Pengetahuan Tambahan 3

Robot Pembantu Rumah


Robot Pembantu Rumah


Sebuah syarikat pembinaan di Korea telah mencipta sebuah robot pembantu rumah. Sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah, robot itu akan menuangkan air kepada anda. Selain itu, robot juga boleh mematuhi arahan anda seperti mengemas dan menjaga rumah. Tetapi sekiranya ada penceroboh masuk ke rumah tuannya, robot itu akan melapor kepada polis. Ini kerana robot tersebut boleh mengecam muka orang. Syarikat pembinaan sedang merancang promosi dengan menggunakan robot pembantu rumah untuk menjual bangunan.


Kad Nama Berjabat Tangan


Pakar Taiwan telah mencipta sejenis ‘kad nama berjabat tangan’ dengan memasang cip di dalam jam tangan atau telefon bimbit dan badan manusia dijadikan sebagai pengantar pengaliran elektrik. Apabila berjabat tangan, maklumat kita akan dihantar ke PDA seorang yang lain itu. Ini bermakna, tanpa memberikan kad nama, orang lain sudah menerima maklumat tentang identiti kita. Dijangka selepas setahun, ‘Kad nama berjabat tangan’ yang menjimatkan masa dan berteknologi tinggi ini akan diperkenalkan di pasaran.


Ingatan Gorila Memenangi Manusia


Pakar Jepun telah mengadakan suatu pertandingan ingatan antara seekor gorila yang pernah menjalani latihan perangkaan dengan sekumpulan siswazah. Akhirnya didapati kepantasan dan ketepatan jawapan gorila lebih baik berbanding para siswazah. Menurut pakar kajian, kebanyakan orang termasuk saintis berpendapat bahawa tahap ingatan manusia lebih tinggi daripada gorila. Walau bagaimanapun, keputusan eksperimen ini membuktikan bahawa pandangan mereka adalah tidak tepat.

Mengapakah Tidak Boleh Minum Air Laut?


Pernahkah anda minum air laut? Rasa air laut adalah sangat masin. Ini kerana air laut mengandungi garam laut. Kepekatan garam laut lebih tinggi daripada kepekatan garam dalam badan kita.

Jika kita minum air laut, kepekatan garam dalam darah akan meningkat. Air dalam sel akan dirembeskan ke dalam darah untuk mengimbangi kepekatan garam dalam badan. 

Oleh itu, anda akan berasa haus, kekurangan air dan penyahhidratan juga akan berlaku. Walau bagaimanapun, tidak akan menjadi masalah jika terminum air laut semasa berenang.

Mengapakah Jantung Kita Berdebar-debar Semasa Bersenam?


Jantung kita seperti pam udara yang mengembang dan mengecut tanpa berhenti. Pengembangan dan pengecutan ini akan menghantar oksigen dan nutrien dalam badan kebahagian-bahagian badan. Pada masa yang sama, karbon dioksida dan sisa-sisa metabolisme juga dikeluarkan dari badan.

Semasa kita bersenam, badan kita memerlukan tenaga yang lebih untuk bertindak. Oleh itu, jantung kita perlu mengepam darah untuk menghantar oksigen yang segar dan nutrien kepada setiap organ badan dengan lebih kerap. Maka kita boleh berasa jantung kita berdebar-debar.

Sumber : Teman Pintar