Kursus Perkahwinan 1

Kursus perkahwinan adalah perkara wajib yang harus dihadiri oleh pasangan Islam di Malaysia yang ingin mendirikan rumahtangga.

Sekiranya ia tidak dilaksanakan, rekod pernikahan tidak dapat dibuat dengan baik.Oleh itu, di sini diterangkan serba sedikit ringkasan pengisian kursus perkahwinan tersebut. Semoga ia memberi manafaat kepada kita semua.

Pengisian kursus perkahwinan tersebut di terangkan di :



AKHLAK ISLAMIAH

 

1. Akhlak Suami


·         Bersifat taqwa
·         Kasih sayang dan belas kasihan
·         Bergaul dengan secara baik
·         Bertanggungjawab
·         Bersikap terbuka dan bertolak ansur
·         Mengamalkan kebijaksanaan
·         Musyawarah
·         Memberikan contoh yang baik


2. Akhlak Isteri


·         Bersifat taqwa
·         Mentaati suami
·         Menghias diri untuk suami
·         Mencintai dan mengasihi suami
·         Memelihara kehormatana diri dan harta suami
·         Menjaga rahsia rumah tangga
·         Melaksanakan kepimpinan selaku isteri
·         Mendapat keizinan suami


3. Perkara yang perlu dihindari


·         Membesarkan masalah yang remeh
·         Mengabaikan perasaan pasangan
·         Tidak ambil berat hal agama
·         Mengabaikan sopan santun
·         Menghina pasangan atau keturunan
·         Cemburu buta
·         Menyakiti pasangan


4. Strategi Membina Akhlak Terpuji


·         Memahami matlamat kejayaan diri
·         Menghayati tuntutan Islam
·         Meningkatkan ilmu
·         Menghayati kehidupan berjemaah
·         Meningkatkan ibadah
·         Memperbaiki kelemahan
·         Muhasabah diri
·         Menjalinkan kasih saying


5. Komunikasi Suami Isteri


Penyampaian atau pertukaran pesanan (mesej), maklumat, fikiran dan perasaan di antara suami isteri.

a) Bentuk Komunikasi Suami isteri


·         Pertuturan bersemuka
·         Bahasa bukan pertuturan
·         Penggunaan perantaraan

b) Bentuk Bahasa Bukan Pertuturan


·         Air muka/mimik muka
·         Gerakan anggota badan
·         Nada suara
·         Kedudukan anggota badan
·         Sentuhan
·         Penampilan diri
·         Pemberian hadiah
-          Munasabah contohnya hari lahir
-          Tukar jenis hadiah (jangan beri hadiah yang sama)
-          Ada nilai sentimental (seronok)
-          Tidak terlalu murah

c) Kepentingan Komunikasi


·         Menyatakan perasaan
·         Mengenali pasangan
·         Bergurau dan berhibur
·         Menyatakan mesej hubungan kelamin
·         Mendidik dan menasihati
·         Berkasih sayang dan mendapatkan ketenangan

d) Perkataan yang patut diamalkan dalam komunikasi

·         Ucapan salam (Assalamualaikum)
·         Ucapan ‘sayang’
·         Ucapan ‘tolong’
·         Ucapan ‘terima kasih’
·         Ucapan ‘insyaallah’

30 Teka-Teki Rakyat Malaysia



1. Waktu kecil pakai baju, waktu besar telanjang. Apakah itu?
Jawapan : Buluh

2.  Kalau kita lari ia pun lari, kalau kita duduk ia pun berhenti. Kalau tiada matahari atau cahaya, ia akan sembunyikan diri. Apakah itu?
Jawapan : Bayang-bayang

3. Dia ada di badan, dia ada di laut, dia ada di dapur. Apakah itu?
Jawapan : Baju Teluk Belanga

4. Ayam putih lompat pagar?
Jawapan : Air liur

5. Mula-mula dia buka baju, masuk dalam kolam, pakai bedak dan akhir sekali ialah masak.
Jawapan : Pisang goreng

6. Bila kita gantung dia besar, bila kita runtuh dia kecil?
Jawapan : Kelambu

7. Buku apakah yang kita tidak pernah tinggal untuk dibawa ke sekolah?
Jawapan : Buku lali

8. Apa yang biasa dilakukan orang ketika menyambut tahun baru?
Jawapan : Menukar kalendar

9. Ada kejadian kejar-mengejar, yang mengejar tak punya kaki, yang dikejar tak boleh berlari?
Jawapan : Ular mengejar katak

10. Kucing apakah yang boleh menyalakan lampu?
Jawapan : Eveready

11. Ada sebuah kapal yang boleh dinaiki seramai 15 orang sahaja. Terdapat seorang perempuan mengandung menaiki kapal tersebut bersama 14 orang yang lain. Tidak lama kemudian kapal tersebut tenggelam. Mengapakah kapal tersebut tenggelam?
Jawapan : Kerana itu kapal selam.

12. Benda apakah yang paling tajam?
Jawapan : Lidah

13. Benda apakah yang bila dia pecah baru kita makan. Bila dia tak pecah kita tak makan. Benda apakah itu?
Jawapan : Telur

14. Haiwan apakah yang pakai tudung?
Jawapan : Singa

15. Terdapat sebuah kapal yang dinaiki oleh penumpang, tidak lama kemudian ada ribut petir. Semua penumpang mati. Benda apakah yang tidak mati?
Jawapan : Playar hidup.

16. Benda apakah bila kita tak tekan dia sedikit bila kita tekan dia banyak. Benda apakah itu?
Jawapan : Kipas kerana bilah kipas akan nampak banyak apabila berpusing.

17. Buah apakah berwarna hijau dan berwarna merah?
Jawapan : Cabai atau cili

18. Dalam banyak-banyak ikan, ikan apakah yang pandai?
Jawapan : Ikan yu sebab dia pergi ke U iaitu universiti.

19. Ada 6 muka 21 mata. Benda apakah itu?
Jawapan : Buah dadu

20. Dalam banyak-banyak buah, buah apakah yang mempunyai janggut?
Jawapan : Buah jagung

21. O, T, T, F, ?, S, S, E, N, T
Apakah huruf yang patut diisi bagi tanda soal di atas?
Jawapan : O untuk One, T untuk Two, T yang seterusnya untuk Three, F untuk Four. Huruf untuk tempat yang bertanda soal ialah F iaitu Five.

22. Benda apakah kepala di darat, ekor di air?
Jawapan : Pelita

23. Benda apakah warnanya putih bentuknya panjang. Tulang dimakan tetapi isi dibuang. Ianya sangat berguna kepada orang.
Jawapan : Lilin

24. Ada tubuh ada tangan. Tiada kepala tiada kaki. Sangat berguna diwaktu hujan. Benda apakah itu?
Jawapan : Baju hujan

25. Buah apakah yang mempunyai banyak mata?
Jawapan : Buah nenas

26. Benda apakah bermuka satu bertangan dua?
Jawapan : Jam

27. Bila dilontar ianya hidup, bila dipegang ianya mati. Benda apakah itu?
Jawapan : Gasing

28. Waktu kecil ianya berbentuk C, apabila besar berbentuk O dan apabila sudah tua berbentuk C semula. Apakah itu?
Jawapan : Bulan

29. Apakah benda apabila kecil menjadi kawan dan apabila besar menjadi lawan?
Jawapan : Api

30. Apabila ditetak bercantum semula. Apakah itu?
Jawapan : Air

8 NILAI DALAM KONSEP 1 MALAYSIA




Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. 

Lapan Nilai Dalam Konsep 1 Malaysia :

1. Budaya Kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah Hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti


1. BUDAYA KECEMERLANGAN  


       Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

     Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

        Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

    Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

        Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.


2. KETABAHAN


      Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

       Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

     Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

   Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

     Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji  kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

    Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya.

      Dalam   menangani kegagalan,  pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu  diambil bagi menghasilkan perubahan  yang lebih besar dan menakjubkan.

     Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.


3. RENDAH HATI


    Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

      Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

     Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat  Malaysia.

      Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

      Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

    Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.


4. PENERIMAAN


     Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

    Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

     Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu,  Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

    Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

    Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.

    Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


5. KESETIAAN


        Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 

        Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.

        Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. 

        Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

        Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

       Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

        Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

        Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. 

        Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

        Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

     Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang  kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.


6. MERITOKRASI


        Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

        Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan  pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru  adalah menjadi  tanggungjawab kerajaan untuk membantu golongan tersebut.

        Meritokrasi menekankan  persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi  kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

        Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia  dalam semua bidang.

        Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

        Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

        Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.


7. PENDIDIKAN


        Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan  adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

       Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

       Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai  minda yang sentiasa terbuka.

        Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

        Semua aliran, sama ada  sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi  dengan mengadakan aktiviti bersama.

        Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran  hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.


8. INTEGRITI

 

   Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan  diperoleh  melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

        Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

        Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

        Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

        Menepati janji  dan masa  adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

        Menerima kritikan dan teguran  dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan  dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.

        Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. 

        Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan.  Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain.  Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.

Sumber : Internet