Pengertian Rukun Islam
Ertinya
menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah melalui seluruh kehidupan kita,
jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya KEISLAMAN yang
sempurna.
Rukun Islam
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadat
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
3. Mengeluarkan Zakat
4. Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
5. Mengerjakan Haji di Baitullah
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadat
‘Aku naik
saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu
adalah pesuruhNya’. Dengan Syahadatain, kita mengabdikan diri dengan hati
sanubari dan dengan pengakuan lidah kita bahawa ‘Tuhan yang Maha Esa itu adalah
Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. itu pesuruhnya.
2. Solat Lima Waktu Sehari Semalam
Dengan
sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.
Mulai dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat
dengan mengikut susunan rukun sembahyang yang diajarkan oleh Nabi s.a.w.
3. Mengeluarkan Zakat
Dengan
zakat, kita mengabdikan kepada Tuhan dengan menyerahkan sebahagian dari harta
milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut agama.
4. Berpuasa Pada Bulan Ramadhan
Dengan
berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah.
Dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhi segala laranganNya, secara
tidak langsung akan melahirkan rasa keinsafan di dalam peribadi kita serta
meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
5. Mengerjakan Haji di Baitullah
Dengan
mengerjakan Haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita, dan
mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan
sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan