PENGURUSAN STRESS DALAM MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Disediakan Oleh :
Puan Faezah Nayan
Kaunselor
Pusat Kaunseling
Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia


STRESS? APA ITU STRESS?


DEFINISI STRESS


a) EUSTRESS
- Boleh menyesuaikan diri
- Stress yang membina

b) DISTRESS
- Tidak boleh menyesuaikan diri
- Boleh merosakkan diri

= Oleh itu, stress ialah situasi yang menganggu atau membina kehidupan.

 

Esok keputusan peperiksaan akan keluar

INDIVIDU A

Gementar seluruh badan, emosi tidak menentu, kadang-kadang wujud perasaan marah kepada adik-adik, kawan-kawan dan orang di sekeliling, tidak tentu arah, sebentar di ruang tamu, sebentar keluar di halaman rumah, sebentar berbaring di dalam bilik…..


INDIVIDU B

Tenang, gembira, tingkah laku seperti biasa.

= Tidak semua stress membawa keburukan, jika tidak sudah tentu semua manusia tidak bertanggungjawab kepada diri masing-masing.




FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRESS (INTERNAL)


a) KEPERLUAN DAN KEMAHUAN
Status > Kuasa > Kasih Sayang > Prestasi > Kesihatan > Keselamatan


b) PERWATAKAN
Manusia berbeza ada yang cepat stress dan ada yang lambat


c) KENDIRI YANG TERLALU IDEAL
Bercita-cita tinggi tetapi tidak berusaha


d) KOGNITIF
Banyak berfikir perkara-perkara negatif


e) TIDAK SELARAS PERSONALITI


f) KELEMAHAN DALAM KOMUNIKASI BERBAHASA
Sukar berinteraksi dengan orang lain, maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan berkesan, jika tidak diatasi stress akan berlaku.



FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRESS (EXTERNAL)


a) PERSEKITARAN
Cuaca, bising, sibuk, kawalan tempat belajar

b) HUBUNGAN DENGAN KELUARGA
Suami isteri, ibu anak, ibu bapa anak

c) SOSIAL DAN TEMPAT KERJA
Komunikasi yang mencetuskan masalah di tempat kerja



SIMPTOM STRESS


a) Menghadapi masalah makan dan tidur
b) Penyalahgunaan dadah
c) Kerja bertangguh
d) Masalah membuat keputusan
e) Sukar menguruskan diri sendiri
f) Sifat seteru, cepat naik angin
g) Tahap kekecewaan tinggi
h) Cepat terkejut
i) Berpeluk tubuh, menggigit kuku
j) Nafas sesak
k) Hilang upaya berfikir secara berkesan
l) Masalah kesihatan – gatal, selesama, letih, lesu, panik, gelisah, ulser, sakit kepala, serangan jantung



PENGURUSAN STRESS


a) Riadah – Riadah bersama kawan-kawan buat kita gembira
b) Ganjaran Diri – Penghargaan diri “Aku juga mempunyai bakat dan potensi cemerlang, kerana itu aku juga berhak cemerlang.
c) Percakapan Diri yang Membina – “Aku boleh melakukannya” “ Tentu ada rahsia di sebalik kejayaan tersebut”
d) Kerja Kemasyarakatan dan Kebajikan – Menyertai projek kolej atau kerja-kerja amal di dalam atau luar universiti
e) Penulisan – Bagi yang tidak gemar berpersatuan, luahkan perasaan dalam bentuk penulisan kreatif dan dinamik.
f) Berjenaka – Mengurangkan stress kerana dapat menghiburkan hati
g) Ketenangan (Bebaskan Diri) – Cari tempat yang jauh daripada orang ramai dan menjerit sekuat hati (membebaskan ketegangan yang terkumpul)
h) Meninjau Orang yang Kurang Bernasib Baik – kadang-kala orang stress kerana rasa diri serba kekurangan. Oleh itu, tinjau nasib orang lain.



TEKNIK ATASI STRESS


- Jumpa para professional
- Alih pandangan kepada yang relaks (tengok ikan dalam akuarium)
- Gunakan teknik meditasi
- Laksanakan latihan fizikal – jalan 5 minit
- Menyusun keutamaan tugas
- Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman
- Dapatkan sokongan emosi dari orang lain
- Latihan pernafasan mendalam
- Mengurus masa
- Mandi dalam air suam
- Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal
- Melihat dari segi positif
- Menguasai kehidupan anda – menyelesaikan masalah
- Tetapkan semua matlamat yang realistik
- Ingat peranan anda di dunia


KESIMPULAN




Sekiranya kita faham faktor-faktor yang menyebabkan stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar. Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah cara-cara mengurus stress dengan baik.

Jika stress itu tidak dapat diurus dengan baik ia pasti akan menghempap dan membebankan anda sekalipun anda sedang menjalankan tugas atau belajar.
 

TIP MEMILIH MAKANAN SECARA SELAMAT




A) Pilih Bahan Mentah yang Segar


1. Sayur-sayuran dan buah-buahan

- Tidak layu, kecut, bertukar warna dan busuk.
- Sayur yang berlubang dimakan serangga menunjukkan sayur itu kurang dicemari oleh racun perosak lebih selamat dimakan.

2. Ikan

- Kulit yang bersinar dan berwarna terang dan tidak diselaputi lendir yang tebal.
- Matanya tidak tenggelam dan masih cerah warnanya.
- Segar dan insangnya berwarna merah cerah (bukan perang atau kering).
- Tidak berbau busuk.
- Isinya masih kenyal apabila dipicit.

3. Udang

- Tidak rosak, kulitnya lutsinar tanpa tompok-tompok hitam.
- Tidak berbau busuk.
- Isinya tidak lembik.

4. Daging

- Segar dan tidak berselaput.
- Tidak busuk.
- Pastikan warnanya masih merah.
- Jikalau daging itu sejuk, bermakna daging itu disimpan dalam peti ais.

5. Ayam

- Tidak busuk dan tidak bertukar warna.
- Lihat kepada kegemukan di dada dan kelicinan kulitnya.
- Lebih baik jika beli ayam yang baru disembelih di pasar.

6. Telur

- Tidak retak atau pecah kulitnya.
- Tiada banyak najis dan kotoran pada kulit telur.

7. Bijirin atau Kekacang

- Tidak dicemari serangga atau bahan asing.
- Tidak dicampur dengan bijirin atau kekacang lain yang bergred lebih murah.


B) Pilih Makanan yang Selamat


1. Makanan dalam Tin

- Tin itu tidak kemek, kembung atau berkarat.
- Tudungnya tidak kemek, kembung atau berkarat.
- Periksa tarikh luput produk itu.
- Periksa label kandungan makanan itu untuk mengetahui maklumat pemakanan.

2. Makanan yang dibungkus

- Tidak bocor atau berhabuk.
- Tidak menggunakan bahan bercetak (majalah dan surat khabar) untuk membungkus kerana dakwatnya mudah tanggal.


C) Pilih Tempat Makan yang Bersih

 
- Pilih kedai makan yang tidak terlalu hampir dengan jalan raya dan laluan yang sibuk.
- Jauh dari tempat ternakan haiwan, parit atau tangki septik.
- Ada keperluan asas seperti air yang bersih untuk membasuh, elektrik, tempat membuang sampah yang betul dan tandas yang bersih.
- Menyediakan gelas dan pinggan yang bersih dan tidak pecah atau retak.
- Elakkan gerai jalanan yang tidak bersih.
- Tempat penyediaan makanan yang selamat dan bersih.
- Bebas dari haiwan seperti kucing, anjing, tikus, lalat, serangga, burung dan pepijat.
- Utamakan premis yang mempunyai pengesahan dari pihak berkuasa tempatan sebagai bersih dan selamat.


D) Pilih Premis Makan yang Mengutamakan Kebersihan Diri dan Pengendalian Makanan yang Betul.  

-Memakai pakaian yang bersih.
- Memakai penutup kepala.
- Mengutamakan kebersihan diri (kuku yang bersih dan pendek), tidak merokok, meludah, batuk ke arah makanan, tidak menggunakan tangan untuk menceduk makanan, menggunakan tuala yang bersih, tidak menjilat dan menggunakan jari untuk merasa.
- Tidak menyediakan makanan berhampiran tandas atau longkang.

Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
 

50 TEKA-TEKI ZAMAN DAHULU HINGGA KINI



1. Polis  Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali…
Jawapan : Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.

2. Sebab apa siput babi jalan lambat?
Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

3. Sukan apa selepas main kita tabik?
Jawapan : Golf

4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?
Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?
Jawapan : Kuching, Sarawak.

6. Kuda apa yang tiada kaki?
Jawapan : Kuda kepang

7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.
Jawapan : Stokin

8. Binatang apa yang kurang ajar?
Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

9. Ikan apa yang rajin?
Jawapan : Ikan cuci cermin kerana dia rajin cuci cermin akuarium.

10. Pokok apa yang suka berkahwin?
Jawapan : Pokok pinang

11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?
Jawapan : Buah Melaka

12. Binatang apa yang selalu penat?
Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.

13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?
Jawapan : Teksi

14. Bila kecil berkaki 4 bila besar berkaki 2?
Jawapan : Manusia

15. Kuda apakah yang berkaki 3?
Jawapan : Kuda cacat

16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?
Jawapan : Patah balik

17.  Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?
Jawapan : Donut, Kuih keria

18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan : Penguin

19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?
Jawapan : Ayam jadi banyak

20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?
Jawapan : Kereta kabel

21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?
Jawapan : Udang iaitu U dan G

22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?
Jawapan : Baju

23. Tiga mata satu kaki?
Jawapan : Lampu isyarat

24. Benda apa, kepala bujur satu kaki?
Jawapan : Reket badminton

25. Bom apakah tidak boleh meletup?
Jawapan : Bomba

26. Kuih apakah yang ada bom?
Jawapan : Kuih bom

27. Pokok apakah yang berbuah sekali sahaja?
Jawapan : Pokok pisang

28. Dia lembu, tapi bukan lembu…
Jawapan : Gambar lembu

29. Ubat ini biasanya berwarna hijau tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?
Jawapan : Ubat nyamuk

30. Negara apakah yang ejaannya huruf berganda?
Jawapan : Uganda

31. Tidak boleh dilihat tetapi boleh ditimbang?
Jawapan : Bertimbang rasa

32. Apakah anggota badan buaya yang terdapat di darat?
Jawapan : Lidah buaya

33. Ikan apakah yang boleh digunakan untuk mengikat?
Jawapan : Ikan tilapia

34. a) Bagaimana hendak memasukkan gajah di dalam peti ais?
          Jawapan : Angkat gajah, buka peti ais dan masukkan.
      b) Bagaimana hendak memasukkan zirafah di dalam peti ais?
          Jawapan : Buka peti ais, keluarkan gajah dan masukkan zirafah.
      c) Ada hutan terbakar, semua haiwan mati. Haiwan apakah yang tidak mati?
          Jawapan : Zirafah kerana masih ada di dalam peti ais.

35. Pokok apakah yang ada jantung?
Jawapan : Pokok Pisang

36. Ular apakah yang boleh digunakan untuk memasak?
Jawapan : Ular Senduk

37. Benda apa, cabut kepala nampak urat, badan gemuk, pinggang ramping, kaki besar?
Jawapan : Pelita

38. Buaya apakah yang buaya?
Jawapan : Buaya la…

39. Bila kita letak kepala dia rendah, bila kita angkat kepala dia menjadi tinggi sedikit. Benda apakah itu?
Jawapan : Bantal

40. Gajah terbang nampak apa?
Jawapan : Nampak pelik la…

41. Kenapa Superman pakai baju ketat?
Jawapan : Sebab bajunya ada tertulis S yang bermaksud saiz S.

42. Buah apakah kalau kita nak makan kena langkah dulu?
Jawapan : Buah dam

43. Kotak apakah yang paling berat?
Jawapan : Kotak penalti

44. Bila dia hidup, orang menyanyi. Bila dia mati, orang tepuk tangan. Benda apakah itu?
Jawapan : Lilin Hari Jadi

45. Bila kita nak ambil susah.. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu?
Jawapan : Tahi hidung

46. Benda apakah yang banyak gigi?
Jawapan : Sikat

47. Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin?
Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan “Amin”… Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut.

48. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?
Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.

49. Cuba jawab persoalan ini…
Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?
Jawapan : Huruf A

50. Udin dan Seman masuk ke hutan untuk memburu. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor harimau yang amat garang sekali. Harimau tersebut menerkam Udin dengan rakusnya. Seman yang berada berhampiran dengan Udin berasa amat takut. Setelah harimau tersebut membaham Udin, dia pergi meninggalkan Seman tanpa berbuat apa-apa padahal Seman tidak bersembunyi atau berlari menyelamatkan diri. Seman menjadi hairan. Mengapakah harimau tersebut tidak menerkamnya? Cuba teka mengapa?
Jawapan : Harimau tersebut hanya garang sekali sahaja seperti yang dinyatakan di dalam cerita.