Mengapakah Mata Serigala Berwarna Hijau?


Serigala merupakan sejenis binatang liar yang suka menjalankan aktiviti pada waktu malam. Sekiranya anda ternampak cahaya hijau sedang bergerak di dalam hutan atau semak-samun pada waktu malam, anda sebenarnya mungkin sedang melihat sepasang mata serigala.

Binatang yang menjalankan kegiatan pada waktu malam mempunyai mata yang berupaya memancarkan cahaya hijau semasa berada di sinaran yang lemah. Bola mata binatang tersebut mempunyai habluran yang istimewa.

Habluran ini ini boleh mengumpulkan cahaya yang lemah dan memantulkan cahaya tersebut supaya dapat melihat benda dengan jelas semasa dalam keadaan yang gelap. Selain daripada serigala, mata binatang seperti kucing, harimau, musang dan sebagainya juga boleh memancarkan cahaya hijau.

Mengapakah Tapak Tangan Akan Berpeluh Apabila Berasa Cemas?

budak berpeluh

Peluh dihasilkan melalui kelenjar peluh terdapat di bawah kulit kita. Sebab berlakunya perpeluhan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kepanasan, kerohanian dan tindak balas deria rasa. Tapak tangan yang berpeluh apabila berasa cemas merupakan perpeluhan kerohanian. 

Perpeluhan jenis ini hanya memerlukan masa beberapa saat hingga 20 saat sahaja.  Apabila kita berasa cemas, takut atau gembira, urat saraf akan menghantar mesej kepada kelenjar peluh. Justeru itu, kelenjar peluh akan merembeskan peluh.

Mengapakah Telinga dan Hidung Cepat Menjadi Sejuk?

baju sejuk

Manusia berdarah panas. Suhu badan manusia yang normal selalu berkisar di antara 36 hingga 37 darjah Celcius. Apabila suhu terlalu rendah, haba badan kita akan diserap ke udara, maka kita akan berasa sejuk.

Pada cuaca dingin, manusia boleh memakai kasut, sarung kaki, topi dan baju yang tebal untuk melindungi badan. Walau bagaimanapun, kepala tidak boleh ditutup dengan baju atau kain yang tebal. Ini kerana kita perlu melihat, mendengar, bercakap dan bernafas. 

Selain itu, hidung dan telinga yang menonjol di bahagian muka lebih terdedah kepada udara sekeliling, maka haba hidung dan telinga akan diserap ke udara dengan lebih cepat. Telinga kita nipis, justeru itu, telinga lebih cepat menjadi sejuk berbanding dengan hidung.