Perkongsian ilmu ini daripada Ustaz Zahazan Mohamed buat ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PT3, SPM, STPM, IPTA dan IPTS.
1. Pada hari peperiksaan, ibubapa perlu bangun awal dengan melakukan solat hajat, sahur,
puasa dan doakan untuk mereka dan
sekalian orang Islam sepanjang puasa.
2. Banyakkan bersedekah walaupun
pada binatang.
3. Beri anak minum air zam-zam atau
air masak secukupnya.
4. Pastikan anak mendapat tidur
yang mencukupi.
5. Amalkan doa ayat ke 74 surah
al-Furqan. Niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahaman dan kelancaran dalam
menjawab.
6. Beri anak keyakinan bahawa
mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum menjawab
soalan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain.
7. Ingat! Jangan sekali-kali
menjadikan anak stress dengan permintaan-permintaan yang luar biasa, memadailah
kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.
8. Antara surah yang digalakkan
untuk dibaca :
a) Surah alam nasyrah
b) Surah al Hasyr ayat 21-24
c) Surah al Rahman 1-13
9. Niatkan semasa membaca
surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang.
Sumber : WhatsAapp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan