ISI RINGKAS KARANGAN RAMALAN UPSR
KEBAIKAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN
1. Suasana yang kondusif (selesa
– tenang – tidak terlalu formal)
2. Dapat berkongsi ilmu bersama
rakan yang lain
(Pelbagai idea dapat dikongsi – suasana
pembelajaran lebih menarik)
3. Memupuk semangat bekerjasama
4. Mengisi masa lapang dengan
perkara berfaedah.
KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG-ROYONG
1. Dapat memupuk semangat
kerjasama
2. Dapat mengeratkan hubungan
silaturahim.
3. Kebersihan kawasan persekitaran
terpelihara.
4. Terhindar daripada wabak
penyakit seperti Denggi
5. Mengisi masa lapang
6. Menerapkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan.
CARA MENJADI MURID CEMERLANG
1. Rajin berusaha – tidak mudah
putus asa
2. Menghormati orang yang lebih
tua – mendapat keberkatan
3. Melibatkan diri secara aktif
dalam bidang kokurikulum
4. Memberi tumpuan ketika guru
mengajar.
5. Berdisiplin – menepati jadual
yang disediakan.
6. Bercita-cita tinggi –
mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya.
CARA MENJAGA KEMUDAHAN AWAM
1. Menggunakan kemudahan awam
dengan sebaik mungkin – mengikut peraturan yang telah ditetapkan
2. Mengetatkan undang-undang –
mengenakan hukum yang lebih berat kepada pesalah.
3. Peka dengan keadaan kemudahan
awam – melaporkan kepada pihak yang berkenaan sekiranya kemudahan awam tersebut
rosak.
4. Mengadakan kempen Sayangi
Kemudahan Awam melalui media massa dan media sosial
CARA MENGISI MASA LAPANG
1. Membaca bahan bacaan – surat
khabar – buku – majalah – untuk menambah pengetahuan
2. Bersukan – beriadah –
menyihatkan badan – otak sentiasa cerdas
3. Melakukan hobi yang berfaedah
– mengumpul setem
4. Melayari internet – mencari
maklumat bermanfaat
5. Membantu ibu bapa – mengemas
rumah – bergotong-royong – meringankan beban ibu bapa – rumah sentiasa kemas
dan bersih
CARA MENGHORMATI IBU BAPA / GURU
/ ORANG TUA
1. Menolong ibu bapa / guru /
orang tua ketika mereka memerlukan
2. Belajar bersungguh-sungguh –
memenuhi harapan
3. Tidak mengabaikan ibu bapa /
guru / orang tua
4. Sentiasa berakhlak mulia –
patuh/taat
5. Sentiasa merendahkan suara
ketika bercakap – beradap
6. Sentiasa mendokan kebahagiaan
ibu bapa / guru / orang tua.
CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR
1. Mengitar semula bahan buangan
seperti kertas – mengurangkan penebangan
pokok – alam sekitar terpelihara
2. Mengetatkan undang-undang
3. Mengadakan kempen kesedaran
4. Memperkasakan subjek berkaitan
alam sekitar di sekolah – memberi kesedaran awal kepada murid tentang alam
sekitar
CARA MENJAGA KESIHATAN
1. Mengamalkan pemakanan seimbang
– piramid makanan
2. Bersenam – mengeluarkan peluh
3. Minum air masak secukupnya –
lapan gelas sehari
4. Mendapatkan rehat yang
secukupnya – tidur lapan jam sehari untuk kanak-kanak – memulih tenaga
5. Menjalankan pemeriksaan
kesihatan – dua kali setahun – mengetahui status kesihatan
6. Tidak merokok
KEPENTINGAN KOKURIKULUM
1. Meningkatkan tahap disiplin –
menyertai pasukan badan beruniform – kawad kaki – patuh pada arahan ketua
2. Menyihatkan badan –
mengeluarkan peluh
3. Menggalakkan perpaduan antara kaum
– mengeratkan hubungan sesama murid.
4. Menambah pengetahuan dan
pengalaman – berkhemah – ikatan
5. Mengisi masa lapang –
terhindar daripada gejala negatif
KEPENTINGAN SAINS & TEKNOLOGI
1. Memudahkan urusan manusia
2. Menjimatkan kos
3. Memajukan ekonomi negara –
memasarkan produk yang dicipta
4. Mengangkat martabat negara –
dipandang tinggi oleh masyarakat dunia
FAEDAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR
1. Menambah pengalaman baru –
suasana lawatan
2. Mengeratkan hubungan sesama
rakan – guru – keluarga
3. Menambah ilmu pengetahuan –
meluaskan pengetahuan sedia ada
4. Mengisi masa terluang
5. Memudahkan proses pembelajaran
– suasana lebih selesa dan menarik
CARA BERJIMAT CERMAT
1. Membuat senarai semak
perbelanjaan – sebagai panduan ketika berbelanja
2. Menabung – dapat digunakan
ketika kecemasan – tidak membelanjakan sepenuhnya wang yang diperoleh
3. Mengutamakan barangan
keperluan berbanding kehendak – tidak membazir
4. Bersikap sederhana – membeli
barangan yang bersesuaian dengan pendapatan – mengutamakan kualiti berbanding
jenama.
Sumber : WhatsApp
Perkongsian Ilmu Buat Ibubapa yang Mempunyai Anak yang Akan Menduduki Peperiksaan
Perkongsian ilmu ini daripada Ustaz Zahazan Mohamed buat ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, IPTA dan IPTS.
1. Pada hari peperiksaan, ibubapa perlu bangun awal dengan melakukan solat hajat, sahur,
puasa dan doakan untuk mereka dan
sekalian orang Islam sepanjang puasa.
2. Banyakkan bersedekah walaupun
pada binatang.
3. Beri anak minum air zam-zam atau
air masak secukupnya.
4. Pastikan anak mendapat tidur
yang mencukupi.
5. Amalkan doa ayat ke 74 surah
al-Furqan. Niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahaman dan kelancaran dalam
menjawab.
6. Beri anak keyakinan bahawa
mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum menjawab
soalan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain.
7. Ingat! Jangan sekali-kali
menjadikan anak stress dengan permintaan-permintaan yang luar biasa, memadailah
kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.
8. Antara surah yang digalakkan
untuk dibaca :
a) Surah alam nasyrah
b) Surah al Hasyr ayat 21-24
c) Surah al Rahman 1-13
9. Niatkan semasa membaca
surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang.
Sumber : WhatsAapp
Langgan:
Catatan (Atom)