Kursus Perkahwinan 2



AKIDAH ISLAMIAH


Pengertian Akidah


Akidah ialah keyakinan hati yang tegas dan jelas, mantap (ketuhanan, kenabian, benda-benda ghaib).

Pengertian Islam


·         Mentauhidkan Allah, tunduk dan patuh kepadanya
·         Mengucap dua kalimah syahadah

Peranan Akidah dalam Rumahtangga


·         Benteng menghadapi masalah
·         Membina pergaulan suami isteri
·         Asas pengurusan keluarga



PERKAHWINAN DAN PROSEDUR


Persediaan Sebelum Kahwin


·         Ilmu fardu ain dan kifayah
·         Fizikal/mental/spiritual
·         Ekonomi
·         Sosial (kemasyarakatan)

Larangan Semasa Bertunang


·         Dilarang berdua-duaan
·         Dilarang menghampiri atau muqaddimah zina (pergaulan bebas)
·         Diharamkan hubungan kelamin sebelum akad nikah yang sah

Rukun Nikah


·         Calon suami
·         Calon isteri
·         Wali
·         Dua orang saksi
·         Ijab dan qabul (sighah)

Susunan Wali


·         Bapa, datuk dan ke atas
·         Saudara lelaki seibu sebapa
·         Saudara lelaki sebapa
·         Anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa
·         Anak lelaki dari saudara lelaki sebapa dan seterusnya ke bawah
·         Saudara lelaki ayah seibu sebapa (bapa saudara)

Prosedur Pra Perkahwinan


·         Tiada halangan perkahwinan
·         Perjanjian untuk berkahwin (bertunang)
·         Mematuhi Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan