Novel : Lovin' You
Pengarang : Haruno Hana
Bilangan Halaman : 409
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Cetakan Kedua : Mac 2011
Sumber Buku : Hak milik sendiri
Harga : RM 18
Cerita
ini mengisahkan Masashi Kira atau lebih dikenali sebagai Kira, mempunyai
impian terpendam yang dihalang oleh bapanya. Ekoran itu Kira bersikap dingin
dengan orang yang tidak disukainya termasuk bapanya sendiri. Kira juga
mencemburui sahabat karibnya sendiri iaitu Setsuna kerana Setsuna berjaya
mencapai impiannya menjadi seorang penyanyi.
Hinggalah
hadir seorang gadis yang bernama Kinomoto Kotomi atau lebih dikenali sebagai
Kotomi. Kotomi menjadikan hidup Kira berubah dari seorang yang bersikap dingin
menjadi lebih mesra dan ceria. Kotomi satu-satunya wanita yang berjaya menambat
hati Kira walaupun Kira amat digilai oleh para wanita di sekolahnya.
Impian
Kira adalah ingin menjadi seorang pemain piano tetapi dihalang bapanya kerana
mahukan dia menguruskan perniagaan keluarga. Hubungan baik Kira dan Kotomi,
terhasillah simfoni yang indah hasil ciptaan Kira. Simfoni yang diberi nama
Lovin’ You terus berlagu di hati Kira dan Kotomi walaupun Kira cuba menafikan
perasaannya pada Kotomi.
Hinggalah
Kira dan Kotomi terpisah kerana Kotomi berpindah ke luar negara mengikut
ibunya. Kira pula menjadi lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan. Hubungan
baik mereka menjadi dingin kerana Kira menjauhkan diri dari Kotomi.
Persoalan
Adakah
Kira berjaya mencapai impiannya untuk menjadi seorang pemain piano?
Bagaimana
hubungan Kira dan Kotomi?
Adakah
mereka berjumpa kembali setelah bertahun lamanya?
WATAK
UTAMA
1. MASASHI
KIRA
17 tahun
Anak lelaki tunggal pasangan Masashi
Pelajar tahun tiga jurusan perniagaan di Hanami International High School (HIHS)
Bersikap dingin dengan orang yang tidak disukai
Mempunyai impian terpendam yang dihalang oleh ibu bapanya
2. KINOMOTO
KOTOMI
16 tahun
Cucu saudara Mak Cik Ono
Pelajar tahun dua jurusan seni rumah tangga di Hanami International High School
(HIHS)
Periang dan baik hati
Selagi boleh bersabar dengan seseorang, dia boleh bersabar
3. KIYAMA
OZU
60 tahun
Bekerja sebagai butler Kira sejak Kira lahir lagi
Amat memahami Kira
Penyayang
4. TEZUKA
MISA
57 tahun
Pembantu rumah di Haru Mansion
Baik hati
5. TEZUKA
MIYUKI dan TEZUKA FUYUKI
19 tahun
Anak kembar Mak Cik Misa
Pelajar universiti
Tinggal di Haru Mansion dan bekerja sambilan sebagai pembantu rumah
Periang dan suka menyakat orang
6. NORI
dan RAN
16 tahun
Sahabat karib Kotomi
Belajar sekelas dengan Kotomi
Amat mementingkan persahabatan
7. IKUTA,
SHIN dan HIRO
17 tahun
Sahabat karib Kira sejak sekolah rendah
Belajar sekelas dengan Kira
Mengetahui impian terpendam Kira
Menyokong Kira tatkala Kira tertekan dengan masalahnya
8. YUI,
NAMI, NATSUMI, AZUMI dan MIO
16 tahun
Amat meminati Kira
Sanggup melakukan apa sahaja demi mendekati Kira
WATAK
SAMPINGAN
1. KINOMOTO
ONO
Nenek saudara Kotomi
Amat menyayangi Kotomi
2. KINOMOTO
KIRIKO
Ibu Kotomi
Bekerja di Hokkaido
3. MASASHI
NEIJI
Bapa Kira
Pemilik Masashi Group
Tegas
4. MASASHI
HARUHI
Ibu Kira
Isteri Masashi Neiji
Isteri yang setia dan ibu yang penyayang