Manusia
berdarah panas. Suhu badan manusia yang normal selalu berkisar di antara 36
hingga 37 darjah Celcius. Apabila suhu terlalu rendah, haba badan kita akan
diserap ke udara, maka kita akan berasa sejuk.
Pada
cuaca dingin, manusia boleh memakai kasut, sarung kaki, topi dan baju yang
tebal untuk melindungi badan. Walau bagaimanapun, kepala tidak boleh ditutup
dengan baju atau kain yang tebal. Ini kerana kita perlu melihat, mendengar,
bercakap dan bernafas.
Selain itu, hidung dan telinga yang menonjol di bahagian
muka lebih terdedah kepada udara sekeliling, maka haba hidung dan telinga akan
diserap ke udara dengan lebih cepat. Telinga kita nipis, justeru itu, telinga
lebih cepat menjadi sejuk berbanding dengan hidung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan