APAKAH ITU DADAH?
-Dadah
ialah bahan kimia yang dapat mengubah fungsi badan dan kelakuan seseorang.
-Dalam
bidang perubatan, dadah digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit
seperti batuk, sakit kepala dan sebagai ubat tahan sakit.
-Bahan
ini boleh menyebabkan ketagihan dan menjejaskan fungsi sistem saraf pusat.
PENYALAHGUNAAN DADAH
-Penyalahgunaan
dadah ditakrif sebagai penggunaan dadah untuk tujuan selain perubatan.
-Pengambilan
dadah secara berulang kali boleh menyebabkan kesan ketagihan, iaitu badannya akan
bergantung secara fizikal ke atas dadah.
-Akta
Dadah Berbahaya 1952 telah diwujudkan untuk mengharamkan penanaman,
pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah.
JENIS-JENIS DADAH
-Opiat
(candu, heroin, morfin dan kodein)
-Stimulan
(syabu, ecstasy dan kokain)
-Ganja
(ganja, hashish)
-Halusinogen
(LSD, meskalin)
-Depresen
-Ubat-ubatan
dan bahan-bahan yang disalahguna
KESAN-KESAN DADAH
-Dadah
seperti Amfetamin merencatkan pengeluaran hormon norendepherine dan serotonin untuk
menghasilkan kesan gembira yang semulajadi dan memerlukan dadah ini untuk rasa
riang.
-Dadah
juga merangsang otak dan minda dengan memberi kesan keriangan yang ‘palsu’
seperti ketawa yang belebihan. Tingkah laku turut menjadi agak luar biasa
daripada berbagai-bagai segi, termasuk kelincahan mahupun dari segi pertuturan.
-Dadah
juga merangsang otak dan minda dengan memberi kesan dimana boleh mencetus
keganasan.
-Pengambilan
depresen menjadikan seseorang menjadi tidak aktif dan berada dalam keadaan
tertekan dan sugul.
-Berbagai-bagai
tekanan fungsi badan seperti jantung, pernafasan mahupun buah pinggang turut
terjejas.
-Dari
segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan
seperti dalam khayalan, pitam, pengsan dan berperasaan ganas.
-Daya
tahan penyakit akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi,
Hepatitis, Tibi, AIDS dan maut.
-Dadah
mengganggu tindakan neurotransmiter dan menjejaskan fungsi sistem saraf.
DADAH PERANGSANG
-Dadah
perangsang ialah dadah yang mempercepat aktiviti sistem saraf seperti kadar
denyutan jantung, kadar pernafasan dan meningkatkan tekanan darah.
-Dadah
perangsang juga mempercepat rembesan dan tindakan neurotransmiter pada sinaps di otak seterusnya memberi kesan
euforia dan ketagihan.
-Antara
contoh dadah perangsang ialah kokain, nikotin, amfetamin dan kafein.
-Penggunaan
dadah perangsang untuk jangka masa yang panjang boleh mempengaruhi fungsi
sistem peredaran darah, sistem pencernaan dan sistem saraf lalu menyebabkan
halusinasi dan kemurungan.
DADAH PENENANG
-Dadah
penenang ialah dadah yang melambatkan aktiviti sistem saraf pusat seperti kadar
denyutan jantung dan kadar pernafasan.
-Dadah
penenang juga menurunkan tekanan darah, mengendurkan otot, melegakan
kegelisahan, dan mengelakkan tidur.
-Antara
contoh dadah penenang ialah barbiturat, trankuiliser, morfin dan heroin.
-Penyalahgunaan
dadah penenang menyebabkan kehilangan ingatan, tidak dapat menumpukan
perhatian, masalah pernafasan, kanser peparu, kerosakan hati dan otak,
mangantuk, kacelaruan, dan koma.