Mengapakah Najis Berwarna Coklat?


Apabila kita makan, makanan perlu melalui proses penghadaman baru diserap oleh badan kita. Dalam badan kita, hati akan merembeskan hempedu yang berwarna kuning kehijauan untuk membantu penghadaman lemak. Selepas itu, hempedu akan dialirkan keluar dari badan bersama-sama dengan najis. Maka, hempedu tersebut akan memwarnakan najis menjadi coklat kehijauan.

Pengetahuan Tambahan 5

kanggaru


Dinosaur Bersedia Menjadi Ibu Pada Usia 10 Tahun


Semasa mengkaji fosil dinosaur, saintis Amerika mendapati bahawa dinosaur mengalami pertumbuhan yang cepat. Misalnya, dinosaur karnivor pada zaman Jurassic bersedia untuk menjadi ibu pada usia 10 tahun manakala dinosaur herbivor pula berupaya bertelur setelah menjangkau usia 8 tahun. Namun, hayat kedua-dua jenis dinosaur ini dijangka hanya dapat mencapai usia 30 tahun.


Orang yang Baik Hati Lebih Panjang Hayat


Menurut kajian pakar, manusia yang bersikap tenang dan baik hati mempunyai hayat yang lebih panjang berbanding manusia yang mudah naik angin. Ini kerana orang yang baik hati dan suka membantu mudah mendapat penghormatan dan persahabatan daripada orang lain. Sifat-sifat murni seperti disebutkan tadi menghapuskan ketegangan mental dan meningkatkan fungsi imuniti dalam badan seseorang. Sebaliknya, orang yang sentiasa ingin membalas dendam dan enggan memaafkan orang lain akan mudah jatuh sakit.


Kanggaru Kuno Menggunakan Empat Kaki untuk Berlari


Saintis telah menjalankan kajian terhadap fosil kanggaru yang hidup pada zaman 25 juta dahulu. Menurut laporan saintis, cara berjalan kanggaru kuno adalah berbeza dengan kanggaru sekarang. Kanggaru kuno berlari menggunakan keempat-empat kakinya manakala kanggaru sekarang melompat dengan hanya menggunakan kedua-dua kaki bahagian belakangnya sahaja. Selain itu, gigi kanggaru kuno juga seperti gigi anjing dan kemungkinan besar kanggaru kuno tahu memanjat pokok. Kanggaru kuno tinggal di dalam hutan dan makan buah-buahan atau paku pakis. Walau bagaimanapun, kanggaru kuno telah pupus dan diganti dengan spesies kanggaru sekarang.

Sumber : Teman Pintar

Pengetahuan Tambahan 4

berjalan pantas meningkatkan usia


Robot Gorila Memadamkan Api


Berdasarkan rangka tulang gorila, pakar Jepun telah berjaya mencipta sejenis robot yang boleh meniru gaya gorila berjalan.
Robot tersebut mempunyai 24 bahagian sendi. Dengan alat pengesan inframerah yang terpasang pada sendi-sendinya, robot gorila boleh bertindak balas mengikut keadaan sekeliling. Jika berada di landaian, robot tersebut boleh bergerak dengan keempat-empat kaki merangkak ke landaian seperti gorila.
Apakah kegunaan robot ini? Menurut pakar Jepun, mereka berharap robot tersebut boleh memanjat anak tangga dan memadamkan api seperti ahli bomba.


Robot yang Paling Kecil di Dunia


Tahukah anda apakah saiz robot yang paling kecil di dunia? Saiz robot yang paling kecil hanya 16 sentimeter. Robot ini lebih kecil daripada tapak tangan orang dewasa. Robot tersebut bukan sahaja pandai menari ‘break dancing’ dan tarian hula-hula, malah juga pandai bersenam. Harga setiap robot mencecah lebih daripada Ringgit Malaysia lima ribu. Robot ini bakal menjadi alat permainan yang popular bagi orang dewasa kelak.


Berjalan Pantas Dapat Memanjangkan Hayat


Pakar Amerika telah mengambil masa 10 tahun untuk memerhatikan seramai 500 orang tua dan mendapati orang yang berjalan dengan pantas lebih panjang hayat berbanding orang yang berjalan lambat. Menurut pakar tersebut, kajian ini menunjukkan bahawa kepantasan berjalan merupakan ‘isyarat’ jangka hayat seseorang. Ini kerana berjalan bukan sahaja merupakan senaman yang baik, malah berjalan dengan cepat boleh menyihatkan badan. Selain pakar Amerika, pakar Jepun juga mendapati orang yang panjang hayat mempunyai tabiat berjalan dengan pantas.

Sumber : Teman Pintar