Sebagai
seorang Islam, kita wajib menjawab salam yang ditujukan pada kita. Kepentingan salam
adalah untuk mendoakan sesama Islam dan juga boleh mengeratkan hubungan
silaturrahim.
Salam tidak wajib dijawab ketika dalam situasi tertentu. Antaranya ialah :
1. Diyakini bahawa bukan orang Islam.
Apabila
kita menyakini bahawa seseorang itu bukan Islam yang memberi salam, maka tidak
wajiblah kita menjawabnya.
Jika kita
berasa was-was atau tidak yakin sama ada seseorang itu Islam atau kafir,
memadailah dengan menjawab ‘Waalaikum’.
2. Di dalam tandas.
Jika di
dalam tandas juga tidak wajib menjawab salam yang diberikan oleh orang luar.
3. Memberi ucapan dahulu kemudian barulah memberi salam.
Contohnya
dalam sesuatu majlis, pengucap menyampaikan sedikit ucapan dahulu dan diikuti dengan
salam, maka salam itu tidak wajib dijawab.
4. Mempermainkan salam.
Apabila
salam itu dipermainkan dengan tujuan tidak baik dan sebagainya, maka salam yang
disampaikan itu tidak wajib dijawab. Contohnya seseorang lelaki memberi salam
kepada seorang wanita agar dapat menarik perhatian wanita tersebut.
5. Salam di dalam solat.
Salam di
dalam solat juga tidak perlu dijawab.