Soalan IQ


1. Apakah benda yang sebelum diguna berwarna hitam, selepas diguna pula berwarna putih?

Jawapan : Arang


2. Suatu benda akan bertambah tinggi pada musim panas. Pada musim sejuk pula, benda ini akan menjadi pendek. Apakah benda ini?

Jawapan : Termometer


3. Orang Amerika kebiasaannya akan makan paling kurang dalam bulan apa?

Jawapan : Bulan Februari


4. Mengapakah sepasang suami isteri yang sihat melahirkan seorang anak yang hanya mempunyai sebiji bola mata kanan?

Jawapan : Manusia hanya mempunyai sebiji bola mata kanan.


Sumber : Teman Pintar 2008

Rukun Iman Ada Enam Perkara


Pengertian Rukun Iman

Ertinya bagi meningkatkan batas-batas KEIMANAN serta keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan.


Rukun Iman Ada Enam Perkara :

1. Percaya Kepada Allah S.W.T.
2. Percaya Kepada Malaikat
3. Percaya Kepada Kitab-Kitab
4. Percaya Kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
5. Percaya Kepada Hari Kiamat
6. Percaya Kepada Qada’ dan Qadar



1. PERCAYA KEPADA ALLAH S.W.T.


Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepadaNya sahaja. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah S.W.T.


2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT


Dengan Iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk-bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.


3. PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB


Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang ditutup dan diakhiri dengan kitab Al-Quran.


4. PERCAYA KEPADA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL


Dengan beriman kepada Nabi-nabi dan Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W.


5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT


Dengan Iman, kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan lagi berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia samada di syurga atau neraka.


6. PERCAYA KEPADA QADA’ DAN QADAR


Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.

Rukun Islam Ada Lima Perkara


Pengertian  Rukun Islam


Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang sempurna.


Rukun Islam

1. Mengucap Dua Kalimah Syahadat
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
3. Mengeluarkan Zakat
4. Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
5. Mengerjakan Haji di Baitullah


1. Mengucap Dua Kalimah Syahadat

‘Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruhNya’. Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa ‘Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruhnya.


2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam

Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya. Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.


3. Mengeluarkan Zakat

Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.


4. Berpuasa Pada Bulan Ramadhan

Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah. Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.


5. Mengerjakan Haji di Baitullah

Dengan mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.