan Kesihatan (Health Foods)
Merupakan
makanan organik yang bebas dari bahan-bahan pengawet dan digalakkan sebagai
makanan kesihatan kerana mengandungi nilai pemakanan atau khasiat yang tulen.
Makanan Mudah (Convenience Food)
Makanan separuh
siap atau telah dimasak yang dibungkus dan sedia untuk dimakan dengan sedikit
atau tanpa perlu dimasak lagi seperti mi segera.
Makanan Segera
Makanan yang
disediakan dengan kuantiti yang banyak dan biasanya diiklankan dengan secara
meluas di rangkaian kedai makanan segera.
Menarik Balik Barangan dari Pasaran (recalls)
Satu bentuk
jaminan keselamatan dan kawalan mutu barangan atau perkhidmatan di mana
pengeluar akan mendapatkan balik barangan tersebut dari pengedar dan pembeli
setelah pihak pengeluar mendapati barangan tersebut rosak. Ini adalah untuk
membolehkan pihak pengeluar membetulkan kerosakan tersebut
Minuman Ringan Berkarbonat
Karbon dioksida
ditambah di dalam minuman ringan. Penolakan minuman ringan sedemikian ialah
kerana ia dirumus secara kimia bukan dari buah-buahan segar dan mempunyai nilai
pemakanan yang sangat kecil. Ia mungkin mengandungi gula dan pewarna yang
berlebihan. Mungkin juga ada yang mengandungi bahan pemanis tiruan seperti
sakarin dan pewarna bahaya.
Orang Tengah
Pemborong, ejen
atau mana-mana ahli perniagaan yang menjadi penghubung antara pengeluar dan
pembekal di dalam proses penjualan barangan. Peranan asasnya ialah membeli
barangan daripada pengeluar dan menjualnya kepada pembekal. Biasanya, keuntungan
yang diperolehi oleh orang tengah akan menaikkan harga barangan kepada
pengguna. Teknik pemasaran moden, seperti jualan langsung tidak lagi memerlukan
peranan dan penglibatan orang tengah.
Pasaran Bebas
Mana-mana
pasaran di mana pembelian dan penjualan boleh dilaksanakan tanpa apa-apa
sekatan termasuk juga harga.
Pasaran Gelap
Pembelian dan
penjualan barangan atau perkhidmatan secara tidak sah di sisi undang-undang dan
biasanya pada harga yang lebih tinggi.
Pemasaran
Aktiviti
perniagaan yang melibatkan pergerakan barangan dari pengeluar kepada pengguna
antaranya pembelian dan penjualan, pengiklanan dan pembungkusan.
Pemulauan
Pemulauan oleh
pengguna adalah usaha daripada pejuang-pejuang konsumerisme untuk mencapai
beberapa objektif dengan cara menggesa pengguna individu berhenti dari membeli
sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran kerana kenaikan harga yang
terlalu tinggi, amalan syarikat pengeluar yang tidak beretika, faktor
keselamatan dan sebagainya.
Pengeluar
Orang
perseorangan atau syarikat yang menjalankan kegiatan mengeluarkan sesuatu barang.
Sesetengah negara dan bagi kepentingan perniagaan, pengimport juga dianggap
sebagai pengeluar walaupun dia pada hakikatnya tidak terlibat dalam sebarang
proses pengeluaran.
“Performance (Claim) Labelling”
Perlabelan yang
mendakwa prestasi atau ketahanan sesuatu barangan seperti tidak pecah dan
lain-lain.
Perlindungan
Langkah-langkah
yang diambil oleh kerajaan, termasuklah tarif dan bukan tarif yang menunjukkan
peningkatan dalam kos mengimport barang-barang atau menghalang kemasukan
barang-barang dan mengukuhkan persaingan barangan tempatan di dalam negeri.
Peruncit
Orang
perseorangan yang menjual barangan dalam kuantiti yang kecil terus kepada
pelanggan.
Pengguna Bersaing
Pengambilan simbol status barangan yang didorong oleh keinginan untuk sentiasa mengatasi atau bersaing dengan pengguna yang lain khususnya jiran.“Standard”
“Standard” ialah
pengabungan kriteria-kriteria yang menunjukkan keadaan atau keselamatan sesuatu
barangan mengikut teknik pengujian yang telah ditetapkan. “Standard” ini boleh
dijadikan mandatori atau sukarela.
Tanda Perniagaan
Simbol, reka
bentuk, perkataan dan sebagainya yang digunakan oleh pengeluar untuk membezakan
barangan yang dihasilkan oleh pesaing-pesaingnya. Tanda perniagaan ini biasanya
didaftarkan dan dilindungi oleh undang-undang.
Tanda Tarikh
Melabelkan
tarikh barang-barang makanan dikeluarkan bagi membolehkan pengguna mengetahui berapa
lama barang berkenaan telah dikeluarkan. Bentuk yang biasa digunakan ialah
“guna sebelum” atau “baik sebelum”.
Tarikh Luput
Tarikh yang
menunjukkan sesuatu barangan itu tidak lagi selamat untuk digunakan selepas
dari tarikh tersebut. Selepas tarikh itu, terdapat kemungkinan tindakbalas
kimia atau fizikal telah berlaku terhadap barangan tersebut yang mana ia boleh
memudaratkan pengguna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan