TEST KECEPATAN OTAK

IQ

1. Jawab dengan spontan, mesti cepat dan tidak boleh fikir lama-lama…
2. Baca satu demi satu…
3. Fokus..

Permainan fokus warna ... Mulakan…


1. kertas A4 warnanya apa ?
2. awan warnanya apa ?
3. tisu warnanya apa ?
4. lembu minum apa ?
# Yang menjawab susu fokus anda terganggu, sebab lembu minum air...


1. rambut anda warna apa?
2. bulu mata warnanya apa ??
3. jalan tar warnanya apa ???
4. kelawar tidur bila?
# Yang menjawab malam, maknanya fokus anda tergganggu…sebab kelawar tidur di siang hari.


1. warna dari cendol apa?
2. daun kelapa warnanya apa?
3. warna umum rumput?
4. Zirafah makan apa?
#Yang jawab rumput itu salah kerana zirafah makan daun.


Haaaa..!! salah berapa?? cepat mengaku..jangan senyum seorang diri..nanti ada yang ingat anda kurang siuman..hehehe.. ..

Enjoy… jangan stress!!

Petua Melebatkan Rambut dengan Lendir Rambutan


Jangan runsing sekiranya rambut anda nipis dan tidak lebat. Beberapa helai daun rambutan pasti dapat membantu anda dengan cara membersihkan dahulu daun rambutan. Setelah itu, ramaskan ia ke dalam bekas yang berisi air. Biarkan seketika kerana lendir dari daun akan keluar.

Selepas itu, anda bolehlah mengambil lendir tadi dan usapkan ke atas kepala. Setelah itu biarkan 20 minit, bilas dengan air sejuk seperti biasa. Lakukan dua kali dalam seminggu untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Petua Hilangkan Kesan Hitam di Ketiak


Ramas daun pisang kering ke dalam air suam yang berisi sedikit cecair antiseptik. Selepas itu gosok pada ketiak dalam tempoh 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan keringkan ia dengan kain lembut. Jadikan ia satu amalan, kesan hitam akan hilang.

Petua Menghilangkan Dengkur Sewaktu Tidur


Ambil 7 biji badam dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, campurkan dengan air susu suam dan kacau hingga sebati. Minum setiap kali sebelum tidur. Insyaallah dengkur anda akan hilang.

Petua Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin


Sekiranya anda mengalami masalah perut buncit, rahim yang lambat mengecut dan sering sahaja sakit pinggang serta sakit belakang selepas bersalin, ikutilah petua ini dengan cara merebus daun pegaga bersama akarnya.

Masukkan sekali pucuk pokok sepagi bendini, ambil air rebusan tadi dan minum selama tiga hari berturut-turut di waktu pagi. Insyaallah anda akan kelihatan sihat dan bertenaga, pastinya ia dapat mengembalikan semula hubungan seksual suami isteri.

Petua Melebat dan Mencantikkan Bulu Kening


Bagi sesetengah orang yang inginkan bulu kening yang lebat dan yang paling utamanya cantik, bolehlah mengambil kelopak bunga asam Jawa, kemudian diramas kelopak bunga tersebut dan lendirnya disapukan pada bulu kening. Anda akan dapati kening anda semakin lebat dan cantik.

Petua Menyembuhkan Suara Serak


Ambil sepotong halia, kupas dan basuh hingga bersih. Potong kecil-kecil dan perahkan air asam limau serta masukkan sedikit gula. Amalkan minum air tersebut. Insyaallah, suara anda akan kembali pulih.

Petua Menghaluskan Kulit Anda


Ambil segenggam daun bayam dan dilumat halus. Kemudian campurkan kuning telur, madu dan air mawar. Gaulkan sama rata dan dijadikan masker. Lakukan seminggu sekali, anda akan terkejut dengan perubahan kulit muka yang licin.

Selawat Nabi



Atasmu Nabi selamat sejahtera
Atasmu Rasul selamat sejahtera
Atasmu kasihku selamat sejahtera
Rahmat Allah atasmu sentiasa

Cemerlang purnama junjungan baginda
Ke alam sebabnya purnama angkasa
Cantik parasmu bandingan tiada
Oh junjungan wajah gembira

Dikau purnama dikau suria
Dikau cahaya mengatasi cahaya
Dikau emas bermutu tinggi
Dikau pelita didalam dada

Oh kekasih wahai Muhammad
Mempelai pujaan Timur dan Barat
Mulia kuat sokongan mukjizat
Imam sembahyang arah dua kiblat

Memandang wajahmu berasa bahagia
Oh Pengasih Ayah dan Bonda
Kalam besarmu di dalam syurga
Ingatan kami memuja dia

Rahmat Allah atasmu Muhammad
Sembilan baris tulisan tentera
Ahmad Rasul dipanggil Muhammad
Empunya wajah gemilang cahaya.

Tutorial : Cara Membuat Scroll Box pada Bloglist Anda

Scroll pada bloglist

Bloglist yang terlalu banyak membuatkan blog kelihatan panjang dan tidak balance antara entri dan widget di sebelahnya. Jadi, scroll box diperlukan agar dapat memendekkan bloglist tersebut tanpa perlu mengurangkan list blog tersebut. 

Bagi anda yang tidak mengetahui cara memasang bloglist di dalam blog, saya akan terangkan caranya. Selamat Mencuba ^_^


Cara Memasang Bloglist pada Blog


1. Dari dashboard => layout => Add a Gadget => Blog List. 

2. Anda boleh letak seberapa banyak pun blog yang anda mahukan terutama blog yang selalu dilawati.


Cara Membuat Scroll Box pada Bloglist


1.  Dari dashboard => template => edit html => edit template => ctrl+f . Cari code di bawah ini

<div class='widget-content'>


2. Gantikan code di atas dengan code ini

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width: ancho; height:250px;'>


3. Nombor yang berwarna merah itu anda boleh tukarkan nak panjang mana.


4. Peview dahulu dan jika berpuas hati barulah klik save.

Tutorial : Cara Membuat Scroll Box untuk Popular Post

Scroll box untuk popular post

Pertama sekali anda harus memasang widget popular post di blog anda. Caranya ialah dashboard => Layout => Add a Gadget => Popular Post. Jika sudah ada pergi ke langkah seterusnya.


Cara Membuat Scroll Box untuk Popular Post


1. Dari dashboard => template => edit html => edit template => ctrl+f. Cari code di bawah ini 

<div class='widget-content popular-posts'>


2. Padamkan code di atas dan gantikan dengan code di bawah ini

<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>


3. Preview dahulu dan apabila semuanya ok barulah disimpan.

Uji Minda Anda

Bayangkan apa yang tertulis di bawah ini ditulis di atas sehelai kertas A4.



Anda diberikan masa 3 minit untuk menjawab semua soalan


1. Baca semua arahan sebelum membuat sesuatu.

2. Tulis nama anda disudut sebelah kanan kertas ini.

3. Bulatkan perkataan ‘nama’ diarahan nombor 2.

4. Lukis dua kotak empat segi di sudut atas sebelah kiri kertas ini.

5. Laungkan nama anda sekuat mungkin.

6. Tulis nama anda sekali lagi di bawah tajuk nombor 2.

7. Selepas tajuk (1), tulis ‘Ya’ ‘Ya’ ‘Ya’.

8. Bulatkan nombor arah 5.

9. Tulis huruf ‘X’ di sudut bawah sekali sebelah kiri.

10. Kalau anda suka ujian ini, katakana ‘Ya’ kalau tidak katakan ‘Tidak’.

11. Bila sampai sini sebutkan nama ringkas anda.

12. Darabkan 66x7 di ruang sebelah kanan kertas ini.

13. Buatkan kotak tiga segi disekeliling perkataan ‘kertas’ dalam arahan nombor 4.

14. Jika anda fakir anda sudah berjaya melaksanakan arahan-arahan setakat ini, sebutkan ‘Saya Sudah’.

15. Campurkan 69 dengan 98, diruang sebelah kiri kertas ini.

16. Bilang dalam nada suara biasa nombor 10 ke 1 cara ke belakang.

17. Berdiri, pusing ke belakang sekali dan duduk semula.

18. Sebutkan, “saya hampir siap, saya sudah ikut semua arahan”.

19. Jika anda sudah sampai ke peringkat ini,nyatakan “saya sedang mendahului orang lain dalam mematuhi arahan”.

20. Sekarang anda sudah baca dengan teliti seperti di arahan 1, buat nombor 2 sahaja.

Kuaci Kuatkan Otot Pundi Kencing

kuaci


Apabila usia meningkat, bagi sesetengah orang, masalah gagal mengawal pundi kencing semakin serius jika tidak dikawal.

Pengaliran air kencing setitis demi setitis tanpa disedari ini tentu mengganggu terutama jika hendak beribadat.

Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan menjadikan amalan memakan biji bunga matahari (kuaci) sama ada yang belum dibuang kulit atau sudah dibuang kulitnya.

Kuaci adalah salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. Dianggarkan 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.

Minyak biji bunga matahari juga baik untuk masakan kerana ia mampu menurunkan paras kolestrol. Amalan memakan biji bunga matahari ini tidak rugi kerana ia turut menguatkan otot pundi kencing dan melawaskan pembuangan air kencing.

Tutorial : 2 Cara Memasang Scroll pada Label @ Kategori Blogspot

scroll pada label

Label yang terlalu panjang atau banyak pada blog membuatkan blog melorot dan tidak cantik dipandang. Widget label ini penting dipasang pada blog kerana memudahkan pembaca mencari maklumat yang telah dilabelkan dengan baik.

Oleh sebab itulah scroll diperlukan agar blog kelihatan cantik dan kemas. Terdapat dua cara memasang scroll pada blog. Anda perlu cuba yang mana satukah cara yang sesuai dengan template anda.


Kaedah Pertama

1. Kaedah yang pertama ialah dashboard => template => edit html => edit template => ctrl+f . Cari code ini

]]></b:skin>

Jumpa tak? Kalau tak jumpa pergi ke kaedah kedua. Kalau jumpa teruskan langkah seterusnya. Tetapi, ia bukan penentu sama ada berjaya atau pun tidak kerana saya menjumpai code ini tetapi tidak berjaya. 


2. Seterusnya, copy code dibawah ini.

#Label1 .widget-content {height:200px; overflow:auto;}


3. Pastekan di atas code yang anda cari tadi. Cara dan bentuknya seperti di bawah.

#Label1 .widget-content {height:200px; overflow:auto;}
]]></b:skin>


4. Kemudian anda boleh klik preview template. Setelah berpuas hati dan ok barulah klik save template. 


Kaedah Kedua


1. Kaedah yang kedua pula ialah dashboard => design => edit html => edit template.=> ctrl+f. Cari code ini

<div expr:class='&quot;widget-content &quot; + data:display + &quot;-label-widget-content&quot;'>

Nak senang cuba cari code <div expr:class='&quot;widget-content &quot; dahulu. Anda akan jumpa sambungan pula. Cuba cari hingga dapat.


2. Copy dan pastekan code dibawah ini tepat di bawahnya code di atas.

<div style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'> 


3. Hasilnya begini

<div expr:class='&quot;widget-content &quot; + data:display + &quot;-label-widget-content&quot;'>
div style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'> 


4. Seterusnya, cari code ini </b:includable> dan pastekan code </div> ini tepat di atas  </b:includable>.

Begini contohnya

</div>
</b:includable>


5. Preview dahulu dan apabila sudah berpuas hati barulah disimpan.

Petua Dapat Anak

bayi

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan cahaya mata dalam hidup mereka. Hal ini kerana anak adalah penyeri, penyambung keturunan dan pengikat kasih sayang. Huraian di bawah merupakan petua bagi mereka yang lama berkahwin tetapi belum dikurniakan cahaya mata.


Petua Memperoleh Cahaya Mata


1. Amalkan meminum air suam bercampur madu  asli (warna hitam) setiap awal pagi selama tiga bulan.

2. Buat senaman batin setiap kali bangun tidur waktu pagi, baik untuk semua lelaki yang telah berumah tangga.

3. Amalkan bersedekah setiap hari Jumaat apabila ke masjid.


Cara Melakukan Amalan Senaman Batin


  • Duduk bersila badan tegak
  • Luruskan kaki kanan ke depan
  • Tangan kanan pegang ibu jari kaki kanan, tangan kiri pula pegang lutut kiri dan tarik nafas perlahan-lahan.
  • Selepas nafas penuh di dada, bawa tangan kiri tadi ke kanan hingga menyentuh lantai sebelah kanan (jangan lepaskan nafas tahan selama tujuh saat) jika tidak mampu jangan paksa.
  • Ulangi perkara di atas dengan kaki kiri pula.

Lakukan tiga atau tujuh kali selepas solat Subuh. Jika betul melakukannya, peluh akan keluar walupun hanya tiga kali (tiga kali kanan dan kiri). Selamat mencuba.

Petua Mengelak Rambut Cepat Beruban


Kebanyakan orang Asia berambut hitam, lagi hitam lagi nampak berseri. Tetapi apabila tumbuh uban sama ada ketika remaja atau tua, anda kelihatan lebih tua daripada usia. Bagaimanapun, ada juga individu yang mempunyai rambut hitam walaupun dalam usia emas. Petua jika mahu lambat tumbuh uban di kepala ialah :

Ambil segenggam biji betik (banyak pun tak apa) yang sudah masak kemudian jemur. Biji betik yang kering digoreng tanpa menggunakan minyak sampai hangus. Selepas itu tumbuk sampai lumat sebelum dimasak dengan semangkuk santan pekat sehingga menjadi minyak. Minyak inilah yang boleh digunakan sebagai minyak rambut seharian, insya-Allah mujarab.

Cara Bersihkan Hati untuk Mendapatkan Ketenangan Jiwa


Rasulullah telah didatangi Ibnu Mas’ud, meminta nasihat Rasulullah cara untuk mendapatkan ketenangan. Lima cara yang telah diberikan oleh Rasulullah iaitu :-


1. Tunaikanlah solat


- Solat merupakan antibiotik untuk hati sanubari. Sembahyanglah dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Sembahyang yang khusyuk boleh merawat hati yang sedang sakit.


2. Membaca Al-Quran


- Al-Quran itu merupakan kalam Allah. Kata-kata Allah boleh merawat dan memberi ketenangan.


3. Banyakkan berzikir


- Berzikir dan memperingati Allah dan Rasul dapat memberi ketenangan dan menyuburkan jiwa.


4. Menghadiri majlis ilmu


- Hendaklah selalu menghadiri majlis ilmu dan mencari ilmu. 


5. Bangun bertahajud pada malam hari


- Dapat mendekatkan diri kepada Allah pada waktu yang sunyi dan amat memberi ketenangan pada jiwa.


Sumber : Ustaz Sharhan Shafie (Tanyalah Ustaz)

Adab dan Waktu Berdoa Agar Lebih Mustajab dan Sebab Doa di Hijab

berdoa

Doa merupakan cara umat Islam memohon sesuatu daripada Allah S.W.T. Dengan berdoa menjadikan kita lebih dekat kepada Tuhan yang mencipta. Berdoa memerlukan adab dan waktu yang sesuai agar doa tersebut lebih mustajab. Selain itu, kita harus mengetahui mengapa doa kita dihijab iaitu tidak dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Berikut diterangkan dengan lebih terperinci cara untuk kita berdoa atau memohon pada-Nya agar lebih mustajab :


Adab Berdoa Agar Doa Lebih Mustajab

1. Berwuduk
2. Menghadap kiblat
3. Disunatkan menadah tangan dan disunatkan melihat ke langit
4. Berdoa dengan hati yang penuh khusyuk
5. Jangan berdoa terlalu kuat iaitu kita sahaja yang mendengarnya.


Waktu Mustajab Berdoa

1. Ketika 1/3 malam
2. Ketika mengerjakan umrah
3. Pada hari Jumaat
4. Doa orang yang dizalimi


Tips-tips Doa yang Mustajab

1. Berdoa selepas solat tahajud
2. Ketika berpuasa dan solat fardu
3. Berdoa dalam keadaan sunyi
4. Berdoa ketika dekat kepada Allah iaitu dalam sujud
5. Doa orang yang dizalimi
6. Doa dari ibubapa
7. Doa dibaca ketika malam Lailatul Qadar


Sebab-sebab Doa di Hijab

1. Kita jauh dengan Allah S.W.T.
2. Tidak yakin dengan apa yang kita doa
3. Orang yang melakukan kezaliman
4. Tidak taat kepada Allah
5. Syirik kepada Allah S.W.T.


Sumber : Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Sharhan Shafie

Bahan Semula jadi untuk Belai Tubuh

pokok lidah buaya

Jika anda ingin membelai tubuh menggunakan bahan semula jadi, panduan berikut boleh dicuba :-


1. Tubuh


Mandian teh bersama pelembap epal dan kelopak bunga ros kaya dengan flavonoid, vitamin C dan pectin yang berfungsi memulih dan menegangkan kulit, mengecilkan liang serta memberi kesegaran berpanjangan.

Caranya, campurkan potongan epal, satu cawan kelopak bunga mawar dan tiga uncang teh chamomile di dalam bekas mandian. Kemudian mandi setiap pagi. Anda juga boleh merebus semua bahan selama 10 minit, kemudian biarkan sejuk. Masukkan ke dalam botol penyembur kemudian setiap pagi semburkan pada wajah dan badan untuk kesegaran.


2. Kaki


Lumur sedikit asam jawa pada tumit kaki kemudian rendam dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki bersih dan licin.

Gosok belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar.

Masukkan beberapa asam keping dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.


3. Kuku kaki dan tangan


Bersihkan daun lidah buaya kemudian sapukan pada kuku setiap hari. Lakukan rawatan ini secara rutin untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.

Bawang putih mengandung zat yang sangat baik untuk menguatkan kuku. Caranya, parut bawang putih sehingga halus, kemudian sapukan pada kuku. Tunggu beberapa minit kemudian bersihkan kuku dengan air sejuk.

Belimbing buluh bermanfaat membersihkan kotoran di celah kuku, sekali gus menguatkan kuku. Caranya, gosokkan belimbing buluh yang sudah dipotong pada kuku kemudian bilas dengan air bersih.

Sumber : Harian Metro (29 Mei 2014)

Panduan Memilih Beg Tangan

beg tangan

Memilih beg tangan untuk digayakan pada majlis tertentu boleh memeningkan kepala. Takut tersalah pilih, bahkan akan dicemuh oleh rakan lain dan penampilan jadi serba tidak kena. Berikut panduan memilih beg tangan yang sesuai.


1. Kecil dan berkilat


Beg tangan jenis ini memang sesuai digayakan pada waktu malam dan dipadankan dengan pakaian yang menyerlahkan gaya seseorang itu agar nampak anggun dan cantik ketika majlis formal.


2. Badan saiz besar


Mereka yang berbadan besar dan gemuk lebih sesuai menggayakan beg tangan yang sederhana besar dan ringkas coraknya. Jangan sesekali memilih yang beropol-ropol dan terlalu banyak kocek atau hiasan kerana akan membuatkan penampilan kelihatan berserabut serta tidak kemas.


3. Beg kecil


Jika anda terlalu gemar menggayakan beg bertali yang kecil ketika bertugas. Pastikan anda ada beg lain yang lebih besar untuk menyimpan dokumen kerja yang penting atau bahan perbincangan di dalam beg bimbit. Ini akan membuatkan anda nampak profesional seterusnya memudahkan anda membawa dokumen ke mana juga.


4. Badan saiz kecil


Elakkan memakai beg besar seandainya badan anda bersaiz kecil. Walaupun menjadi ikutan anak muda kini memilih beg tangan besar, cuba elakkan hal itu terjadi kepada diri anda tetapi cukuplah sekadar yang mempunyai saiz sederhana. Jika tidak anda mungkin disalah anggap ingin balik kampung dengan beg sebesar itu.


5. Beg kulit


Ia sesuai digayakan ketika anda sedang bertugas di pejabat terutama bagi yang menyandang jawatan penting dalam syarikat atau berada di dunia korporat.


6. Elak warna terang


Cuba elak memakai beg tangan yang mempunyai warna terang seperti biru terang, kuning kunyit dan hijau serindit ketika memulakan tugas di pejabat. Pilihlah warna yang semulajadi dan sedap mata memandang.


Sumber : Harian Metro 30 Oktober 2013

Cara Meredakan Kemarahan dan Doa Untuk Orang yang Degil


1. Doa Meredakan Kemarahan



Baca ayat ini iaitu surah Al-A’raaf Ayat 154 bila melihat atau berhadapan dengan orang yang sedang marah.



2. Doa Untuk Orang yang Degil


Lakukan sebanyak 7 kali selepas sembahyang dan hembuskan (tiup) kepala yang dihajatkan (anak, suami, isteri) seboleh-bolehnya ditiup ke arah mukanya sama ada semasa ia sedar atau tidur. Dan pastikan ketika membaca ayat tersebut hendaklah meniatkan hajat terhadapnya ketika pada potongan  ‘kun’. Surah yang harus dibaca ialah surah Yasin Ayat 82.


Doa atau Cara Melembutkan Hati Pembesar

Jika kita menghadapi ketua, majikan, suami yang suka membuat aniaya atau sewenang-wenangnya dengan pekerja bawahannya maka untuk menghalang mereka daripada terus bersikap sedemikian dan melembutkan hati mereka maka bolehlah amalkan amalan berikut.



Semasa membaca ayat berikut hendaklah dibaca ketika sedang berdepan dengan mereka dalam keadaan yang tenang, bersih dan berwuduk. Bacalah surah Ash-Shura Ayat 15.

Senandung Fatihah

surah al-fatihah

Dengan menyebut namamu Ya Allah

Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala puji bagimu Ya Allah

Memelihara seluruh alam raya

Engkau yang Maha Pengasih dan Penyayang

Yang menguasai hari pembalasan

Hanya kepadamu kami menyembah

Dan padamu kami mohon pertolongan

Tunjukkan kami ke jalan yang lurus

Jalan orang-orang yang kau beri nikmat

Bukan jalan mereka yang kau murkai

Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Perkenankan doa kami

Amin…..

Ya Robbala’lamin…….

Sifat-sifat Panas dan Sejuk Makanan Mengikut Perubatan Cina disediakan Oleh Gaviscon

Di dalam Bahasa Melayu

Di dalam Bahasa Inggeris

Sifat-sifat Panas dan Sejuk Makanan Mengikut Perubatan Cina ini di bawakan oleh Gaviscon
Terima kasih Gaviscon

Ulasan Jurnal Pembangunan : Pendedahan Hubungan Antara Wanita Bekerja dan Pengurusan Emosi Keluarga


Rumusan Jurnal

Terdapat dua hipotesis dalam mengkaji hubungan antara wanita bekerja dalam mengendalikan emosi antara pekerjaan dan keluarga. Hipotesis tersebut ialah Hipotesis Scarcity (kekurangan) dan Hipotesis Expansion (pengembangan).

Hipotesis Scarcity (kekurangan) meramalkan emosi pekerja yang mempunyai kesan negatif ke atas wanita bekerja yang sudah berkahwin. Wanita memikul beban yang berat dalam pengurusan rumahtangga atau keluarga dan memerlukan pengurusan emosi yang baik. Keupayaan kerjaya wanita harus mempunyai hubungan positif dengan pasangan (suami) dalam melaksanakan pengurusan emosi keluarga. Tenaga emosi yang digunakan di tempat kerja mengurangkan tenaga emosi untuk menangani emosi di rumah.

Hipotesis Expansion (pengembangan) pula meramalkan bahawa kerjaya yang melibatkan emosi tidaklah terlalu memenatkan dari segi psikologi. Komitmen wanita yang tinggi terhadap bidang pekerjaan menyebabkan kurangnya tanggungjawab terhadap keluarga. Hipotesis ini juga membayangkan pengurusan emosi keluarga menjadi sederhana atau tidak melampau kesan daripada emosi tempat kerja.

Kesimpulan, pengawalan emosi wanita berkerjaya yang memerlukan mereka menggunakan emosi, berkemampuan menangani dan mengawal emosi mereka. Kehidupan wanita yang berdikari dapat meninggikan keupayaan wanita tersebut dalam mengendalikan emosi berganda.


Pengajaran/Iktibar

Wanita yang bekerja dan sudah berkahwin harus melaksanakan tugasnya dalam keluarga dan pekerjaan dengan baik. Pengurusan emosi sangat penting bagi memastikan segala tindakan yang diambil adalah tepat bagi mencapai kesejahteraan hidup. Emosi negatif di tempat kerja tidak harus di bawa pulang ke rumah dan sebaliknya. Saling memahami dan bantu-membantu di antara suami isteri menjadikan emosi seseorang lebih stabil dan kehidupan menjadi lebih mudah. Secara keseluruhannya, emosi perlu dikawal dan diurus dengan baik oleh seseorang. Emosi yang baik dapat menangani masalah yang dihadapi dengan cepat dan tepat serta dapat hidup dengan sejahtera.


Rujukan

Wharton, A. S., & Erickson, R. J. (1995). THE CONSEQUENCES OF CARING : Exploring the Links Between Women’s Job and Family Emotion Work. The Sociological Quarterly, 36(2), 273-296. 


Ulasan Jurnal Pembangunan : Kemiskinan Kanak-kanak, Kesihatan Ibu dan Kebajikan Sosial

kemiskinan


Rumusan Jurnal

Kemiskinan kanak-kanak selalunya mempunyai kaitan dengan ibubapa yang tidak bekerja, bekerja sendiri atau mendapat upah atau gaji yang rendah. Kemiskinan yang tinggi juga boleh berlaku jika penjaganya adalah seorang ibu tunggal. Bagi sesetengah negara seperti Australia dan United Kingdom, majoriti ibu tunggal memperolehi pendapatan bergantung kepada kebajikan sosial yang bernilai rendah daripada nilai minimum pendapatan yang sepatutnya.

Walaupun seseorang ibu tunggal itu bekerja, namun ibu tunggal tersebut tidak mampu menyara keluarganya. Hal ini disebabkan kerana pekerjaan yang diperolehi hanyalah sementara, gaji yang rendah, bekerja hanya separuh masa dan tidak mempunyai masa kerja yang fleksibel. Ibu tunggal juga seringkali mengalami masalah kesihatan berbanding ibu yang berkahwin. Hal ini memberi impak yang negatif kepada ibu tunggal tersebut serta anak-anaknya.

Hubungan antara kemiskinan dan kesihatan yang rendah menunjukkan bahawa golongan berada berkemampuan untuk membeli makanan yang berkhasiat, tempat tinggal yang selesa, penjagaan kesihatan yang lebih sempurna, pakaian yang lebih baik serta kemudahan kesihatan yang lengkap. Golongan yang berpendapatan rendah terpaksa bekerja di tempat yang berbahaya dengan kawalan yang rendah, tinggal di kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dan terlibat dengan cara hidup yang berisiko.


Pengajaran/Iktibar

Kemiskinan adalah berpunca daripada memiliki tingkat upah dan pekerjaan yang rendah. Kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang baik adalah disebabkan seseorang itu tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi bagi melayakkan menjawat jawatan yang baik agar memperoleh gaji yang lebih lumayan. Di samping itu, tidak mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang tertentu dan juga mengalami masalah kesihatan yang menghalang aktiviti pekerjaan. Hal ini memberi kesan negatif yang menyebabkan berlakunya pengangguran dan seterusnya kemiskinan. Kemiskinan inilah menyebabkan kesihatan, pendidikan, pemakanan dan sebagainya dalam sesebuah keluarga akan terabai dan hidup dalam keadaan yang daif. 


Rujukan

Baker, M. (2002, November). Child Poverty, Maternal Health and Social Benefits. Current Sociology, 50(6), 823-838.

Istilah-istilah Kepenggunaan Bahagian 3


Kontrak Seragam (Standard Contracts)

Kontrak yang biasanya untuk menjelaskan hubungan yang tidak adil antara dua pihak di mana satu pihak mempunyai kelebihan kuasa tawar-menawar dan berupaya menentukan terma dan syarat kepada pihak yang lemah. Pihak yang lemah biasanya berada dalam keadaan tidak ada pilihan kecuali menerima terma dan syarat-syarat berkenaan.


Pelabelan

Menyertakan label pada barangan untuk menyatakan butir-butir pengeluar, harga, rupa bentuk, berat, isipadu, tarikh luput dan sebagainya di mana sesuai. Pengguna lebih gemar pelabelan bermaklum yang membolehkan mereka membandingkan produk dengan mudah semasa membuat pilihan.


Liabili Keluaran

Tanggungjawab pengeluar dari segi undang-undang untuk membayar pampasan kepada pengguna yang mengalami kemalangan atau kerosakan harta benda yang berpunca dari kerosakan barangan yang dikeluarkannya. Contohnya pengeluar televisyen dikehendaki membayar pampasan terhadap kecederaan dan kerosakan yang timbul akibat daripada televisyen yang dihasilkannya meletup.


Makanan Berumusan

Tiruan pada makanan biasa atau makanan-makanan jenis baru yang dibangunkan di makmal. Misalnya, makanan khusus direkacipta untuk keperluan seperti rumusan bayi, ataupun ‘diet’ untuk makanan asas atau makanan tambahan.


Makanan Diproses

Makanan yang telah diproses dan dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kimia seperti pengawet (preservatives), pewarna (colouring) dan lain-lain.


Makananan Kesihatan (Health Foods)

Merupakan makanan organik yang bebas dari bahan-bahan pengawet dan digalakkan sebagai makanan kesihatan kerana mengandungi nilai pemakanan atau khasiat yang tulen.


Makanan Mudah (Convenience Food)

Makanan separuh siap atau telah dimasak yang dibungkus dan sedia untuk dimakan dengan sedikit atau tanpa perlu dimasak lagi seperti mi segera.


Makanan Segera

Makanan yang disediakan dengan kuantiti yang banyak dan biasanya diiklankan dengan secara meluas di rangkaian kedai makanan segera.


Menarik Balik Barangan dari Pasaran (recalls)

Satu bentuk jaminan keselamatan dan kawalan mutu barangan atau perkhidmatan di mana pengeluar akan mendapatkan balik barangan tersebut dari pengedar dan pembeli setelah pihak pengeluar mendapati barangan tersebut rosak. Ini adalah untuk membolehkan pihak pengeluar membetulkan kerosakan tersebut


Minuman Ringan Berkarbonat

Karbon dioksida ditambah di dalam minuman ringan. Penolakan minuman ringan sedemikian ialah kerana ia dirumus secara kimia bukan dari buah-buahan segar dan mempunyai nilai pemakanan yang sangat kecil. Ia mungkin mengandungi gula dan pewarna yang berlebihan. Mungkin juga ada yang mengandungi bahan pemanis tiruan seperti sakarin dan pewarna bahaya.


Orang Tengah

Pemborong, ejen atau mana-mana ahli perniagaan yang menjadi penghubung antara pengeluar dan pembekal di dalam proses penjualan barangan. Peranan asasnya ialah membeli barangan daripada pengeluar dan menjualnya kepada pembekal. Biasanya, keuntungan yang diperolehi oleh orang tengah akan menaikkan harga barangan kepada pengguna. Teknik pemasaran moden, seperti jualan langsung tidak lagi memerlukan peranan dan penglibatan orang tengah.


Pasaran Bebas

Mana-mana pasaran di mana pembelian dan penjualan boleh dilaksanakan tanpa apa-apa sekatan termasuk juga harga.


Pasaran Gelap

Pembelian dan penjualan barangan atau perkhidmatan secara tidak sah di sisi undang-undang dan biasanya pada harga yang lebih tinggi.


Pemasaran

Aktiviti perniagaan yang melibatkan pergerakan barangan dari pengeluar kepada pengguna antaranya pembelian dan penjualan, pengiklanan dan pembungkusan.


Pemulauan

Pemulauan oleh pengguna adalah usaha daripada pejuang-pejuang konsumerisme untuk mencapai beberapa objektif dengan cara menggesa pengguna individu berhenti dari membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran kerana kenaikan harga yang terlalu tinggi, amalan syarikat pengeluar yang tidak beretika, faktor keselamatan dan sebagainya.


Pengeluar

Orang perseorangan atau syarikat yang menjalankan kegiatan mengeluarkan sesuatu barang. Sesetengah negara dan bagi kepentingan perniagaan, pengimport juga dianggap sebagai pengeluar walaupun dia pada hakikatnya tidak terlibat dalam sebarang proses pengeluaran.


“Performance (Claim) Labelling”

Perlabelan yang mendakwa prestasi atau ketahanan sesuatu barangan seperti tidak pecah dan lain-lain.


Perlindungan

Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, termasuklah tarif dan bukan tarif yang menunjukkan peningkatan dalam kos mengimport barang-barang atau menghalang kemasukan barang-barang dan mengukuhkan persaingan barangan tempatan di dalam negeri.


Peruncit

Orang perseorangan yang menjual barangan dalam kuantiti yang kecil terus kepada pelanggan.


Pengguna Bersaing

Pengambilan simbol status barangan yang didorong oleh keinginan untuk sentiasa mengatasi atau bersaing dengan pengguna yang lain khususnya jiran.



“Standard”

“Standard” ialah pengabungan kriteria-kriteria yang menunjukkan keadaan atau keselamatan sesuatu barangan mengikut teknik pengujian yang telah ditetapkan. “Standard” ini boleh dijadikan mandatori atau sukarela.


Tanda Perniagaan

Simbol, reka bentuk, perkataan dan sebagainya yang digunakan oleh pengeluar untuk membezakan barangan yang dihasilkan oleh pesaing-pesaingnya. Tanda perniagaan ini biasanya didaftarkan dan dilindungi oleh undang-undang.


Tanda Tarikh

Melabelkan tarikh barang-barang makanan dikeluarkan bagi membolehkan pengguna mengetahui berapa lama barang berkenaan telah dikeluarkan. Bentuk yang biasa digunakan ialah “guna sebelum” atau “baik sebelum”.


Tarikh Luput

Tarikh yang menunjukkan sesuatu barangan itu tidak lagi selamat untuk digunakan selepas dari tarikh tersebut. Selepas tarikh itu, terdapat kemungkinan tindakbalas kimia atau fizikal telah berlaku terhadap barangan tersebut yang mana ia boleh memudaratkan pengguna.


Tiruan

Pengeluaran barangan yang hampir serupa dengan barangan tulen yang menjadikannya sukar dibezakan dengan barangan tulen. Biasanya dilakukan ke atas barang-barang yang popular, barang berjenama serta barang-barang yang eksklusif dan jenama yang mahal. Sebahagian barang tiruan dijual menggunakan jenama yang hampir sama atau sama dengan jenama tulen. Kadang-kadang barang tiruan sedemikian adalah bermutu rendah dan mungkin boleh membahayakan.