Sinopsis Novel Semusim di Mahsyar Karya Hadi Fayyadh



Novel : Semusim di Mahsyar

Pengarang : Abdul Hadi Mohamad (Hadi Fayyadh)
Bilangan Halaman : 286
Penerbit : Iqes Tijarah Trading
Cetakan Pertama : Julai 2017
Sumber Buku : Adik (Badariah)
Harga : RM29.90


Iqlima Salsabilla, disahkan meninggal dunia akibat kegagalan pembedahan hati. Dia dikebumikan selama 5 hari, kemudian kuburnya digali semula setelah ayahnya mendakwa melihat anaknya di dalam mimpi, kembali dengan kain kapan yang berlumuran darah dan nanah, meminta untuk diselamatkan kerana dia masih hidup.

Sepanjang 5 hari di dalam kubur, Iqlima menjalani suasana di alam misteri sehingga dia merasakan hampir seribu tahun lamanya dia bersemadi. Iqlima  merasai sendiri kesakitan dan kepayahan di alam mahsyar. Betapa sengsaranya dia di alam tersebut akibat derhaka terhadap ibu dan ayahnya.

Dia amat menyesal dengan perbuatannya dan ingin kembali ke dunia untuk menebus segala salah silapnya. Iqlima adalah seorang gadis kecil yang solehah, menjaga solat dan menutup aurat. Tetapi akibat fitnah, dia telah menderhaka kepada kedua ibu ayahnya. Iqlima difitnah sebagai anak haram hasil hubungan tidak sah oleh ibu dan ayahnya.

Ibu dan ayahnya tetap melayannya dengan baik dan dibalas dengan perbuatan buruk oleh Iqlima. Hinggalah Iqlima disahkan menghidap kanser hati dan memerlukan penderma. Qaleef Haikal sudi mendermakan sebahagian hatinya buat Iqlima.

Namun di saat akhir, Qaleef Haikal menarik diri untuk menderma hatinya. Ibu Iqlima menawarkan diri untuk menderma walaupun mengalami pendarahan akibat ditolak oleh Iqlima di hospital. Pembedahan tersebut gagal, Iqlima dan ibunya disemadikan dalam satu lahad. Ayah Iqlima mendakwa Iqlima masih hidup dan merayu agar kubur digali walaupun terpaksa berjalan mengengsot untuk ke rumah Pak Iman.

Akhirnya kubur Iqlima dan ibunya digali  dan ternyata Iqlima masih hidup. Iqlima berasa bersalah dan ingin menebus kesalahannya tetapi sudah terlambat kerana ayahya turut menghembuskan nafas yang terakhir sebelum sempat dia meminta maaf.

Sebenarnya Iqlima bukanlah anak haram tetapi dia telah difitnah oleh Mak Ngahnya sendiri. Penyesalan demi penyesalan di hati Iqlima. Kini dia bertaubat dan hatinya semakin dekat pada pencipta.


Panduan Mengundi Pilihan Raya


Mengikut Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum diadakan adalah untuk memilih 222 ahli Dewan Rakyat (dikenali sebagai Ahli Parlimen) dan 587 ahli Dewan Undangan Negeri.

Kita juga mengamalkan sistem politik pelbagai parti di mana parti politik memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri.


Anda Layak Mengundi Jika :
  • Rakyat Malaysia.
  • Berdaftar untuk menjadi pengundi dan nama terdapat dalam daftar pemilh.
  • Berumur 21 tahun ke atas.


Namun, kelayakan anda hilang jika :
  • Tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman penjara.
  • Telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati atau penjara melebihi tempoh 12 bulan dan masih belum selesai menjalani hukuman.
  • Telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
  • Telah memperoleh kerakyatan asing.


Panduan Pada Hari Pilihan Raya :
  • Bawa Mykad
  • Keluar awal untuk mengundi. Masa mengundi adalah dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
  • Berpakaian sopan dan tidak memakai pakaian atau membawa barangan yang mempunyai gambar calon, nama parti atau logo.
  • Anda akan diberikan dua kertas undi iaitu untuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
  • Pengundi OKU boleh dibantu oleh seorang yang dipercayai (warganegara & 21 tahun ke atas) untuk membuang undi bagi pihaknya dengan kehadiran pengundi OKU tersebut.
  • Ejen-ejen calon yang bertanding turut mempunyai senarai daftar pemilih bagi membolehkan mereka memeriksa dan mengesahkan identiti pengundi yang hadir.


Kertas Undi ditolak Jika :
  • Tidak dicapkan / ditindih dengan tanda rasmi / tidak ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi.
  • Memberi undi kepada lebih daripada satu calon.
  • Ada dituliskan atau ditandakan dengan sesuatu yang membolehkan pengundi dikenal pasti.
  • Tidak bertanda atau ditandakan selain di tempat atau cara yang diperuntukkan.
  • Tidak menunjukkan dengan jelas tujuan pengundi itu.

Tutorial : Cara Membuat Photobook Sendiri dengan Murah Secara Online


Langkah pertama untuk membuat photobook ialah anda harus membeli voucher photobook di Lazada, Groupun atau di photobook.com sendiri. Tutorial kali ini saya akan ajar cara membeli photobook di Lazada kerana saya selalu membelinya di situ.


1. Cara Membeli Voucher Photobook di Lazada

Untuk lebih jimat, anda boleh membeli belah di Shopback dengan register dahulu di Shopback dan seterusnya klik pada icon Lazada. Mula-mula anda klik pada Shopback dan daftar emel anda dan password. Kemudian, klik sign up.


Seterusnya, klik pada Lazada iaitu tempat yang saya tandakan dengan bulatan merah. Di bahagian search taip photobook. Sort by klik price low to high. Untuk permulaan carilah Photobook Malaysia 6 X 6 mini square soft cover 40 pages. Gambar seperti di bawah. Pastikan Photobook Malaysia.


Harga sekarang RM 5, saya pernah beli dengan harga RM 2.90, RM 1.00 dan paling murah RM 0.90. Untuk mendapat harga yang murah harus menjengah selalu ke laman web Lazada. 

Setelah pastikan ianya betul, anda klik buy now, checkout dan masukkan maklumat yang dikehendaki. Pastikan maklumat adalah betul. Bayar dengan debit card Maybank, CIMB, RHB dan bank yang lain pun boleh. Anda akan terima code voucher melalui emel dalam 2-3 hari. Jadi, harap bersabar.



2. Cara Personalise di Photobook.com

Setelah membeli voucher di Lazada, langkah seterusnya ialah mengupload dan menyusun gambar di photobook.com. Anda klik pada photobook.com untuk pergi ke laman web photobook. Pastikan anda sign up terlebih dahulu. Klik my account - register - isi maklumat dan submit.



Seterusnya, klik pada photobook, mini square 6 x 6 dan seterusnya pilih design yang diminati.


Muncul seperti imej di bawah, klik Personalize.



Sign in menggunakan email yang anda daftar tadi bersama passwordnya. Kemudian anda boleh upload gambar dan susun mengikut citarasa sendiri. Anda selongkarlah sendiri cara menggunakannya. Jangan lupa klik save.

Jika anda ingin menutup dan membuka semula project yang telah dibuat, ikuti langkah ini :
My Account > My Project > Log In > Online Project


Apabila telah siap susun semua gambar, klik pada order yang berwarna hijau. Gambar seperti di bawah 
:

Step pertama : Details order anda, HARGA MASIH RM 79 + POS RM8

Step kedua : Setup alamat untuk pos

Step ketiga : PAYMENT... 

Scroll di bawah dan lihat ada ruang untuk voucher code, SILA COPY & PASTE VOUCHER CODE DARI EMEL ANDA. Kemudian klik redeem. Apabila anda masukkan voucher code, terus payment anda menjadi RM8 + GST !! Harga RM8.48..


NOTA :

Pastikan jenis kertas juga menjadi RM 0.00.. Jika anda hendak kertas mahal pun boleh tapi harganya tak jadilah RM 8.48 sebaliknya jadi RM 10.49. Selain itu, pilih penghantaran yang paling murah.

Akhir sekali, sila buat pembayaran anda. Apabila semuanya sudah selesai, tunggu sahaja abam posmen hantar.