Rumusan Jurnal
Kemiskinan kanak-kanak selalunya mempunyai kaitan dengan ibubapa yang tidak bekerja, bekerja sendiri atau mendapat upah atau gaji yang rendah. Kemiskinan yang tinggi juga boleh berlaku jika penjaganya adalah seorang ibu tunggal. Bagi sesetengah negara sepertiWalaupun seseorang ibu tunggal itu bekerja, namun ibu tunggal tersebut tidak mampu menyara keluarganya. Hal ini disebabkan kerana pekerjaan yang diperolehi hanyalah sementara, gaji yang rendah, bekerja hanya separuh masa dan tidak mempunyai masa kerja yang fleksibel. Ibu tunggal juga seringkali mengalami masalah kesihatan berbanding ibu yang berkahwin. Hal ini memberi impak yang negatif kepada ibu tunggal tersebut serta anak-anaknya.
Hubungan antara kemiskinan dan kesihatan yang rendah menunjukkan bahawa golongan berada berkemampuan untuk membeli makanan yang berkhasiat, tempat tinggal yang selesa, penjagaan kesihatan yang lebih sempurna, pakaian yang lebih baik serta kemudahan kesihatan yang lengkap. Golongan yang berpendapatan rendah terpaksa bekerja di tempat yang berbahaya dengan kawalan yang rendah, tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dan terlibat dengan cara hidup yang berisiko.
Pengajaran/Iktibar
Kemiskinan adalah berpunca daripada memiliki tingkat upah dan pekerjaan yang rendah. Kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang baik adalah disebabkan seseorang itu tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi bagi melayakkan menjawat jawatan yang baik agar memperoleh gaji yang lebih lumayan. Di samping itu, tidak mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang tertentu dan juga mengalami masalah kesihatan yang menghalang aktiviti pekerjaan. Hal ini memberi kesan negatif yang menyebabkan berlakunya pengangguran dan seterusnya kemiskinan. Kemiskinan inilah menyebabkan kesihatan, pendidikan, pemakanan dan sebagainya dalam sesebuah keluarga akan terabai dan hidup dalam keadaan yang daif.Rujukan
Baker, M. (2002,
November). Child Poverty, Maternal Health and Social Benefits. Current Sociology, 50(6), 823-838.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan