Waktu Ucapan Salam Tidak Wajib dijawab

salam

Sebagai seorang Islam, kita wajib menjawab salam yang ditujukan pada kita. Kepentingan salam adalah untuk mendoakan sesama Islam dan juga boleh mengeratkan hubungan silaturrahim.

Salam tidak wajib dijawab ketika dalam situasi tertentu. Antaranya ialah :


1. Diyakini bahawa bukan orang Islam.


Apabila kita menyakini bahawa seseorang itu bukan Islam yang memberi salam, maka tidak wajiblah kita menjawabnya.

Jika kita berasa was-was atau tidak yakin sama ada seseorang itu Islam atau kafir, memadailah dengan menjawab ‘Waalaikum’.


2. Di dalam tandas.


Jika di dalam tandas juga tidak wajib menjawab salam yang diberikan oleh orang luar.


3. Memberi ucapan dahulu kemudian barulah memberi salam.


Contohnya dalam sesuatu majlis, pengucap menyampaikan sedikit ucapan dahulu dan diikuti dengan salam, maka salam itu tidak wajib dijawab.


4. Mempermainkan salam.


Apabila salam itu dipermainkan dengan tujuan tidak baik dan sebagainya, maka salam yang disampaikan itu tidak wajib dijawab. Contohnya seseorang lelaki memberi salam kepada seorang wanita agar dapat menarik perhatian wanita tersebut.


5. Salam di dalam solat.


Salam di dalam solat juga tidak perlu dijawab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan